Bab 14.

1.1K 85 1
                                    

"Mommy! Daddy! Mommyy.. Daddyyyy.. jangan tinggalkan Zeen, Zeen takut.. Mommy.. Daddy.." tangannya terkapai-kapai mahu mengapai bayangan ibu bapanya yang semakin menjauh, jauh di hujung sana.. Puas dikejar tetapi usahanya semakin sia-sia. Air matanya makin laju mengalir tanpa dia sedari.

Dia tersedar dari mimpi yang dirasakan amat benar itu. Sudah lama dia tidak didatangi mimpi seperti itu, cukup lama untuk membuatkan dia kembali takut sehingga diserang 'panic attack'.

'Ini mesti sebab apa yang jadi semalam ni. Semalam!! Mak Mah!! Jadi selama ni aku tinggal dengan pembunuh! Orang yang aku anggap penyelamat aku... rupanya, lagi teruk dari orang yang cuba serang aku. Tak! Ini tak boleh jadi, aku kena keluar dari sini. Aku kena lari dari sini. Ya, itu je pilihan yang aku ada.

Serentak dengan itu Zeen bangun dari katil itu, bilik yang diduduki itu terasa asing sekali. Cat dinding dan hiasan dalaman bilik ini sudah cukup untuk membuatkannya takut. Cat hitam dan emas serta lambang pedang yang dililit naga, cukup untuk mengerikannya. Keadaan bilik itu sungguh suram dan gelap, hampir tiada sumber cahaya di dalam bilik itu kecuali dari lubang kunci di pintu bilik itu.

Langkah segera disusun, perancangan sudah siap diatur. Baru sahaja tangan mahu mencecah tombol pintu, pintu itu sudah dibuka dari arah luar. Zeen yang berada di hadapan pintu segera terkaku. Kepala mula memainkan detik mengerikan yang terjadi semalam.

"Well.. Where do you think you're going little girl?? Don't you think I will miss you.. hurm..?" tutur Afieq dengan nada yang berbaur amaran. Zeen cukup bijak untuk menghidu maksud sebenar Afieq.

"Saya nak keluar dari rumah ni. Awak, dengan konco-konco awak tak akan dapat halang saya dari tinggalkan rumah ni." meskipun masih diserang rasa takut, Zeen cuba memberanikan diri untuk bertentang mata dengan si pemangsa.

Tentunya, tindakan yang cukup bodoh, kerana sebaik sahaja dia melihat mata itu.. dia melihat peluang yang cukup tipis untuknya keluar dari tempat itu secara hidup-hidup.

"Ohh.. Really little girl. Tapi, kau rasa.. kenapa aku masih simpan kau dekat sini, siap bernyawa lagi kau ni. Kau pelik ke?" soal Afieq dengan nada yang cukup sinis.

"Awak nak apa? Saya takda apa-apa pun. Saya tak pernah jumpa awak pun sebelum ni. Awak ingat saya ada duit??? Berhutang adalah.." balas Zeen lagi.

"Hurm.. Maybe you could do me a favor, perhaps." tapi riak mukanya menunjukkan bahawa Zeen langsung tidak mempunyai pilihan untuk menolak tawaran tersebut.

"Apa yang awak nak saya buat? Saya memang tak ada apa-apa. Belajar pun sampai SPM je.." ujar Zeen.

"Ohh.. Ada satu benda yang kau boleh buat dekat aku. Benda sama yang Mak Mah buat dekat rumah aku ni."

"App.. Mengintip!!! Awak nak saya mengintip siapa? Dan yang paling penting kenapa saya? Kenapa awak tak upah pengintip yang profesional? Kenapa mesti saya?."

"Woa.. Woa.. Relax, kau cakap tadi kau berhutang kan. Dengan siapa kau berhutang tu?."

"Tak silap saya dia cakap nama dia... Ay.. Ay... Ha! Ayden. Nama dia Ayden."

"Yeah.. So??"

"So?!. Apa yang so nya? Awak nak saya buat.... Hell no! Tak! Say tak nak buat!. Macam mana kalau saya terima nasib yang sama dengan Mak Mah."

"Pandai jugak kau ni. Tapi kau jangan risau, kalau aku nak kau mati.. dah lama dah aku bunuh kau. Tak perlu nak tunggu orang lain bunuh kau. Aku cuma pelik, sebab kalau ikut sejarah yang lampau geng Ayden. Dia tak akan biarkan orang yang berhutang dengan dia hidup. Lagi-lagi terlepas macam kau ni. Kau mesti ada sesuatu yang si Ayden tu suka."

"Bos! Bos! Budak kita kena kacau dengan budak Ayden ."

****

A/n : So... Hope you guys enjoy this chapter.. Please vote and comment.. Happy Reading!!!

The Darkest Side of Mafia. [11-15] {C}Where stories live. Discover now