Chapter 6

125 6 0
                                    

Asami mengusap lembut rambut Takaba, Takaba masih tidak sedar diri ini kerana kesan ubat bius masih berjalan.

Fei Long memandang luar, ini pertama kali dia datang rumah milik Yakuza berusia 35 tahun ini. Asami keluar dari biliknya dan melihat Fei Long memerhatikan rumahnya. Dia menyalakan rokok kegemarannya Dunhill. Fei Long memandang lelaki berpakaian ringkas kemeja putih lengan panjang dan slick hitam memang senonim dengan gaya Asami Ryuichi.

"Tengok gaya rumah kamu tiada sentuhan wanita Asami? "Fei Long mendekati bar mewah dengan minuman keras yang tersusun rapi itu.

Asami hanya mendiamkan diri dari menjawab soalan dari Fei Long, 2 gelas di hidang untuk tamunya itu.

"Jadi apa urusan kamu Fei Long? "Asami membasah tekak dengan minuman kegemarannya LIQUER.

Fei Long memandang tepat wajah tampan di depannya, sejak 7 tahun mereka tidak bertemu bersua sejak kejadian itu, raut wajah lelaki itu masih sama masa mereka bertemu.Sikap Asami yang sentiasa tenang membuat dia rasa benci.

"Kamu tahu urusan aku di sini bukan? Dendam aku pada kau masih sama Asami! "Fei Long bernada serius.

Kirishima yang mendengar apa yang di katakan oleh Fei Long membuat dia berjaga-jaga, dia mula ingin keluarkan senjatanya. Asami bagi isyarat kepada pengikut kanannya itu.

"Kalau itu urusannya kenapa, kamu tidak tembak masa ada peluang.. "Nada Asami bersahaja, dia duduk di sofanya.

Fei Long hempas cawan yang masih berisi arak itu. Dia memang benggang dengan Asami sejak dia tahu yang Asami ada kaitan dengan kematian ayahnya.Ayahnya mati depannya lelaki di depannya tidak sedikit rasa bersalah inikah sifat lelaki itu.

"Fei... Aku malas nak berbala dengan kau.. Elok kau berterus terang tujuan kau sahaja? Kalau kau nak balas dendam pada aku sia-sia sahaja... "Asami memandang wajah Fei Long.

"Tsk....! "Fei Long mengetap bibirnya.

Dia teringat budak lelaki yang selamatkan dia, kenapa Asami tidak hapuskannya. Dia mendekati Asami dia duduk bertentangan dengan lelaki itu.

"Kau tahu laporan aku di curi orang dalaman bukan? Client kamu ada benda penting milik aku!! "Fei Long meninggikan suaranya.

"Fail atau desk yang record black money Baishin!? "Asami meletakkan tanganya di dagunya .

Fei Long memandang tepat memang sah Asami tahu hal ini..

"Kau boleh datang jumpa aku dari bersikap semborono serang client aku! "Kali Asami bernada tegas.

Fei Long senyum melihat Asami mula bertindak serius dengannya.

"Masalah sekarang client kau bakal menyusahkan aku Asami, satu lagi kau tinggalkan saksi! "Fei Long mula main api dengan Asami.

Asami faham maksud 'saksi'yang di beritahu oleh Fei Long.

"Kau sepatutnya hapus budak itu bukan.. "Fei Long sandar badannya sambil melihat reaksi Asami.

Asami bangun dari duduknya.

Di dalam bilik..

Takaba terdengar perbualan mereka, wajahnya pucat bila mendengar suara itu mula mengatakan pasal dirinya, fikirannya buntu. Asami bakal bunuh dirinya, dia mati akal dia bangun dengan perlahan bahunya masih sakit.

Bila dia sedar dia sudah berada dalam bilik mewah ini, dia tidak tahu ke mana dia di bawah pergi. Badannya masih sakit mungkin kesan tembakan itu membuat badanya terasa sakit.

Niatnya ingin keluar dari bilik terbantut bila mendengar perbualan lelaki yang dia tidak kenali dan Asami.

"Matilah... Aku.. Sob sob sob..! "Takaba menarik selimut menyelubungi badannya.

Dia tidak sangka yang dia sudah masuk zone bahaya. Bila -bila masa dia akan di bunuh.

................

Asami mendekati Fei Long kolar milik lelaki berambut panjang itu di rentap kasar, wajah Asami yang tadi tenang berubah wajah, Asami mula rasa darahnya mendidih melihat muka Fei Long..

