Chapter 10

101 6 0
                                    

Takaba membelek disk yang di beri lelaki yang di serang semalam.Dia tidak tahu bagaimana ingin serah disk itu kepada Asami,nama Asami di petik oleh orang itu maksudnya lelaki itu mengenali Asami. Banyak persoalan yang dia fikir,dia memandang computernya.Takaba bangun dari tempat tidurnya computernya dinyalakan disk di masukkan detail mula keluar satu persatu.

"Nama..ini nama orang,apa kaitan mereka semua ini?"Takaba melihat satu persatu nama itu.

Nama-nama yang tersenarai dalam disk membuat Takaba ingin tahu mengenai lagi butir-butirannya lagi,di periksa semua disk yang di beri lelaki misteri itu lagi.

'Adakah ini senarai untuk blackmail atau senarai hutang dengan Asami?"Takaba berfikir lagi.

Dia klik semua lalu di padamkan semua senarai nama orang-orang itu.Dia ketawa dan tersenyum bila senarai itu di lupuskan.Tiba-tiba dia terdiam sekejap.

"Mati!!!! Asami bunuh aku...!"dia hampir lupa orang yang dia berhitung adalah Yakuza.Dia membayang wajah garang Asami kalau dia tahu yang dia telah padam semua detail-detail itu.

Takaba mula tidak berkeruan,macam mana dia nak bagi tahu Asami yang dia sudah padam semua senarai nama-nama orang dalam disk itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Takaba mula tidak berkeruan,macam mana dia nak bagi tahu Asami yang dia sudah padam semua senarai nama-nama orang dalam disk itu.

******************************************

Dia berdiri tegak melihat apartment mewah yang tersegam indah itu.Dia genggam tangannya,walau bagaimana pun dia harus bertanggungjawab apa yang dia lakukan.Dia tekan interkom rumah Asami,malang tiada sahutan,Takaba tengok jam tangannya itu.

"Patutlah..masih awal lagi ini...jadi apa harus aku buat!!?"Takaba garu kepalanya itu.

Dia keluarkan pen,lalu di tulis namanya di sampul surat berwarna coklat itu..di masukkan ke dalam boxmail milik Asami.

"Sumimasen!!"Takaba keluar dari apartment itu.Dia sempat memaling melihat apartment itu.Takaba harap Asami tidak bunuh dia.

******************************************

Asami lewat sampai di hospital,lelaki itu telah mengehembus nafas terakhirnya kerana lelaki itu di serang di hospital,yang pasti 2 orang berbangsa Cina itu ada kaitan.

"Kirishima kita lewat,kita beredar dulu..!"Asami bagi arahan pada pengikutnya itu.

Keadaan dia hospital itu gawat dengan ke kecohan yang berlaku,Asami beredar dengan keadaan tegang.Keadaan nampak telah bertambah rumit.

Asami beredar dari hospital,dia harus memikir cara untuk mendapat balik bukti-bukti itu.

Sesampai di apartment dia memeriksa boxmailnya itu.Dia memandang sampul coklat itu,tertera nama Akihito Takaba di situ.

"Baik nanti aku telefon balik!"Asami meletak panggilan itu.

"Takaba?"Dia melihat isi di dalam itu.

"Tak mungkin...!"Asami mula rasa tidak sedap hati.

**************""**"************************

Takaba mengeluh,dia berharap Asami dapat sampul itu,dan dia tahu yang Yakuza itu pasti cari dia.Dia tidak berharap ketemui Asami lagi tapi keadaan sekarang membuat dia harus bertemu lelaki itu sekali lagi,mukanya merah bila mengingati apa yang pernah berlaku pada dulu.

"Apa yang aku ingat ni..!!"Takaba menampar wajahnya itu.

Tiba-tiba sebuah kereta mewah berwarna hitam berhenti di depannya itu.Takaba terkaku sekejap mungkin Asami yang datang,tapi takkan secepat ini.Seorang berpakaian kot hitam keluar dari kereta itu.

"Akihito Takaba...?"wajah lelaki itu serius.

"Kamu orang Asami ke?"Takaba tanya tanpa selindung.Dia tidak percaya lelaki itu orang Asami.

Wajah lelaki itu berubah terkejut bila nama musuh tuannya di sebut dia senyum kerana musuh tuannya bakal jatuh ke dalam genggaman mereka...

Viewfinder-My Present loverWhere stories live. Discover now