Bab 1

50 2 1
                                    

Permulaan pagi yang amatlah malas untuk aku mulakan setelah 2 minggu cuti sekolah penggal kedua habis. Kenapa aku boleh kata malas ? Sebab dah seronok cuti 2 minggu, rehat secukupnya dari sekolah yang penuh dengan aktiviti harian dengan menghabiskan masa baca buku novel yang salah satu hobi aku dan tak lupa kerja sekolah yang cikgu bagi sempena mengisi masa lapang selama 2 minggu ni.

      "Raisha! Raisha! Raisha! Bangun sekolah." . Ibu membangunkan aku yang bagaikan aku tidur mati sampai tak dengar apa apa yang terjadi sekelilingku. Jam tepat pukul 5.45 pagi.

"Ya ibu. Akak bangun la ni ibu. Ibu ni bangunkan akak macam akak ni tidur tak ingat apa dah. Akak dengarlah ibu.". Aku bangun dengan malasnya untuk bersiap untuk ke sekolah. Malas untuk mulakan hari sekolah setelah 2 minggu cuti. AHA. Ish ish apa nak jadi dengan kau ni, Raisha oi. Pergi sekolah pun malas -,-


Di sekolah SMK Menglembu.

"Kring Kring Kring!!!" . Loceng sekolah telah berbunyi. Semua pelajar berbaris untuk mulakan perhimpunan pagi pada hari tersebut. Pengawas yang bertugas mengambil tempat mereka yang ditugaskan oleh guru disiplin. Setelah habis perhimpunan , semua pelajar beredar untuk masuk ke kelas masing masing bagi sesi pembelajaran yang akan dimulakan.



Di kelas 5S3.

       "Raisha! Kau tahu tak pagi tadi aku nampak ada pelajar baru lelaki masuk sekolah ni. Hensem sangat wey. Agak agak kau la kan, dia tingkatan berapa eh? Masuk kelas mana eh?". Beritahu Eyka kepada aku setelah aku baru masuk ke kelas. Eyka atau nama penuhnya, Nur Zalikha, kawan rapat aku di sekolah dan kawan sekelas aku jugak. Eyka ni satu tabiat dia yang amat aku tahu sangat pasal dia ni setelah kian lama berkawan dengan dia ialah perangai dia yang selalu terlebih kecoh tapi masih boleh kawal 'vouge' dia tu. HAHHAHA. Yes, dia memang lawa.

 "Kau cakap apa tadi wey? Aku tak dengarlah. Kalau ya pun, bagi la aku ni duduk baik-baik dulu baru kau cerita. Hahahhaha. Ni tak, kelam kabut nak ceritanya."- Ketawa aku bila langsung tak faham apa Eyka cakapkan tadi. Tiba-tiba masuk kelas cakap macam tu.

"Ish kau ni. Penat ja aku cakap tadi. Ni aku nak bagitau kat kau, pagi tadi aku jumpa ada pelajar baru lelaki masuk sekolah kita ni. Lelaki tu hensem la. Agak agak dia masuk kelas mana ya? Tingkatan berapa ya? Hmm hmm." - Beritahu Eyka.

Belum sempat untuk aku balas apa yang diomelkan Eyka, Cikgu Faridah pun masuk ke kelas kami untuk mulakan pembelajaran seperti biasanya. Cikgu Faridah adalah guru kelas dan guru mata pelajaran kami dalam subjek Bahasa Melayu, dia amat menitikberatkan kecemerlangan kami dalam Bahasa Melayu kerana itu adalah subjek utama yang wajib lulus.

Tidak lama selepas itu, datanglah Encik Tan, guru kanan sekolah kami ke kelas bersama seorang pelajar yang aku tidak pernah nampak. Mungkin pelajar baru. Encik Tan memberitahu sesuatu kepada Cikgu Faridah, mungkin mengenai hal pelajar baru itu.

"Wei Raisha, inilah budak baru yang aku jumpa pagi tadi. Hensem wey. Dia masuk kelas sini la.", bisik Eyka kepada aku. Aku pun senyum saja la melayan si Eyka yang terlebih 'hyper' dan 'excited'.

      "Okay murid murid semua, harini kita ada kemasukan pelajar baru lelaki dalam kelas kita. Sila perkenalkan diri kamu pada kawan kawan sekelas kamu ya. ", beritahu Cikgu Faridah. 

Pelajar lelaki itu memperkenalkan dirinya sambil tersenyum. "Hye semua :) Nama saya Isyraf Danish. Boleh panggil saya Isyraf atau Danish saja. Saya baru pindah dari Selangor ikut family sebab ayah saya dipindahkan kerjanya ke sini. Selamat berkenalan semua :)", jelas pelajar itu. 

   Setelah itu , Cikgu Faridah menyuruh Isyraf Danish mengambil tempat duduk di sebelah aku yang kosong. Isyraf pun menurut lalu bergerak jalan ke arahku untuk duduk di sebelahku sambil tersenyum ke arahku. Aku hanya buat reaksi muka yang biasa saja walaupun memang manis muka dia, cuma perempuan di sebelah kananku ini dari awal lagi asyik kacau aku, cuit sini la, sengeh sini la. Tak faham aku. Siapa lagi kalau bukan si Eyka ini. "Untung kau weyy, dapat duduk sebelah budak laki tu. Hahhahaha. Tak fokus belajar nanti XD", bisik Eyka kepadaku. Aku hanya buat mimik muka malas mahu melayan si Eyka ni. Aku hanya tertumpu ke hadapan kelas saja untuk mulakan sesi pembelajaran. Sekilas saja aku pandang Alif di sebelahku. Dia tetap dengan senyumannya. Ya, manis dengan wajah yang cerah, 'handsome' , memang idaman semua perempuan yang melihatnya.

'Isyraf Danish'. 'Nama yang sedap didengar. Malah muka yang sejuk dipandang. Ish tak boleh ni. Fokus Raisha, fokus belajar', omelku sendiri dalam hati.

Dan permulaan hari yang cukup baik bagi diri aku untuk harini. 

To be continue,.









Crushku Boyfriendku. Future Husband?Where stories live. Discover now