BAB 3

34 1 1
                                    

  "Ouh takpa la. Saya temankan awak sementara tunggu abang awak datang ya. Bahaya awak sorang perempuan kat sini. Murid lain pun semua dah balik." Pelawa Isyraf untuk menemani Raisha. 

"Eh takpa la. Menyusahkan awak pulak. Sokay la saya boleh tunggu sorang kat sini. Satgi abang saya datanglah ambik." Balas Raisha yang agak segan hendak menerima pelawaan Isyraf.

"Eh tak menyusahkan pun. Lagipun saya takda buat apa lepas sekolah ni. Bosan juga kalau duduk rumah je. So alang alang boleh saya temankan awak kat sini sampai abang awak datang ambik awak." Isyraf masih tak berputus asa ingin menemani Raisha. Atau lebih dekatnya, niatnya mahu lebih mengenali rapat dengan Raisha. 'Isyraf Isyraf, kenapa dengan kau ni? Beriya sangat dengan dia. Baru first day kut Isyraf kau jumpa dia, takkan dah suka kut', bisik hati Isyraf sambil bibirnya mengukirm senyum melihat Raisha.

'Alahai mamat ni pun. Janganlah senyum macam tu. Boleh cair aku tengah tengah panas macam ni, tambah dengan senyuman dia tu.' Bisik hati Raisha.

"Awak? Awak? Dengar tak saya cakap ni ?" Panggil Isyraf. 

"Ye ye Er.. Er saya!" Tersedar dari lamunannya bila dipanggil Isyraf berkali kali. 'Uish kau ni Raisha. Agak agaklah mengelamun pun. Jangan depan dia ni. Bahaya.' Bisik hati Raisha.

"Awak okay tak ni? Panas sangat ke sampai awak tak sedar saya panggil tadi nih? Or awak tengok muka saya ni cairkan hati awak. Hahahahha." Ketawa Isyraf mengusik Raisha. 

"Apa awak ni Isyraf? Perasan betul la. Taklah saya teringatkan tadi kerja sekolah saya nak buat kat rumah nanti. Abang saya ni la mana tak sampai lagi." Ayat Raisha menidakkan kata Isyraf yang sememangnya dia mengelamun tengok senyuman si Isyraf ni tadi.

"Ouh hahahhaha. Macam tu. Nanti abang awak sampai la tu. Lagipun takpa , saya temankan awak. Taklah awak bosan duduk sini sorang. Kan?" Balas Isyraf dengan senyuman.

"Errk.. erk haah. Be..tul laa.a tu.. awak ca..kap.. tu. He.He..he" Jawab Raisha gagap. ' Apahal aku gagap tetiba ni? Ish bahaya la tengok si Isyraf ni senyum.' Sambil cuba alihkan matanya dari memandang muka Isyraf.

Isyraf hanya mampu tersenyum geli hati melihat Raisha yang tetiba gagap bercakap dengannya. 'Awak ni Raisha kalau ya pun berdebar tengok saya, janganlah sampai gagap. Comel betul la. Hahaha' Bisik hati Isyraf yang sememangnya perasan cara Raisha tadi tu. Tapi hanya mampu bercakap di dalam hati saja. Takut dia yang perasan lebih.

Tidak lama kemudian, kereta abang Irwan sampai menjemput Raisha pulang.

"Tudia. Abang saya dah sampai tu. Saya balik dulu ya. Thanks temankan saya :) Awak bawak motor tu baik baik. Jangan merempit pulak. Hehe. Jumpa lagi." Pamit Raisha lalu masuk ke dalam kereta abangnya dan kereta pun berluncur pergi dari kawasan bus stop itu.

"Sokay la. Small matter. Hehe. Ya baiklah. Jumpa lagi." Sempat Isyraf melambai kepada Raisha lalu dia juga memakai helmetnya serta menghidupkan kembali Ninja kesayangannya dan bergerak pulang.

Berbunga bunga hati Isyraf dengan kata kata Raisha sebentar tadi. 

____________________________________________________

Sepanjang perjalanan pulang.

"Siapa berbual dengan kau tadi tu dik? Boleh tahan jugak aku tengok budak tu." Tanya abang Irwan ingin tahu siapa budak lelaki yang berbual dengan adiknya tadi.

"Ouh kawan kelas Raisha tadi tu. Dia temankan Raisha sementara abang nak sampai tadi. Budak baru masuk sekolah harini. Boleh tahan apa abang ni?" Balas Raisha.

"Ouh. Ingatkan buah hati kau tadi. Siap berteman bagai macam ada hubungan apa apa je. Hahaha. Boleh tahan la. Hensem." Ketawa Abang Irwan cuba mengusik adiknya.

"Ish takda la. Mana ada apa apa hubungan dengan dia. Agak agak la baru kenal kut. Hensem? Erm boleh la. Not bad." Jawab Raisha bersahaja. Memang tak dinafikan yang Isyraf tu memang hensem pun. 

Raisha tiba tiba tersenyum mengingatkan kejadian tadi di bus stop. 'Macam mana boleh tergagap bercakap dengan dia tadi. Buat malu ja. Raisha raisha. Buat hal la kau tadi.' Bisik hatinya.

Abang Irwan geleng kepala melihat adiknya senyum sendiri tiba tiba. 'Teringatkan budak tadi la tu. Hahaha. Adik adik. Macam la aku tak pernah ada zaman sekolah macam kau dulu. Faham sangat.'

____________________________________________________

Isyraf POV. Di luar halaman rumah.

Aku duduk di luar halaman rumah sambil membawa gitar. Gitar kesayangan aku ambil lalu aku memetik memainkan lagu bersesuaian irama yang hati aku cuba sampaikan. Hati masih berbunga mengingatkan perihal siang tadi di luar sekolah. 

"Hati hati bawak motor tu. Jangan merempit pulak.Hahaha" Dengan senyuman Raisha bersuara kepada aku. Senyuman dia pun sudah mampu membuatkan aku tersenyum sendiri. Bagaimana pula dengan hari yang mendatang, duduk di sebelahnya di dalam kelas, seharian melihat dia. 

Jari aku memainkan peranan memetik gitar kesayangan sambil mulut menyanyikan lagu dengan penuh rasa bahagia. Lebih mendamaikan pabila malam disinari cahaya bulan dan bintang di langit.

Deras hati ku berdetar
Dilangit aku terlihat kamu
Terang malam teman kita
Dengan angin meniup sayu...

Ku petik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luarkan rinduku padanya...

Dan aku terus menyanyi lagu ini untuk mu.
Walau berjuta mendengar lagu ini hanya untuk mu

Arah hidup kita terkapar bintang di angkasa
Berkelip melukis cinta, tercipta lah lagu kita...

Lagu Kita - Aizat cover by Isyraf


To be continue..





Crushku Boyfriendku. Future Husband?Where stories live. Discover now