Chapter 21

109 9 2
                                    

Asami menglangkah ke dalam bot mewah itu,matanya melirik tajam melihat suasana di kapal itu,ada mata memandangnya tetapi dia tidak hirau mata yang memandangnya itu.

Kirishima diarah olehnya menghubungi Fei Long .

"Bangsat di mana kamu?"Asami bersuara keras bila dengar suara Fei Long.

Dia menaiki lif yang berdekatan mereka,Asami bersikap tenang walaupun hatinya sudah penuh dengan amarah.

Mereka sampai di sebuah suit mewah,Takaba Akihito ada di sana.Hatinya tenang melihat Takaba sihat tanpa sebarang kecederaan.

"A....sami..!!"panggilnya air mata hampir menitis kerana insan yang dirindui ada di hadapannya sekarang.

Asami angguk kepada Takaba Akihito,tanda suruh dia sabar.Takaba senyum hatinya tidak sabar pulang ke tanah airnya.

Fei Long mengerti yang dia tidak mungkin miliki hati Asami lagi,bila melihat Asami sanggup bertindak sejauh ini untuk ambil kembali Takaba Akihito.

"Ini deep kamu!!! Serahkan Takaba Akihito kembali padaku!"Asami terus melangkah menghadapi musuhnya tanpa orang -orangnya.

Asami sudah bagi arahan pada orang-orang berjaga dengan sebarang kemungkinan yang datang.

"Baik !"Fei Long baru ingin tarik tangan Takaba,salah seorang orangnya menyambar Takaba dan acu senjata ke kepala Takaba.

Takaba sedikit terkejut melihat tindakan lelaki itu.

"Serah deep itu padaku!!"(chinasse language)

Fei Long betul-betul terkejut orang yang membelotnya adalah pakciknya.

"Fei do!!"Fei Long benar-benar benggang.

Asami renung tajam kepada lelaki yang acu pistol ke arah kepala Takaba.Keselamatan Takaba harus di utamakan.

"Give me the deep Asami!!if want look this kid still safe!!"lelaki menyeringai kepadanya.

"Okey..but firtsly your give he to me!!"Asami berdepan dengan lelaki itu.

Takaba mula tidak tahu untuk buat apa,kalau dia berlawan nyawanya terancam.Tetapi dia tidak mahu Asami susah kerana dirinya lagi,tanpa berfikir panjang dia menepis tangan lelaki itu.Tindakan mengejut dari Takaba membuat lelaki itu menekan picu dan Takaba tertembak di bahu kanannya.

Asami begitu terkejut tanpa berfikir panjang dia tembak lelaki itu tanpa belas kasihan.Habis pelurunya membedal tubuh gemuk itu.

Fei Long cuba beri rawatan kecemasan pada Takaba.Tetapi Asami acu pistol ke kepala Fei Long.

"Go away from him!!dont ever you dare touch him bastard!!Asami dalam keadaan amarah.

Orang-orang mereka masing -masing acu senjata ke arah lawan mereka.Fei Long angkat tangannya dari sentuh Takaba.

Asami masih mengacukan pistol arah Fei Long.Tangannya sebelah lagi rangkul tubuh Takaba.

"Takaba bangun....!"panggilnya.

Asami cium dahi pemuda itu yang sedikit pucat.Fei Long tahu sekarang dia harus ambil kesempatan hapus musuhnya itu, dia mendiamkan diri niatnya untuk berlawan dengan Asami terbantut melihat Takaba dalam bahaya.

"Asami...''Fei Long cuba tenangkan Asami.

"Diam..kau nak sangat balas dendam baik kita habiskan hari ini!!"jerkah Asami dengan amarah yang dia cuba kawal.

Takaba mula sedar,bila dia lihat Asami mengacukan pistol  ke arah Fei Long dengan pantas dia peluk Asami.

"Asami !! Jangan...."Takaba tidak tahu untuk tenangkan Yakuza itu.Dia cium leher Asami agar lelaki itu bertenang dan tidak fikir bunuh Fei Long.

Tindakan Takaba membuat dia memeluk lelaki itu tanpa hirau bahaya di depannya hatinya lega Takaba sedarkan diri.

"Kamu okey tak...."dicium wajah kekasihnya itu.

Takaba angguk*

"Aku mahu pulang Asami!!"tangis Takaba.

"Baik...jangan menangis...kamu lelaki!"di cium kedua-dua mata Takaba.

Fei Long arah orang turunkan senjata,Asami bantu Takaba bangun ,Kirishima hulurkan bantuan kepada tuannya.

"Asami deep itu pulangkan kembali ya..."rayu Takaba.

"Baiklah..."Asami campak ke arah Fei Long.

"Kalau kau berani sentuh Takaba lagi,aku janji itu hari terakhir kamu lihat matahari!!"Asami bersuara tegas.

Takaba memeluk Asami,Asami turun dari kapal milik Fei Long,mata Fei Long masih memerhatikan susuk tubuh milik Asami.

"Alangkah indahnya aku yang berjaya memiliki cintamu Asami Ryuichi ..malangnya aku terlambat bukan..dia berjaya buat kamu jadi tidak tentu hara hingga sanggup jejaknya kembali.."bisik hati Fei Long.Kapal milik Asami berlalu pergi hingga hilang dari pemandangannya.Souh melihat Fei Long,keadaan tadi gawat mula tenang kembali,dia tahu andainya Asami Ryuichi bosnya itu hilang kawalan dia juga tidak tahu apa yang berlaku.

Kini Asami Ryuichi sudah ambil kesayangan kembali,budak nakal yang menyebabkan huru-hara kedua rival ini akhir selamat pulang ke Jepun.Walaupun dia cedera dia tetap bersyukur dapat pulang ke Jepun,hatinya lega....

Asami memeluk Takaba,di cium bahu lelaki yang itu.Takaba rasa geli bila dicumbui lelaki itu.Dia memang selamat pulang ke Jepun malangnya dia tidak selamat dengan lelaki ini yang hari -hari mahu mencumbui dirinya setiap hari..

Tamat...

Maaf kalau cerita sedikit muram hehehe,tetapi terima kasih kerana membaca viewfinder fanart story from me..

Extra untuk dua sejoli ini akan di terbitkan lagi dalam masa terdekat.

Viewfinder-My Present loverWhere stories live. Discover now