Surat penceraian antara dirinya dengan Masnica dipandang dengan 'kasar' . Tiada secalit pun perasaan ingin memohon maaf pada Masnica . Masnica pula hanya memandang 'serong' terhadap surat penceraian yang berada di atas meja . Nenda Masnica memegang tangan cucu kesayangannya dengan memberi jelingan terhadap cucunya namun tidak diendahkan.
" Mas dah fikir masak masak dah nenda , mama , papa , adik . Ini keputusan muktamad Mas . " katanya tanpa memandang wajah Haikal .
" Kalau itu yang Mas nak papa dan mama tak ada hak nak halang . Kita ikutkan saja apa keputusan Haikal dan Masnica . " ujar mentuanya , papa Haikal .
" Haikal dah buat keputusan dah , pa . Biar je lah kalau itu yang dia nak . Dia bahagia tanpa Haikal . Haikal pun bahagia tanpa dia."
Kedua dua peguam itu memandang antara satu sama lain sebelum salah seorang diantara mereka berdua memulakan perbicaraan .
" Boleh kita mulakan , Tengku ? " ujar Maisuha , peguam Masnica .
" Oh , sure ! " balas papa Haikal .
" Saya nak tanya Tengku Masnica Liza , adakah dia betul betul nekad nak bercerai dengan Tengku Izz Haikal ? "
" Ya . Keputusan aku muktamad . " ujarnya .
" Jadi , Tengku Izz Haikal ? "
Haikal mengangguk .
"Kalau macam tu saya nak awak berdua turunkan tandatangan di atas kertas ini bersaksikan kedua dua belah keluarga Tengku . " bidas peguam Haikal , Naufiq .
Masnica menurunkan tandatangannya dan kemudian diteruskan dengan Haikal .
" Okey , sekarang semuanya dah selesai . Saya nak tanya sekali lagi betulke keputusan yang awak berdua buat ni ?" tanya Maisuha .
Kedua duanya mengangguk .
" Okey . Kalau macam tu izinkan kami pulang . " katanya Maisuha .
" Sure . " sahut nenda .
" Maafkan saya . Saya tak sangka yang cucu saya buat keputusan sampai macam ni sekali Zainal . "
" Saya pun nak minta maaf dekat Maisra . Saya pun tak sangka Haikal sanggup buat macam ni . Saya rasa semuanya dah tamat Maisra . Haikal dah malukan saya , mana saya nak letak muka . " ujar Tengku Zainal sambil memandang Haikal .
" Saya malu dengan Haikal , Maisra . Saya malu , saya bimbang kalau berita ni tersebar dekat kawan kawan saya . Mana saya nak letak muka saya . Saya ingatkan lepas berkhawin perangai Haikal berubah tapi perangai tetap sama tak berubah . " ujar isterinya , Tengku Kasma .
" Kasma , saya tak nak cakap apa lagi . Saya ikutkan saja apa yang cucu saya nak . Mungkin ini dah takdir untuk mereka berdua . Kita tak boleh salahkan diri sendiri kita . Itu kehendakNya , segalanya telah dirancang oleh DIA . Kita tak mampu nak ubah apa apa Kasma . Kalau itu yang cucu saya nak , saya ikutkan saja sebab itu la janji saya dengan bonda dan ayahanda Masnica dulu . "
Cincin yang telah disarungka di tunjuk jari ditarik dan diletakkan di atas meja kaca keemasan itu .
Kring~
Bunyi letakkan cincin itu mengambil perhatian Tengku Maisra , Tengku Zainal , Tengku Kasma , Tengku Izz Haikal dan adiknya . Mereka memandang cincin yang berada di atas meja itu sebelum kesemua mata disitu memandang Masnica .
" Liza , kenapa tanggalkan ?" Ujar Tengku Maisra .
" Liza tak nak pakai cincin ni lagi . Liza benci cincin ni dan dia . Liza nak pindah , nenda . Ushaituwa koruti ionnn ! " ujar Masnica lalu bangun dari duduknya.
YOU ARE READING
The Maslyna Rule's [ IN EDITING ]
Misterio / Suspenso- Maslyna ? Ya . Nama kumpulan yang sangat digeruni oleh pelajar Universiti Kapitan . Nama kumpulan yang sentiasa didengar oleh setiap sekolah menengah , universiti , politeknik dan kolej vokasional . Bagi pelajar di Universiti Kapitan [ UK ] , kump...