Bunyi benda jatuh dari biliknya membuat dia sedar. Dia tolak kasar tubuh Fei Long, dia terus masuk ke biliknya. Takaba duduk di sudut almarinya.

Takaba melihat lelaki yang masuk bilik itu, dia mula menangis melihat wajah Asami.

"Ka... Mu aka.. N bu.. Nuh saya.. Bukan!!! "Takaba menangis, dia betul-betul dalam ketakutan.

Asami tersentak melihat Takaba menangis, dia mendekati Takaba, Takaba cuba melarikan diri tapi sudut tempat dia sembunyi kecil. Tubuh Takaba di peluk erat.

"Tak.. Tak ada sesiapa akan cederakan kamu Takaba!! "Asami peluk tubuh Takaba, dia rasa getaran ketakutan milik pemuda itu.

Fei Long terkejut melihat reaksi Asami, pertama kali melihat Asami begitu lembut dengan orang lain. Dari gaya Asami mengenali pemuda itu, dia melihat sikap Asami.

Asami mengucup dahi Takaba dan menenangkannya, dia lupa Fei Long ada di belakangnya.

Fei Long mula rasa tidak senang hati, sikap Asami tidak sama macam ini semasa di Hong Kong. Asami tidak begitu lembut hati, kenapa Asami begitu lembut hati dengan pemuda berambut coklat itu, dia melihat Asami mencium setiap wajah pemuda dengan mesra. Api cemburu mula membara, apa hubungan budak ini dengan Asami.

Asami masih leka membelai Takaba, dia tidak mahu Takaba benci kepadanya.Selepas Takaba tenang, Asami membantu Takaba bangun dari sudut sempit itu.

Dia usap bahu Takaba lembut, dia rasa dahi Takaba panas...

"Kirishima siapkan makan malam untuk Takaba, selepas dia makan bagi dia ubat... "Asami mengusap rambut Takaba. Takaba masih sendu, dia tidak tahu kenapa dia berasa tenang berada dalam pelukan Asami.

Asami merenung wajah Fei Long..

Dia keluar dari bilik itu, Fei Long sempat memandang Takaba yang tengah lena itu.

"Fei Long kau pulang ke hotel sekarang!! "Asami mengarah Fei Long pulang ke Hotel.

"Hurm... Aku mahu saksi itu dibunuh!! "Fei Long masih ingin buat Asami naik angin, api cemburu lebih menguasai dirinya dari hal yang sepatutnya.

"Takaba selamat nyawa kau bukan!!!? "Asami meninggi suaranya.

Fei Long lupa pemuda itu yang selamatkan nyawanya.Dia terdiam sejenak...

"Fei Long.. Aku akan serahkan balik barang kau.. Dan aku harap bila kau dapat barang cepat berambus balik Hong Kong!! "Asami tidak mahu Fei Long berada berdekatan Takaba.

Fei Long tersentak bila dia di halau oleh Asami. Dia tidak sangka Asami buang dia sebegitu, selama ini dia pendamkan perasaannya kerana dendamnya kini perasaannya bagai di carik-carik dengan kata-kata Asami kepadanya...

"Hurm.. Kau ingat aku akan pulang Ke Hong Kong dengan mudah!! Asami aku sendiri akan ambil barang aku dengan cara aku!! "Fei Long beredar dari rumah Asami.

"........"Asami melihat Fei Long beredar dari rumahnya dengan amarah.

Dia menarik nafas panjang...

Asami melihat kegelapan malam, malam tanpa bintang dan bulan.. Dia menghidupkan rokoknya, di hembus perlahan kelihatan asap keluar dari mulutnya..

♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦

Fei Long berasa sakit hati dengan layanan Asami kepadanya, masa dia di serang lawannya dia berasa gembira melihat lelaki itu datang selamatkannya. Rindu pada lelaki itu terbalas dengan kehadirannya di sisi. Tapi ingatkan dia akan dapat peluang untuk merebut hati lelaki itu, rupanya kedatangannya di Tokyo kali ini penuh dengan kesakitan bila melihat kemesraan Asami kepada budak lelaki yang dia sendiri tidak tahu asal- usul itu muncul antara mereka.

Dia hempaskan tangannya di cermin keretanya.Asami begitu lembut dengan pemuda itu, takkan budak begitu tasty Asami. Dia mengigit jarinya, hatinya mula sakit bila teringat wajah budak itu di cium mesra oleh Asami.

"Asami kau milik aku!! "Bisik hatinya, dia akan pastikan Asami jadi miliknya, kalau menghapuskan budak itu adalah caranya..

Viewfinder-My Present loverWhere stories live. Discover now