🌷🌷🌷
Ting!
Sedang aku sibuk mebelek-belek fail yang baru sahaja diberi oleh kawan baik aku yang juga merupakan PA aku, Hoseok, telefon pintar aku berbunyi menandakan satu mesej masuk, dengan pantas tangaku mencapai telefon yang berada di atas meja lalu membaca mesej yang dihantarMy Lovely💕
Hai sayang I , buat apa tu ?
Me:
Aku tengah tengok masa hadapan kita. Hehehe
My Lovely💕
Ishh You ni kan, tak pernah nak buat hati I berdegup laju💓
I tanya betul-betul ni
Jawablah
Me:
Aku tengah belek-belek fail syarikat ni
Ada apa?
My Lovely💕
Takdelah... I tanya je
BTW jangan lupa malam ni tau🤭
Me:
Hermm, yalah
Takkanlah aku lupa benda penting ni😉
My Lovely💕
Hehehe... Okay lah I pergi dulu
Nak shopping🛍️
Me:
Nanti malam pakai baju syantik-syantik ya....
Ouhh ya, kalau pergi shopping tu jangan pandang lelaki lain pulaa
Habis kau aku kerjakan nanti😏
My Lovely💕
😳😳
Ihhh nakal lah you ni, taulah🙄
K lah I pergi dulu, byee
Saya sayang kamu😘
Me:
Sayang kau juga❤️
✔️✔️Seen
Aku dan Ba Beun sepasang kekasih. Hari ini genaplah sudah dua tahun aku bersama dengan kekasih aku, Yo Ba Beun.Pelikkan,nama kekasih hati aku ni,tapi...itulah perempuan aku yang aku sayang
Aku bercadang untuk membeli sesuatu sempena anniversary kami.Fikiranku buntu memikirkan hadiah apa yang sesuai.Mungkinkah....
Tulang ikan berbentuk pakcik jeman ?
Hermm, abaikan
Sepatutnya, aku beli bunga ros kan?Bijak kau Jungkook, kenapalah aku tak terfikir nak beli bunga ros tadi
Segera aku pandu ke kedai bunga yang berdekatan
---
Bunga yang baru dibeli, aku hidu. Wangi. Kalau boleh hari ni juga aku nak melamar dia. Aku dah lama tunggu masa yang sesuai untuk melamar dia. Mungkin hari ni harinya ? Cincin pun aku dah beli
Aku dah berjanji dengan Ba Beun, untuk pergi ke taman malam ni tapi, aku datang awal sikit sebab nak buat beberapa persiapan yang belum dibuat. Tambahan pula, aku nervous
Semasa aku dalam perjalanan ke tempat yang telah dijanjikan, aku ternampak susuk tubuh yang amatku kenal sedang berpelukkan dengan lelaki yang tampan di sebuah café
Abang dia? Adik dia? Sepupu dia? Tak mungkin. Dia pernah cakap yang dia tidak mempunyai keluarga. Dia dibesarkan di Rumah Anak Yatim Bahagia. Ada sorang makcik yang ambil dia jadi anak angkat masa dia berumur 9 tahun tapi, tak lama lepas tu makcik tu meninggal dunia akibat ditikam dengan serpihan botol kaca di bahagian dada. Sampai sekarang kes pembunuhan tu menjadi misteri sebab polis gagal menjejaki pembunuh tu
" T-tak mungkin " tuturku perlahan.Aku hanya berfikiran positif mungkin aku sedang berimaginasi. Aku membuat keputusan untuk memberhentikan kereta aku berdekatan dengan café untuk memastikan yang aku hanyalah berimaginasi
Kalau aku berhentikan di tengah jalan, mati nanti aku dilanggar. Kan bodoh namanya tu
Memang sah tekaan aku betul. Susuk tubuh yang berpelukkan tadi ialah dia, Ba Beun. Mataku tertumpu ke arah mereka yang sedang bermesra. Hatiku bagaikan disiat-siat dengan pisau yang tajam. Pedih yang teramat
Aku mula tidak senang duduk apabila Ba Beun menghadiahkan satu ciuman di pipi lelaki itu.
Aku sudah tidak dapat mengawal kemarahanku yang sedang membara apabila melihat kejadian itu, bak kata pepatah jangan kejutkan harimau yang sedang mengawan
Eh salah, maaf. Dengan perasaan yang marah, aku keluar dari perut kereta lalu menuju ke arah mereka
Tanpa aku sedari, entah dari mana datangnya sebuah lori yang sedang memecut laju dan....
Bukk!
Tubuhku jatuh tersembam di jalan tar. Cecair merah yang pekat,mengalir laju di kepalaku dan membasahi sebahagian tubuh aku
Orang ramai yang melihat kejadian itu mula mengelilingi aku termasuk dua ekor tenuk tadi. Mataku melihat senyuman sinis yang diukirkan di wajah Ba Beun. Telingaku juga sempat merakamkan kata-kata terakhir yang keluar dari mulutnya
" Poor you my little baby, have a sweet dream there " kata Ba Beun perlahan namun masih dapat didengariku
Dan akhirnya duniaku menjadi gelap
🌷🌷🌷
TBC
Hai, akhirnya selesai juga aku edit benda alah ni... Walaupun tak seberapa hehehe..Tapi ni baru prolog yaaa.. Jgan lupa vote kalau boleh comment sekali... Byeee😁
![](https://img.wattpad.com/cover/145233846-288-k789565.jpg)
YOU ARE READING
[OG] In Love With You || JJK
Aléatoire𝐾𝑒𝑟𝑎𝑛𝑎 𝑑𝑖𝑎 𝑡𝑒𝑟𝑙𝑎𝑙𝑢 𝑖𝑠𝑡𝑖𝑚𝑒𝑤𝑎 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑎𝑘𝑢... ◦•●◉✿◉●•◦ 𝑱𝒆𝒐𝒏 𝑱𝒖𝒏𝒈𝒌𝒐𝒐𝒌 𝑭𝒂𝒏𝒇𝒊𝒄𝒕𝒊𝒐𝒏