Di Pasar Raya Besar.
Datin Sarah telah pergi ke pasar raya pada pagi ini untuk membeli bahan masakannya yang istimewa iaitu nasi pecal ayam dan bakso.
Datin Sarah begitu teruja untuk mencuba resepi terbaharunya daripada rancangan kegemarannya iaitu Chef Aldi Hermawan yang mahir dalam masakan Indonesia.
Dia ingin memasak hidangan istimewa itu sebelum Dony dan Ray pulang ke tanah air mereka.
Terdapat beberapa bahagian rak sayur-sayuran dan buah-buahan yang disusun mengikut jenis.
Datin Sarah melihat cili-cili merah yang segar dihadapannya.
'Wah.. nampaknya semua cili-cili disini elok belaka dan kelihatan segar.' detik hati Datin Sarah.
'Kalau buat masak ni.. mesti sambal pecal rasa lebih sedap!' sambung detik hatinya dengan gembira.
Tidak lupa juga, dia mengambil beberapa biji mangga untuk membuat hidangan rahsia sebagai kejutan buat suaminya.
Datin Sarah juga melihat daging-daging segar yang tergantung pada palang besi di ruangan khas untuk dedaging.
'hmm.. kalau buat sendiri bebola daging untuk bakso.. mesti lagi sedap.' Detik hatinya.
Dia telah membayangkan sup bakso panas yang bakal dihidangkan kepada tetamu istimewanya iaitu Dony dan Ray.
Dia melihat sosok lelaki yang sedang memotong dan menyusun daging di atas meja untuk dijual.
"Bang.. bagi setengah kilo daging batang pinang ni." kata Datin Sarah sambil tangannya menunjukkan ke arah daging batang pinang yang tergantung.
Lelaki itu tersenyum kepadanya.
"Baik kak!" kata lelaki itu.
Lelaki itu seraya memotong dan menimbang daging yang diminta oleh Datin Sarah.
Selesai memilih bahan basahan untuk masakannya.
Kini, dia beralih pula ke bahagian rempah di pasar raya itu.
Datin Sarah menyulusuri dan memerhatikan setiap jenis bungkusan rempah ratus di atas rak yang disediakan.
Dia memilih rempah sup bakso yang dikehendakinya dan terus membawa troli ke kaunter pembayaran.
'Hmm.. agaknya abang teringin nak makan apa ya malam ni?' detik hati Datin Sarah.
'Call abang la.. mana tahu dia teringin nak makan apa-apa.' sambung Datin Sarah.
Dia cuba untuk menghubungi suaminya banyak kali namun usahanya berhujung dengan kegagalan.
'Mungkin abang tertidur kot.' detik hati Datin Sarah untuk menyedapkan hatinya.
Kini sudah tiba masanya untuk dia pulang dan mencuba resepi yang baru dipelajarinya.
-
Di Ruang Makan Rumah Datuk Rashdan.
Makan malam dihidangkan.
*tingg.. tingg..*
'bunyi ketukan garfu pada gelas kaca'Datuk Rashdan melakukan cara itu sebagai pembukaan acara makan malam.
Dony dan Ray telah dipanggil turun ke bawah untuk makan.
Semasa di tangga.
"Ahh.. enak banget baunya!" kata Dony sambil memegang perutnya.
Dony berpaling memandang ke arah Ray yang sedari tadi tersenyum-senyum.
"Lo kenapa Ray?.. muka gue emang ada yang aneh ya?" Kata dony sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
KAMU SEDANG MEMBACA
The Blue Ocean Boy
RomanceBiru. Panorama. Lautan sepi. Itulah suasana yang dirasai Dony sejak menginap di salah satu hotel yang terkenal di Bali, Indonesia. Deruan angin yang menyapa Dony ketika singgah sebentar untuk menikmati bunyian ombak yang begitu mengasyikkan. Sedang...