Epilog/Testing/First Test/Chapter One 1

344 13 1
                                    

Character :Christbell Glamourose Park Qing Suo

"Huarghhh!! "Kedengaran bunyi binatang eh manusia sedang menguap umpama menyedut seluruh bandar di pagi yang tak seberapa indah tu.

"Huh! Buas betul! Nyamuk pun boleh masuk. "

Christen yang berdiri di ambang pintu di jeling tajam.

"Auch! Sakitnya tu di sini di dalam hatiku~" Hah, tu dia. Keluarlah lagu Cita Citata. Badan diliuk sana-sini gaya perempuan gedik. Suara jantan dikawal ayu.

Christbell hanya memerhati. Rasa nak libas pun ada.

'Aku rasa tu bukan abang aku lah. '

"Hah! Tunggu apa lagi? Ayoyo... Cik adik, hari ini kau nak pergi mana? "

Berkerut dahi gadis tu. Dah macam orang tua dah. Apa yang aku dah tertinggal ni?

"Astaga! Oi, makcik! US tu boleh terbang dekat kau ke hah? Kau ingat US tu ada kaki boleh disuruh berjalan? Bangunlah cik adik oi. "

"Aduh!!! Aku lupa wei aku lupa!!! Kyaaa!! "

Tapi tunggu sesaat Christbell pantas bangun dari katil lalu pergi dekat bilik air. Tetiba..

Buk!

"Pffftt hahahahaha! Lawak doh! "

Kelihatan Christen sedang ketawa terbahak-bahak. Siap berguling atas lantai lagi. Haih...

Kelihatan Christbell sedang terduduk menahan sakit kat dahi akibat terhantuk dekat pintu bilik air tu.

"Orang berjalan pakai mata bukan pakai lutut. Hahaha! "

Kata Christen yang sedang berguling sambil memegang perut.

"Aish! Mana lah aku tahu! Tak sangka aku langgar pintu bilik air ni. "

Mulutnya merungut tak tentu pasal. Sempat tendang pintu lagi mengatakan bahawa pintu tu bersalah.

"Bell! Chris! Asal lama sangat tu hah!? Kematu dah punggung aku tunggu kau! Semua orang dah tunggu kau sorang je. Bila nak sampai?! "

Siapa lagi kalau bukan cousin mereka yang annoying tu, Louis? Harap je muka kacak mixed Thailand dan Inggeris, tapi perangai macam atuk tua umur 90 tahun! Membebel sana, membebel sini. Habis cair dah taik telinga mereka orang. Kalau boleh berbalut telinga tu.

"Sabarlah, syaitan! Asal tak pandai nak sabar ni hah?!? "

Christbell melawan balik seraya itu dengan pantas masuk kedalam bilik air.

Christen? Duk masih berguling-guling ngan ketawa terbahak-bahak kat lantai.. Entah bila nak habis ni oi?

(/Skip\)

"Hah, sampai pun. Ingat dah tertinggal flight tu. "

Sindiran yang amat kalis bagi Christbell oleh Louis. Dia, Christen, dan parent diaorang hantar Christbell pergi Airport sebab gadis tu nak pergi melanjutkan pelajaran ke US.

Ayah kandung dia tak dapat nak temankan dia sebab ada hal. Bukan sekali dah dia tak nak temankan anak gadisnya. Dah berpuluh-puluh kali dah dia buat macam tu. Entah tak tahu kenapa, ayahnya seakan-akan selalu mengelak dari berjumpa dengan dia.

"Bell, nanti kat sana belajar rajin-rajin tau? Ingat, mama sentiasa rindukan Bell. Bell kat sana mesti akan ada banyak kawan baru, jiran baru... Bila Bell dah sampai sana nanti, call mama tau?"

"Okay, mama. I will. "

Christbell terharu. Selama ini ibu tiri dia melayani nya dengan penuh kasih sayang. Bahkan bagai seorang ibu kandung. Tetiba dia terfikir, bukan semua ibu tiri ini jahat, kejam. Ramai yang ingat perempuan yang jadi ibu tiri ni mesti semua jahat dan kejam. Tapi baginya tak. Tak semua.

Prince Mafia (Slow Update)Where stories live. Discover now