Untitled Poem

16 2 0
                                    

Desiran angin sepoi sepoi bahasa
Deburan ombak memukul pantai
Mematikan aku dari lamunan
Membawa aku kembali nyata

Nafas aku hela berat
Mengumpul kembali
Sisa sisa memori
Sekian lama terkunci

Bukan mahu ku
Kisah kita ternoktah
Bukan mahu ku
Bersendiri kita melangkah

Yang aku mahu
Kisah kita tersimpul
Yang aku mahu
Berdua kita melangkah

Tetapi jika engkau masih
Seperti biskut CHIPSMORE
Sekejap ada sekejap tiada
Berat untuk aku ungkapkan

Jangan berumah di tepi pantai
Jika takut dihempas ombak
Jangan cuba kau kembali lagi
Jika hujan kau kira tidak berhenti akan berhenti

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 03, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CORETAN HATIWhere stories live. Discover now