15: Dia

5.4K 304 50
                                    


Seminggu berlalu..

Aku makin sihat walaupun badanku kurus sedikit. Amra? dijaga oleh mum beberapa hari selepas aku dikeluarkan hospital.

Aku kuat, well Airish right?

Kami sekeluarga akan pulang ke kampung Han, ia rumah keluarga mertuaku. Bukan selalu bawa Amra pulang ke kampung.

Amra, Asfar, Danial, Haiqal dan Izzran sudah berpindah tadika. Atas keselamatan mereka, tadika mereka yang baru ini lebih selamat.

Kampung Han di Jelebu, Negeri Sembilan sahaja. Dekat, tak perlu naik kapal atau sampan.

Amra duduk di pangkuan Han di dalam kereta. Selepas di dodoikan terus dia tidur nyenyak.

Aku yang memandu, kerana aku mahu.

Aku memandu laju kereta Porche ku. Pedal minyak ditekan laju ketika mendaki bukit tangga.

"Yang! perlahan lah sikit. Ni bukan kat litar Sepang sayang!" dari tadi Han menyuruhku untuk perlahankan kelajuan.

"Abang ni bosan lah, bawak perlahan." ngeluhku, baru bawak laju dah kata nyawa nak terbang.

Han mencuit hidungku.

"Rish ni sihat tak ni? 90 tu kira laju tau!" bebel Han.

"90 je, bukan 120 Rayyan Farhan." balasku, apa guna beli kereta ada turbo tapi bawak macam siput hutan tu.

Ratus ribu membazir.

"Nanti abang beli beca, tak ada nya Rish bawak laju." ujarku dengan nada perlahan.

Han menangkap setiap bait perkataanku. Dia menggeleng perlahan, sebab tu aku sayang perempuan gila ni.

One of a kind..

And she just be herself.

"Do you know monkey? when they saw Banana they will jumping like crazy."

"Abang nak kata Rish monyet ke?" mataku masih fokus pada pemanduan, dengan sekali tekan pedal minyak.

Kereta itu berdesup laju. Terdapat dua laluan sahaja, tiga lori dihadapan aku perlahan. Aku menukar gear dan menekan pedal minyak, dengan pantasnya aku memotong tiga lori balak itu.

"Yas girl!" ucapku dengan bangga nya.

"Tak pernah berubah.." Han mengurut dadanya, nak luluh jantung kalau macam ni setiap hari dia yang memandu kereta.

Jangan lah anak aku ikut perangai dia yang ini.

"I love being Airish more than Aisy. Badgirl but cute right?" puji diri sendiri tak salahkan?

"Yes yes, i love everything about you sayang." tangannya mengusap kepalaku yang berlapik dengan tudung.

Aku tersenyum manis.

Tak sia-sia selama ini aku selitkan namanya di dalam doaku. Dan kini, dia ialah imamku dan pemimpin keluargaku.

Bapa kepada anakku. Dia lah imam yang akan memimpin tanganku dan Amra ke syurga Allah.

Walaupun aku dan dia terpisah beberapa kali. Tapi kerana jodohku bersama dia, jauhku hingga di negara Itali sekalipun Allah temukan aku dan dia kembali.

Sungguh indah perancangan-Nya.

Sabar itu indah..

"Abang tidur lah dulu, dah sampai nanti Rish kejutkan awak."

"Tak nak, rugi kalau abang tidur. Dapat tengok Rish, it's feel like i'm the only one person happiest in this world. Seeing you smiling and laughing are my priority honey. Macam tak sangka pulak Rayyan Farhan dah ada anak. Dan isterinya perempuan nakal Arcad Academy." ujarnya dengan senyuman manis.

Xavier CodeWhere stories live. Discover now