Bab 3

191 7 1
                                    

"Bangun, Terima kasih cikgu".

Cikgu Zaila keluar menapak keluar dari kelas 6 Gamma. Yup! Fikri seorang budak form 6. Dia pilih untuk sambung belajar form 6 bukan sebab dia tak dapat tawaran ke peringkat diploma. Dia dapat je sebenarnya, tapi dia tolak. Pada dia, diploma ni lambat. Sudahnya kau nak kena pinjam ptptn lagi. Pastu sambung degree, pinjam lagi ptptn .Memang tak lah dia nak sambung diploma. Beban hutang pinjaman ptptn yang berbukit tu buatkan dia memilih form 6 sebagai jalan pintas untuk ke peringkat degree nanti. Oh ya, sekarang ni dia dah semester 3, which is dia dah dalam fasa terakhir pengajian dekat form 6 ni . Berbaki lagi dua bulan sebelum dia berambus dari sekolah tercinta dia ni. FYI, form 6 sekarang dah guna sistem penggal a.k.a semester. Semuanya ada 3 semester, 1 semester di peringkat lower six, dan dua lagi semester di peringkat upper six.

Sebaik saja cikgu Zaila keluar dari kelas 6 Gamma, semua pelajar kelas 6 Gamma mula mengeluarkan laptop dan fail yang penuh dengan assignment akhir dorang. Which is assignment Perniagaan. Oh come on, Fikri sangat tak suka perniagaan sebab banyak fakta yang perlu di hafal dan melibatkan pengiraan. Fikri Amer sangat lemah dalam bidang pengiraan. Hahahaha.. Budak kelas dia memang rajin study. Asal ada masa kosong je, mula lah dorang semua keluarkan buku, buat nota lah apa laa. Ohh, come on guys. Korang jangan macam ni please. Aku stress doh tengok. Hahahah. .

Hafiz yang dekat sebelah dia dah keluarkan laptop dengan fail kerja kursus Perniagaan untuk disiapkan. Hafiz ni rajin ye kawan kawan sekalian. Tak macam Fikri, seorang yang agak lembab dan malas. Hahaha.
Fikri kemaskan buku buku dia dekat atas meja tadi sebelum dia keluarkan jugak laptop dan fail tugasan dia. Dia letakkan laptop dia atas meja lepastu tekan button on. Sambil tu, dia keluarkan dia sekeping kertas yang penuh dengan contengan pen berwarna merah dekat kertas tu. Banyak betul salah. Dia mengeluh tengok kertas tu. Huh! Nak kena perbetulkan balik pengiraan ni. Stress! Hafiz dari tadi fokus je mata dekat skrin laptop sambil tangan tu laju je menaip. Dah macam robot. Hahaha. ..

"Hafiz, aku nak mintak tolong sikit boleh ?", Fikri mula bersuara sambil memegang kertas yang penuh contengan dakwat merah tu.

"Haa, tolong ape ?"

"Tolong ajar aku macam mana nak buat pengiraan penyata pendapatan. Dah dua kali aku hantar dekat cikgu Nazarul, asyik salah je"

Jari jari Hafiz yang bergerak laju tadi terus berhenti. Dia memandang Fikri sambil mengerutkan kening.

"Salah lagi ? Sini aku tengokkan", pinta Hafiz.

Fikri menghulurkan helaian kertas tadi kepada Hafiz. Hafiz ambil kertas tu dan letak atas meja. Tak lama lepas tu, Hafiz tersenyum. Fikri yang dekat sebelah dah garu kepala tengok Hafiz tersenyum.

"Weh, asal? Lawak ke penyata pendapatan aku tu? Asal kau senyum?"

"Ehh tak.. Aku senyun sebab kau ni kelakar"

"Kelakar? Ape yang kelakar?" soal Fikri pelik.

"Ye lahh, dah kau pinjam duit dari bank, lepas tu kau tak nak bayar balik. Dah tu, syarikat yang kau buat ni ada pekerja kan? Asal kau tak bayar gaji dorang? Kau nak dorang buat rusuhan ke ape ni wei? Hahahahaha"

Hafiz ketawa lepas explain kesalahan yang Fikri buat tu. Hafiz ni kalau gelak, muka dia nampak cute doh especially dekat mata dia tu. Comel je.

"Takpe, aku tolong betulkan untuk kau Fikri. Bagi details pekerja syarikat kau dengan jumlah pinjaman yang kau buat", pinta Hafiz.

Fikri keluarkan satu lagi kertas yang semua details syarikat. Dia baca satu persatu apa benda yang ada dalam tu. Hafiz pulak laju je betulkan kesalahan yang dilakukan si Fikri tu. 10 minit lepastu, Hafiz bagi balik kertas yang dia dah betulkan dekat Fikri.

"Nah, dah siap."

Fikri dah macam happy je bila Hafiz kata dah siap. Dia tengok balik apa yang Hafiz dah betulkan. Woah! Perfect doh, siap dengan untung bersih lagi. Sebelum ni, dia buat asyik rugi je. Hahahaha.. . ni kalau betul betul ada syarikat ni, confirm bungkus terus syarikat tu. Hahaha. ..

Hafiz tengok jam dekat tangan dia. Lagi 15 minit sebelum loceng akhir berbunyi. Dia cuit bahu Fikri, terus si Fikri tu pandang dia.

"Weh, mana surat yang kau cakap nak bagi aku pagi tadi, nak baca"

Fikri hampir terlupa, dia terus selongkar beg dia cari surat tu. Puas selongkar, akhirnya dia jumpa jugak. Terus je dia bagi dekat Hafiz. Hafiz buka surat tu dan baca satu persatu ayat tu dengan penuh minat. Habis je baca terus dia tergelak. Pada dia, bait-bait kata dalam ayat tu agak kelakar. Pandai secret admirer si Fikri tu susun ayat. Hahahah

"Siapa yang tulis tu wei? Hahaha. Kelakarlah", soal Hafiz.

"Entahlah, aku tak tahu. Tapi rasanya orang yang tulis surat ni macam dah lama suka aku dalam diam. Haha", jawab Fikri.

"Fikri Amer ada secret admirer. Hahaha.. Wuuuu ~", sakat Hafiz

Fikri tolak bahu Hafiz sambil ketawa,

"Diam lah".

Kringggg ~ Loceng akhir berbunyi. Masing-masing sibuk kemaskan buku ke dalam beg. Tak terkecuali si Fikri dan Hafiz.

"Babe, petang ni jangan lupa ambil aku pukul 3.30", suruh Fikri.

Hafiz buat bentuk bulat dengan jari dia tanda Oke. Dorang berdua terus menapak keluar dari kelas bersama-sama dengan kawan sekelas yang lain.






Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Jun 22, 2018 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Konflik !Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang