i

327 23 1
                                    

❀—

  chapter 12 (✧) stupid promise

Jungwoo menggenggam penumbuknya, matanya dipejam rapat. Dia menarik nafas dan menghembus nafasnya berkali-kali. Tidak dapat ditahan, kedua-dua penumbuknya dihempas kuat ke atas meja besi di depannya.

Dia mencebik, tangannya dihayun-hayunkan berkali-kali. "Lupa pula meja ni meja besi." dia meniup-niup tangannya yang kemerah-merahan dek kerana tumbukannya yang agak kuat tadi.

"Semua pasal Lucas mamat thai cina tu lah!" jerit Jungwoo dengan nada yang tertahan-tahan. Memandangkan dia duduk di luar kafe, tidak lah dia berapa malu hendak menjerit, setakat dua tiga ekor pasangan kekasih, apa sangatlah.

"Hoi Jungwoo!" tiba-tiba, bahunya dipukul membuatkan dia terperanjat. Dia melatah sambil memusingkan badannya ke belakang untuk memandang gerangan yang ingin mati awal itu.

"Doyoung hyung(/oppa)! Ish hyung(/oppa) ni memang nak Jungwoo mati awal eh?" hilang terus niat Jungwoo ingin memaki gerangan yang mengejutkannya pagi-pagi itu. Doyoung tersengih.

"Kau apahal? Pagi-pagi buta ni dah tayang muka buruk. Ni mesti kena tipu oleh seseorang ni." Doyoung tayang sengihannya sambil menunjal dahi Jungwoo dengan jari telunjuknya.

Jungwoo menjeling ke arah wanita yang dari tadi mendiamkan diri di tepi Doyoung itu. Senyuman terukir di bibir, tangannya dihulurkan kepada wanita itu. "Selamat pagi, Joohyun noona(/unnie)."

Wanita yang bernama Joohyun itu tersenyum manis lalu menyambut tangan Jungwoo. "Eo."

Jungwoo memandang ke arah Doyoung semula, dia memberi isyarat untuk membawa Joohyun masuk ke dalam kafe dahulu.

"Jagi, kita masuk dulu eh? Kita order apa yang kita nak untuk breakfast harini." kata Doyoung sambil tersenyum manis. Joohyun mengangguk dan mereka berdua pun terus masuk ke dalam kafe tersebut.

Selepas beberapa minit, Doyoung keluar semula dari kafe tanpa Joohyun ditepi nya. "Hah, apa dia?"

"Ingat lagi tak? Lelaki yang Jungwoo selalu cerita kat hyung(/oppa)?"

Doyoung membuat wajah berfikir. Dia memetik jarinya. "Lucas! Kan?"

Jungwoo mengangguk laju. Wajahnya berubah mendung. "Dia tipu saya lah hyung(/oppa)."

"Tipu apa? Aku ingatkan lelaki tu cintakan kau dengan ikhlas?" Doyoung membuat muka menyampah. Dia mendengus kasar lalu menepuk-nepuk bahu Jungwoo. "Sabarlah, aku tak rasa dia tipu. Kau call dia."

"Jungwoo tak nak..." Jungwoo membuat wajah comelnya lalu menggeleng. Bibirnya dicebik.

"Hah ini lah dikatakan kebodohan manusia."

Jungwoo mengerutkan dahinya. "Hyung(/oppa) kata Jungwoo bodoh?"

"Haah, kau bodoh. Kau yang salah, Lucas yang mungkin tak salah tu yang kau salahkan."

"Heh memang dia yang salah! Semalam dia beria-ria janji nak datang! Sekarang? Dah sejam tau Jungwoo tunggu!" rajuk Jungwoo lalu menyilangkan kedua-dua tangannya ke dada.

"Tu baru sejam, bukan sehari." kata Doyoung sinis. "Dahlah, daripada layan orang macam kau ni, baik aku dating dengan tunang aku. Lagi best." Doyoung menjelirkan lidahnya dan menuju ke dalam kafe semula.

Jungwoo mencebik. Kakinya diangkat untuk ke mejanya semula. Dia memikirkan apa yang dimaksudkan oleh Doyoung tadi.

Dia ke yang salah, atau... Lucas?

Dia mengeluarkan telefonnya dari poket jaketnya lalu membuka aplikasi chat. Dia mengeluh perlahan. Lucas last seen tadi pagi, pukul 5.32.

jungwoowoo
inilah sebab saya bencikan orang yang janji awal-awal ni.
                                                                                                           seen

Jungwoo membuat wajah tidak percaya, giginya diketap kuat. Dia memasukkan semula telefonnya ke dalam poket jaketnya. "Dia seen je!?"

Tiba-tiba, pandangannya berubah gelap.


—❀

to be continued *.:。✿*゚

Ⓒ banana smoothie ↬ luwoo nct (boyxboy)Where stories live. Discover now