Seorang gadis cantik, manis, tinggi berjalan keluar dari sebuah cafè dengan membawa satu cawan air yang baru dibelinya. Dihirupnya minuman itu kedalam mulutnya. Baru saja dia hendak duduk, telefon pintarnya berbunyi.
"Hello"
"Yes.. ouh okay see you later"
Lantas dia bergerak kekeretanya dan memandu keretanya kesuatu tempat yang tidak asing baginya. Disekeliling gadis itu dipenuhi dengan sedikit semak, ianya bukan perumahan mahupon taman. Gadis tersebut terus bergerak ke dalam sebuah rumah yang dikelilingi semak setinggi buku lalinya.
Dia terus melangkah masuk dengan kaki kanan dan bergerak ke lift. Gadis tersebut terus tekan butang ketingkat bawah. Setelah pintu terbuka, dia mula memasuki lift tersebut dan menekan butang yang berada dibawah sekali. Sesekali dihirup minuman yang dibelinya.
Terbuka pintu lift itu pada tingkat yang dikehendaki.
"Asalamualaikum"
°°°°°°°°°
"Huargh! Letih gila dowh" kata seorang gadis yang baru sahaja keluar dari balai ketibaan. Sepatutnya, pemandunya sudah tiba dilapangan kapal terbang. Gadis itu mula bergerak ke sebuah cafè disitu. Tidak sah jika tidak meminum ice chocolate.
Semasa bergerak ke cafè, seorang jejaka melanggarnya.
"Sorry miss, are you okey?"
Dia tidak menjawab, malahan hanya melihat kesan kopi yang terkena bajunya. Dia senyap seketika.
"Nah.. I'm okey. Got to go"
Katanya dan terus berlalu pergi. Jejaka itu hanya memandang pemergiannya.
"Macam pernah nampak perempuan tu.. kat mana eh.. eh! Aku dah lambatlah nak jemput Qayyum kat sekolah.. aduh! Salah Syazwanlah ni! Saje pancing aku pergi airport ni" gumamnya sendirian lantas pergi dalam keadaan tergesa-gesa.
"Macam pernah jumpa laki tu. Qairil ke? Qairil ada adik nama Qayyum eh? Entahlah.. apa khabar adik-adik aku tu." Gumam gadis itu setelah melihat dan mendengar gumaman jejaka itu.
Lantas gadis itu bergerak ke destinasinya. Setelah sampai, dia terus memesan minuman. Setelah mendapat 'ice chocolate'nya, dia terus ke satu meja dan mengeluarkan telefon pintarnya. Dia mencari kenalan yang bernama 'abangku appan' dan terus menekan 'call' pada kenalan itu.
"Hello abang"
"Abang kat mana?"
"Amik myrah kat airport ni jap. Kak raudhah kata ada orang nanti datang jemput, sampai kesudah tak nampak batang hidung."
"Hmm.. yelah. Cepat sikit"
"Okey.. bye"
Gadis tersebut lantas mematikan panggilannya itu dan menghirup minumannya. Dia teringat kisah dia perlu kembali ke Malaysia.
Flashback
Sampai sahaja dibilik berkumpul itu, dia terus bergerak kearah Raudhah.
"Akak.. kenapa panggil Myrah?" Tanyanya
"Akak nak mintak tolong Myrah balik Malaysia. Atok bagi arahan suruh akak balik dengan Myrah. Tapi akak ada kerje sikit. Dalam seminggu akak balik dengan yang lain. Jadinya, Myrah balik dulu ye." Katanya.
Gadis yang dipanggil 'Myrah' itu hanya mengangguk.
"Tu je kan?" Soalannya mendapat anggukan dari Raudhah.
YOU ARE READING
Queenzz Life [H]
Teen Fiction[QVSK 2 : QL] {MOHON KHADAMKAN QVSK BEFORE READ THIS STORY!} Setelah 5 tahun permegiannya, akhirnya dia kembali. Telah 5 tahun dia melupakan si dia. 5 tahun dia cuba menghilangkan perasaan yang dipendam pada si dia. Dia kembali untuk menuntut cinta...