1. Pertemuan Tak Terduga

233 9 1
                                    

...
*Kringgg..*
bunyi loceng sekolah yang menandakan waktu rehat telah tamat.

Nurin Izrin Alia atau lebih dikenali sebagai Lia merupakan pelajar Tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Lestari (SMKPL) yang terletak di Cyberjaya.

Lia juga merupakan anak sulung dari dua adik beradik yang menjadikannya seorang kakak yang garang namun penuh dengan keprihatinan terhadap adiknya yang tersayang, Ryan.

Thelma merupakan sahabat baik Lia yang menemani Lia kemana sahaja.

Thelma berasal dari Sarawak dan baru sahaja berpindah ke semenanjung selama setahun.

Dia beragama Kristian namun ini tidak menghalang persahabatan mereka berdua. :)

" Lia.. lepas kau makan ni.. kau teman kejap aku pergi tandas boleh? please.. *sambil buat mimik muka comel* "
rayu Thelma.

Lia terasa hatinya begitu berat untuk menyambut rayuan dari rakan baiknya.

Ini kerana bagi Lia, tandas sekolah adalah tempat yang terakhir yang bakal dilawati oleh Lia.

Bukan apa, tandas adalah tempat yang penuh dengan mikroorganisma a.k.a bakteria.

Itu adalah fakta yang sering dijadikan alasan bagi Lia, jika ditanya mengapa dia sering menolak ajakan rakannya untuk pergi ke tandas.

Namun, seorang sahabat tak akan membiarkan sahabatnya.. sendiri.
:)

" hmm.. Okay.. aku temankan kau.. but sekejap je okay, Thel?" kata Lia.

Thel adalah panggilan manja yang dipanggil oleh Lia kepada sahabatnya itu.

"Yes.. okayy boss!" kata Thel sambil mengenyitkan mata.
Lantas mencetuskan ketawa buat Lisa .

Ketika menunggu di luar sementara Thelma yang berada di dalam tandas..

*Bumm..*
'bunyi buku terjatuh'

Semua kertas berselarakan di atas lantai koridor sekolah.

"Maaf.. Maaf.. Saya tak sengaja.. Saya tak perasan awak lalu tadi." Kata Lia.

" Eh .. gak apa-apa .. I'm fine. " kata lelaki yang baru dilihat oleh Lia pada tahun ini.

Sebuah senyuman juga dilemparkan oleh lelaki itu kepada dirinya.

'Mungkin pelajar baru.' kata Lia di dalam hatinya.

Bermata coklat.

Berambut hitam.

Digayakan dengan potangan rambut terkini.

Senyuman yang bakal mencairkan hati setiap wanita yang melihatnya.

serta..

Bibirnya yang nipis &
berwarna merah jambu memberi pandangan yang amat mempesona buat sesiapa yang memandangnya.

Akan tetapi, Lia baru menyedari bahawa lelaki itu memakai uniform sekolah yang amat berbeza darinya.

Berwarna biru muda dan bukannya putih seperti pelajar biasa.

Sempat Lia menjeling nama sekolahnya tetapi agak kabur.

Namun apa yang pasti, lelaki itu bersekolah di International school dan berasal dari Indonesia kerana lambang uniform yang agak formal dan dialek dari jawapan yang diberikan kepada Lia sebentar tadi.

' Cute, handsome & smart.' detik hati Lia.

Lia yang sempat mengelamun sambil tanganya bergerak pantas bagi mengutip semula semua kertas yang bertaburan.

" Terima kasih ya.. " kata lelaki itu dan melemparkan senyuman kepada Lia.

Kini, Lia bukan di alam realiti namun lebih didalam alam fantasi.
Fikirannya juga melayang.

Lia yang hampir tercengang kerana disapa lelaki yang tampan baginya dan membuatkan dia lebih tertanya siapakah gerangan yang baru pindah ke sekolahnya.

Lelaki itu terus berlalu dan meninggalkan Lia yang termenung sendiri tanpa dia ketahui.

Thelma dalam diam melihat kejadian yang terjadi, hanya tersenyum.

Thelma tahu sahabat baiknya itu, Lia kerap dikecewakan oleh lelaki.

Ini kerana Lia sejenis yang mudah jatuh cinta menyebabkan dia mudah tertarik dengan seseorang lelaki dan sering menaruh harapan yang tinggi kepada mereka.

Lia mungkin kekurangan dari segi fizikal kerana dia bertubuh gempal, namun dia seorang baik dan pandai terutamanya dalam subjek sains dan bahasa.

Namun, Thel baru menyedari hakikat bahawa Tuhan sedang merencanakan sesuatu yang terbaik untuk Lia.

Dan kejadian tadi adalah antara satu bukti kekuasaanNya..

" Hey!.. pandang siapa tu? Ada lelaki handsome ehh? hahahha" Kata Thel sambil ketawa deras.

" Haishh..mana ade.. mamat tu tadi.. dia terlanggar aku." Kata Lia sambil menunjukkan arah lelaki itu beredar.

'Nasib thel tak tengok aku tadi.. kalau tak .. mesti dia bahan aku.. haih.. wahai hati.. sabarlah, one day you will find the one yang akan pandang kau just like dia pandang kau tadi ..
or just him :)' kata Lia dalam hati.

" Ohh.. jom kita masuk kelas. Dah habis rehat dah ni" kata Thel.

" Alrightt.." kata Lisa.

Mereka berjalan berdua di koridor yang penuh dengan kesesakan pelajar selepas berehat di kantin sekolah.

Tanpa disedari,
pertemuan ini adalah titik mula perjalanan kisah sebuah mahligai yang bakal terbina.

---

p/s : Hey, guys! Harap ada yang sudi my first chapter of the blue ocean boy. Hope you guys can give the postive feedback!
& I'll teruskan if ada free time & sambutan yang menggalakkan.

Mohon jasa baik anda untuk Vote for this novel. Just klik 'Star' 😘

Thank you everyone!🕊

Xoxo, Nia Fadzil.

[17.6.18]

The Blue Ocean BoyTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang