Bab 11

2.1K 91 0
                                    

"Kawan aku!!!!"

"Hah!! Baru nak muncul? Kau tahu tak dari tadi aku dengan mamat sebelah ni duk memekik melolong depan rumah kau ni. Sampai perit tekak aku ni hah."

"So..?" tanya Afieq dalam nada menyampah.

'Pap!'

"Woi! Ape ni? Main hempuk je kepala aku. Mentang-mentang kau kawan aku kau fikir kau ada hak lah nak pukul aku? Ni dah kenapa sampai datang cari aku dekat rumah ni hah? Tak boleh ke bincang dekat office?"
Tanya Afieq dengan nada yang agak bengang.

"Lah... Aku pun tak hingin lah nak datang sini. Tapi masalahnya kita ada problem sekarang ni. Aku tak rasa aku boleh cakap dekat sini? Ada tak tempat yang private sikit?"

"Tak da! Aku nak kau cakap dekat sini jugak. No but.."

"Tapi bos.."

"Now!! Takda siapa yang berani lawan cakap aku. Kau nak jadi yang pertama ke?"

"Actually.. Pasal plan kita dengan rumah Datuk tu.. Failed. Ada budak sabotaj pelan kita." ragu-ragu Zam menuturkan ayat tersebut. Kalau tersalah sebut nanti lain pulak yang jadi.

"Apa??!!!!. Korang ikut aku sekarang. Zien, kau stay sini dengan Mak Mah. Jangan tinggalkan ruang tamu ni. Mak Mah, jaga budak kecik ni, jangan sampai dia dengar apa yang saya dengan kawan saya nak bincangkan. Faham tak?!" Arah Afieq.

"Ff..fa..hamm.. Tuan." jawab Mak Mah perlahan.

"Good."

"Tapi, kalau saya nak pergi tandas macam mana? Tak kan lah saya kena tahan.." selamba zien menuturkan pertanyaan tersebut.

"Haish kau ni! Tak kan lah itu pun nak tanya aku. Bengap sangat dah kenapa. Dah lah. Aku ada hal yang lagi mustahak sekarang daripada layan soalan tadika kau."

"Tta..pi.. tapi.."

"Dah! Zam! kau ikut aku." pintas Afieq lantas berlalu menuju ke bilik bacaannya, satu-satunya tempat yang paling selamat sebab bilik tu je satu-satunya bilik dekat rumah ni yang kalis bunyi.

"Okay bos." Balas Zam lantas berlari-lari anak cuba mengejar langkah Afieq yang sudah jauh di hadapan.

****

"Sekarang aku nak kau cerita dekat aku dari A sampai Z. Macam mana plan kita boleh hancur macam tu je? Tak pernah lagi dalam sejarah aku sepanjang jadi leader geng ni plan kita musnah macam tu je? Ini tak lain tak bukan mesti hal orang dalam. Baik korang bagitau aku cepat sebelum... aku rasa kau pun tahu apa yang aku mampu buat bila aku marah." ugut Afieq.

Dalam hal ni dia dah tak kisah kawan ke musuh. Tak ada siapa yang berani lawan cakap dia bila dia dah masuk mood yang satu ni.

"Sebenarnya bos, malam semalam masa kami cuba pecah masuk rumah Datuk tu, geng Zafriel serang kitorang. Kami memang tak bersedia pasal situasi tu, so..  at the end, banyak anak buah kita tercedera. And, kami tak dapat nak pecah masuk rumah Datuk tu sebab polis sampai sebaik sahaja keadaan dekat luar jadi makin hangat. Kami pun tak tahu dari mana diorang boleh tahu tentang plan kita, melainkan ada orang dalam yang mainkan peranan dalam kes ni."

"So.. Sekarang ni kau nak cakap yang ada penyamar dalam geng aku? Macam mana aku boleh tak sedar selama ni? Kau tahu kan kita dah lama plan nak pecah masuk rumah Datuk tu? Alih-alih benda ni jadi. Dah lah dengan aku kena handle budak perempuan tu? Kau datang sini semata-mata nak tambah kan lagi masalah aku?"

"Maaf bos, tapi kami dah siasat tadi.. and, kami dapat tahu yang.. penyamar tu ialah...

****

To be continued...

A/n :  sorry sangat3 sebab sy ambik masa yg agak lama tuk sambung story ni... Hope korang enjoy..

P/s : please vote and comment..

The Darkest Side of Mafia. [11-15] {C}Where stories live. Discover now