02🌷

77 34 28
                                    

🌷🌷🌷

" Soalan.... Soalan yang mana kau tanya aku? " Yoongi menggaru dagunya yang tidak gatal. " Ceh, acah profesional lah tu" kata Jungkook perlahan

" Bertuah punya budak. Aku tanya baik-baik kau cakap aku acah jadi profesional. Hampehh " nada Yoongi seakan menahan kemarahan.

" Ah, yang tadi tu... Aku tanya kau, aku kat mana ni? Semua benda putih. Termasuklah diri kau, kulit putih pucat. Hah, tu yang aku cakap muka kau mayat hidup tapi, aku hairan juga sebab mayat hidup mana ada handsome sampai macam ni sekali. Yang tadi tu pun aku terkejut sebab kau dapat baca fikiran aku. Sekarang jawab cepat pertanyaan aku tadi tu, aku penat dah ni cakap laju-laju macam ni, macam kena kejar dengan hantu tepung sebelah rumah aku je dulu " kata Jungkook segala ayat yang terpendam di dalam otak dihambur keluar.

Yoongi memandangnya dengan mata yang tidak berkelip.

" Wuohhh " dengan itu Yoongi pun bertepuk tangan.

" Okay aku jawab soalan kau " jawab Yoongi tenang

" Hah, jawab cepat. Bontot aku dari tadi nak dengar ni " ujar Jungkook selamba

" Kau....

---

Dekat alam pencarian"

" Alam pencarian? "

" Yup" jawab Yoongi pendek

" So, that's mean...Aku bukan dekat alam sebenar? " aku menyoalnya lagi

"Yes"

" What?! Pehal duhh aku kat tempat sini " nadaku kedengaran geram. Memanglah aku geram, sebab tiba-tiba aku masuk dalam alam ni

" Takkan kau tak faham lagi Jungkook " mukanya yang kelihatan sayu memandang aku

" Apa maksud kau? " soalku lalu menyuapkan suapan kek yang terakhir ke dalam mulut. Pinggan yang kosong aku majukan ke depan sikit

" Hermm, takpelah. Suatu hari nanti kau akan tau juga " dia melemparkan pandangan ke luar tingkap. Ey, mayat hidup ni.

" Aishhh, jinjja ? Stoplah wei panggil aku mayat hidup. Aku tak suka " wajahnya kembali memandang aku dengan wajah yang geram

" Hehehe, maaf " aku menggaru kepala ku yang tidak gatal. Bila aku tengok betul-betul muka dia ni, aku teringat dengan Yoongi hyung kat alam sebenar. Pelanduk dua serupa betul diorang ni

" Err, Yoongi ? " aku memanggilnya

" Apa kau nak " jawab Yoongi

" Takdelah, cuma aku nak cakap yang muka kau- "

" Muka aku sama dengan kawan kau...kan ? " Yoongi cuba untuk meneka

" Macam mana- "

" Jungkook.... ni akulah Yoongi tapi, versi alam lain " bibirnya mengukir senyuman

" W-wow.. " aku.... speechless sekarang ni

" Aku tau kau speechless dan aku rasa kau mesti bingung kan sekarang ? Takpe seperti yang aku cakapkan tadi kau akan tau juga suatu hari nanti " Yoongi bagi tau aku

" Heheheh, ok hyung "

---

" Jungkook, memandangkan kau dah masuk dalam alam ni aku nak bagi tau apa yang kau mesti buat dalam alam ni" wajah Yoongi yang tadi kelihatan tenang, kini bertukar menjadi lebih serius

" Apa yang aku kena buat ? " Jungkook memandangnya. Perasaan ingin tahu membuak-buak dalam diri.

" Sesiapa yang masuk dalam alam ni, dia kena cari jalan keluar untuk keluar dari alam ni. Setiap individu mempunyai tugas dan misi masing-masing yang berbeza. Kalau aku tengok kau ni.... Kau mesti kumpul tiga red ruby iaitu permata merah, dalam erti kata lain love ruby " terang Yoongi.

" Tapi kau jangan tersalah pilih permata merah ni " kata Yoongi tetapi berbaur amaran

" Kenapa pula ? "

" Macam ni, ada lima permata yang perlu dicari untuk keluar dari alam ni. Putih, biru, hijau, merah jambu dan merah. Kau dapat yang merah maksudnya kau berada di dalam tahap bahaya " katanya lagi

" Eh, kenapa !? AdaKaH MUkA aKu TerLaMpaU KacAk HyUnG? "

🌷🌷🌷

TBC

Pendek? Aku tau... Sengaja aku buat chap ni pendek :) eh, yeke pendek? Biarlah. sila vote and comment. Yang letak dalam reading list tu aku hargai sangat - sangat apalagi yg vote and comment, Aku terharu weii ;) thank youuuuuu

[OG] In Love With You || JJKWhere stories live. Discover now