Perintah berkurung telah dikeluarkan oleh Rayyan Farhan, mereka semua haruslah duduk di rumah sahaja. Pada pagi ini juga mereka akan berangkat ke Australia untuk berehat di sana.Keluarga Ricci bersedia menghulurkan bantuan untuk mereka.
"I don't want leave Malaysia." Amra masih tetap dengan jawapannya walaupun sudah dipujuk oleh Shah dan Izzkal.
"Are you ready to die right now?" soal nenda dengan nada tinggi.
Amra tersenyum sinis dan menghadap nenda.
"Dari mummy meninggal Amra dah sedia dengan semua ni. Amra terfikir macam mana mummy tahan dengan semua ni, all of this insane! I should life like normal suddenly argh!" rambutnya diraup kebelakang dengan kasarnya.
Perasaan marah mula menguasai dirinya ketika ini.
Mereka semua diam apabila Amra bersuara. Apa yang dikatan oleh gadis itu adalah benar, tak sepatutnya hal begini terjadi.
Ham terus memeluk anaknya, ubun-ubun Amra dikucup dengan penuh kasih sayang.
"Breathing like always sayang." Han menepuk lembut belakang badan anaknya.
Mereka meninggalkan kiddos di ruang tamu itu.
"Kau betul ke nak tinggalkan Amra kat sini?" soal Izzkal.
Mereka bertiga memandang Han yang seperti tenang sahaja.
"Amra Zahra tu amanah dari Rish untuk kau, tak akan kau nak biarkan anak kau tinggal Malaysia dalam keadaan macam ni." Isk mula bersuara.
Shah hanya mempamerkan senyuman manisnya sahaja.
"Siapa kata Amra duduk Malaysia soeorang?" tawa kecilnya didengari oleh Han, Izzkal dan Isk.
"Riel dengan Raid yang akan jaga." balas Han.
Ada sebab kenapa Han menuruti permintaan Amra yang mahu tinggal di Malaysia ketika ini. Dia tahu apa yang akan terjadi jika Amra turut pergi ke Australia.
Mereka lebih mahukan Amra berbanding princess Xavier.
****
Selesai sahaja mereka menghantar princesses Xavier, King dan nenda di lapangan terbang mereka terus pulang untuk menyelesaikan beberapa tugasan di Blue Iv.
Raid memandu dengan kelajuan laju apabila ada lori tank mahu mendekati kereta itu.
Lori itu tidak berhenti mahu menyondol kereta itu.
"Kenapa papa?" Amra perasan yang Raid asyik memerhati lori yang berada dibelakang keretanya itu.
Amra toleh melihat belakang dia melihat itu terdapat logo kerabat Xavier pada badan lori itu.
"They want to kill you now..." ujar Amra.
Raid terus menelefon Tengku Airiel dengan pantasnya.
Calling...
"Riel..."
"Aaa...huargh!"
Raid melihat jam di pergelangan tangannya, jam menunjukkan sudah pukul 1 tengah hari dan Tengku Airiel masih menguap.
"Riel sediakan budak-budak kau sekarang."
"Buat apa hm...kita rancang nak pergi camping lambat lagi kan?"
YOU ARE READING
Xavier Code
Romantizm[ Rujuk Princess Xavier dan Princess Xavier Return dahulu ] [Awas : jiwa anda perlu kental!] Bukan mudah untuk menjadi puteri kepada Rayyan Farhan dan Qistina Airish Xavier. "I will do my best to protect you. Anything. I'll even be taking a bullet...