5. Hari Kian Berganti

79 5 0
                                    

Setelah tinggal di Malaysia selama seminggu.

Dony kini sibuk menjalani aktiviti yang dijadualkan dalam program pertukaran pelajar di Garden
International School (GIS), Kuala Lumpur.

Antara aktiviti mereka disana adalah mengambil bahagian dalam persembahan muzikal yang dianjurkan GIS sempena ulang tahun pembukaan Garden International School yang ke-65.

Dony telah ditawarkan sebagai penulis puisi dalam bahasa Inggeris.

Ray pula ditawarkan sebagai watak utama dalam persembahan teater yang bertemakan "Aladdin".

Ray merasakan ini peluang yang baik buat dirinya agar lebih dikenali di sini.

Sementara menunggu van transit menjemput mereka untuk pulang ke rumah keluarga angkat mereka berdua.

Mereka duduk di sebuah bilik yang boleh disewa per jam di GIS.

Terdapat dua buah katil di dalamnya beserta bantal dan selimut.

Terdapat juga beberapa lukisan dan gambar hiasan di dalam bilik itu yang berjaya mencuri tumpuan Dony.

Salah satunya ialah kanvas lukisan yang berlatarkan pemandangan sawah yang terbentang luas dan rona warna langit senja yang menaikkan lagi seri dinding kosong di bilik itu.

Dony amat menyukai cara pelukis itu mengambarkan suatu pemandangan yang kelihatan 'realistik' di atas sebuah kanvas.

' hmm.. bagus banget lukisan ini.. lumayan..' detik hati Dony.

Dia tersenyum sendiri.

Dia teringatkan sewaktu dia berlibur di Jawa Timur buat kali pertama kali bersama keluarganya.

Dia masih kecil. Dia dibawa ke kawasan sawah padi dan terdapat orang-orangan yang menjaga sawah agar burung tidak mematuk atau merosakkan biji benih padi.

Dony amat takut terhadap orang-orangan kerana beranggapan ia adalah manusia hidup dan jahat.

"bundaa.. dony takutt.. mari beredar bunda.. paa.." kata Dony yang ketakutan melihat orang-orangan di bendang sawah.

Dia memeluk rapat badan Bunda ketika didukung oleh Bundanya.

Pak Fer tersenyum melihat gelagat Dony ketakutan.

" gak apa-apa Dony.. itu cuma patung aja.. bukan manusia sebener kok." kata Bunda sambil tersenyum.

" Iya Dony.. kata kamu.. kamu ingin menjadi hero buat Papa dan Bunda. Jadi kamu gak usah takut Dony. kalau kamu takut.. siapa yang bakal jadi heronya buat kami." Kata Pak Fer dengan tenang.

Dony yang hampir menangis kerana takut terus terdiam kerana mendengar kata-kata daripada papanya.

Itulah kepakaran Pak Fer. Dia dapat meredakan suasana tegang menjadi tenang dengan menggunakan psikologi.

Pengalaman daripada lakonan yang mematangkannya untuk menjadi seorang ayah yang lebih baik.

Kini, setiap memori bersama kedua ibu bapanya seakan terlayar di skrin.

Satu per satu. Memori itu tidak akan dilupakan walaupun hanya sedetik lebih.

Kerinduan kepada papa dan bundanya tersayang tidak dapat dibendung lagi. Ini membuatkan dia tidak sabar untuk bertemu semula dengan mereka selepas tamatnya program ini.

Dia terus mengambil tempat di katilnya dan memasang lagu Photograph ( Ed Sheeran ) di Spotify.

'We keep this love in a photograph
We made these memories for ourselves
Where our eyes are never closing
Hearts are never broken
And time's forever frozen still..'

The Blue Ocean BoyTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang