6

181K 782 32
                                    

Haziq terjaga dari tidurnya. Dengan mata yang terpejam, tangannya mula mencari iPhone 8+ nya untuk melihat jam pada waktu itu. Setelah jumpa, cepat-cepat dia membuka mata.

8:30 a.m.? Awal lagi. Telefonnya diletakkan kembali.

'Eh kejap! Harini hari apa ek?'

Terus dia mengambil kembali telefonnya dan menekan home button.

Oh, Rabu.

Eh what?! Rabu? Walawei, kerja wei kerja!

Baru sahaja dia hendak bangun turun daripada katil, dia terpandang ke sebelah kanannya. Terlihat satu figura perempuan. Berambut panjang berwarna perang, kulit putih bersih yang terdedah di bahu itu sedang nyenyak tidur di atas katilnya.

Fikirannya mula mengingati kejadian semalam. Senyuman sinis mula terukir di wajahnya.

Tanpa menghiraukan perempuan itu, dia segera bangun dari katil lalu terus mengambil tualanya lalu masuk ke dalam bilik air.

Usai sahaja mandi, dia melangkah keluar dari bilik air. Saat inilah dia mendapati biliknya yang bersepah dengan baju²nya dan baju perempuan itu bertaburan di lantai.

Dikutipnya satu persatu lalu diletakkan di atas katil. Kemudian, segera dia ke closet untuk mengambil pakaian pejabatnya.

Setelah siap memakai pakaian, rambutnya kini menjadi sasaran. Di letakkan gel rambut di tangan lalu terus di sapu ke rambutnya dan mengemaskannya supaya kelihatan smart.

Perfume kegemarannya diambil lalu disemburkan ke seluruh tubuhnya. Jam tangan dipakai. Walletnya juga dimasukkan ke dalam seluar slack nya.

Briefcase yang berada di atas sofa itu dicapai, lalu perlahan-lahan dia melangkah ke tepi katil, dan berdiri tepat di tepi perempuan itu.

Iphone 7+ milik gadis itu dicapai. Lalu segera menekan home button untuk membuka screen lock phone gadis itu.

Bagus. Tak kunci. Just slide to unlock.

Dia mula mendail nombor yang ditaipnya tadi di telefon gadia itu. Tak lama kemudian, telefonnya pula berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

End call.

Dia menyimpan nombornya di telefon gadis itu. Telefonnya pula diambil lalu dimasukkan ke dalam seluarnya. Kunci kereta dicapai lalu mula mengorak langkah keluar dari biliknya.

Langkah diatur menuruni tangga. Sampai sahaja dibawah, langkah kakinya dibawa ke ruang makan. Dilihatnya makanan sudah tersedia di meja makan itu.

Tak menunggu lama, dia segera duduk lalu makan apa yang telah disediakan oleh maidnya. Cepat² dia menghabiskan makanannya sebab dah lambat weh. Dah hampir pukul 9 dah ni. Mampus kalau papa tahu. Macam manalah boleh terlajak tidur ni, hish!

Usai sarapan, kaki diatur ke luar rumah. Lock keretanya ditekan lalu dia terus masuk ke dalam kereta. Perlahan-lahan kereta itu mula bergerak keluar dari kawasan banglo 3 tingkat itu.

*****

" Itu sahaja meeting kita pada hari ini. Selebihnya kita sambung pada hari lain. Ada apa-apa soalan?" tanya Engku Kamal, CEO of EMS Holdings Sdn.Bhd.

Kesemua pekerjanya yang berada di dalam bilik meeting itu hanya menggelengkan kepala, tanda tidak ada soalan.

"Okay kalau macam tu, semua boleh bersurai sekarang." katanya lalu segera keluar dari ruang itu. Kakinya mengorak langkah ke bilik kerja anaknya iaitu bilik COO . Namun, kelibat anaknya masih tiada.

Jam di tangan ditilik. 9:30 a.m.

Baru sahaja dia ingin berlalu, terdengar ada orang memanggil namanya.

HAZIQ MIKHAIL🔞Where stories live. Discover now