Chapter 2

222 13 0
                                    

Kejadian 3 hari lalu masih diingatinya lagi, suara Asami masih kedengaran di cuping telinganya. Kata-kata dari seorang yakuza membuat dia berfikir seketika.

"Takaba luaskan pemandangan kamu, lihat yang mana benar dan salah.. "Takaba merenung tempat di mana menjadi mimpi ngerinya 3 hari lalu. Dia meniti tangga ke tempat sembunyinya malam itu. Tiba-tiba dia ternampak seseorang berdekatan dengan barang-barang dia.

"Yama-san!!? "Dia memanggil lelaki itu. Lelaki itu terkejut melihat Takaba di depannya.

"Bukan.. Kamu di culik Asami!? "Lelaki itu tidak sangka Asami melepaskan musuhnya semudah ini.

Takaba mendiamkan diri melihat lelaki itu, suara Asami mula tergiang kembali dalam ingatannya. Takaba mengambil beg sandangnya dan scoop kameranya.

"Yama-san saya percayakan kamu... "Takaba berharap apa yang dinyatakan oleh host Shion club itu hanya satu pembohongan.

"Takaba... Ini bukan permainan budak kecil, maaf!! "Lelaki bernama Yama-san mengacukan pistol ke arahnya.

Takaba terkejut dengan tindakan lelaki yang dia hormati selama ini. Dia terkaku untuk berkata apa-apa, nyawanya betul-betul hujung nyawa. Tiba-tiba bunyi tembakan entah datang dari mana muncul membuat dia terkejut. Takaba betul-betul terkejut, Asami muncul di hadapannya.

"Nampaknya kamu ingin hapus budak yang banyak membantu kamu.. Tapi tetap menjadi satu masalah besar bukan! "Asami mengacu pistolnya kepada polis yang menjadi dalang kepada masalahnya selama ini.

******************************************

Matahari mula terbenam ,senja mula melabuh tirainya Takaba terkenang nasibnya kerana di khianati orang yang di percayainya. Asami melihat pemuda di sisinya itu.

"Kenapa.... Boleh jadi macam ini.... "Takaba mengeluh, air mata mula mengalir.

Asami melihat Takaba,dia mengusap rambut pemuda itu. Tapi pantas Takaba mengepis tangan lelaki itu.

"Kamu.. Pun sama Asami!! Suka memperalatkan orang.. Satu hari nanti saya pastikan kamu akan di hukum dengan perbuatan kamu!! "Takaba melepaskan kemarahan kepada lelaki itu.

Asami hanya tersenyum melihat Takaba, dia tahu Takaba patah hati melihat orang yang selama ini katanya mengkhianatinya. Dia tidak salahkan Takaba dengan kejadian yang berlaku, dia suka dengan semangat Takaba, kerana semangat itu membuat dia menyukai pemuda berambut coklat itu.

"Kalau macam itu saya tunggu kamu.. Takaba Akihito!! "Asami tersenyum melihat anak mata Takaba yang penuh kebencian kepadanya.

Takaba melihat lelaki ego itu beredar dari situ, dia berazam untuk mencari setiap kesalahan Asami Ryuichi, dia ingin padam keegoan Asami dan membuktikan diri seorang journalist satu hari nanti.

Takaba melihat matahari yang mula menghilangkan diri, suasana mula bertukar gelap. Dia mula melangkah malas beredar dari situ.

Viewfinder-My Present loverWhere stories live. Discover now