Mamaa ... Part 2

39 1 0
                                    

"Diani... Jom kita balik kampung... Lama sudah kan kita tidak pulang sejak kita datang sini. Suda hampir dua tahun. Rindu sudah saya sama mama. " bilang c Diana..

"Kenapa kau tiba tiba teringat mau balik kampung? " soal Diani..

"Entahlah Diani... Saya rasa macam tidak sedap saja. Saya betul betul rindu dengan mama. Macam saya dengar dia panggil panggil suroh kita pulang. Lagi pun sudah lama juga kita tidak balik kekampung. Sudah hampir dua tahun kita disini. Apa salahnya kalau kita pulang. Hati saya ni macam rasa ada sesuatu yang burok terjadi sama mama. Hati saya berdebar debar saja beberapa hari ini. Kalaulah saya ada kereta sendiri, hari ni juga saya balik kampung. Saya sudah tidak dapat tahan lagi rasa rindu saya sama mama. Makin saya pendam, makin terasa sakit." bilang c Diana.

"Ishh... Kau ni...sabar sabarlah dulu... Sampai kesitu pula kau fikir. Cuba... Jangan fikir yang bukan bukan tentang mama... Itu sudah jadi satu doa tau... Fikirlah yang baik baik. Ini tidak...yang bukan bukan pula difikir. Kita doa banyak banyak, supaya tidak ada yang burok jadi  sama mama. Saya pun rindu juga sama mama, tapi tidaklah sampai berfikir yang tidak tidak. Kalau macam tu... Baik kita mohon cuti
satu bulan, tiada gaji pun tidak apa. Asalkan kita dapat balik. Sudah lama kan kita tidak balik kampung. Kerna kerja... kita sampai lupa sama mama. Kalau boss tidak bagi kita cuti, kita berhenti saja terus. Masih banyak lagi kerja yang lain, kalau kita mau kerja. " bilang c Diani.

"Bagus juga cadangan kau tu. Saya setuju saja. Saya tidak sabar sudah ni mau pulang jumpa mama. Nanti... bila kita sudah sampai kampung, saya peluk mama...minta ampun dengan dia, kita sudah sakitkan hati dia, kita sudah banyak buat dosa dan lukakan hati dan perasan mama. Kita tidak dengar semua nasihat dia. Kita pentingkan diri sendiri, tanpa fikirkan macam mana perasan mama. Kita lari tinggalkan dia sendirian dikampung. Kita langsung tidak hargai kasih sayangnya dan perhatiannya sama kita. Malah kita sakitkan hati dia... Air susu yang mama berikan pada kita... Air tuba pula yang kita balaskan. Anak macam apa kita ini. Langsung tak mengenag budi betul. Apa yang sudah kita buat ini dengan mama Diani? Sekarang baru saya terfikir dan menyesal... apa yang sudah kita perbuat dulu, memang salah. Kita lari dari rumah tanpa pengetahuan mama. Kita memang egois...kita hanya fikirkan kepentingan kita, tapi kita ketepikan mama. Kita tidak fikir apa akan jadi pada mama, selepas kita tinggalkan dia. Saya benar benar menyesal Diani, andainya masa itu boleh diputar balik, saya tidak akan lari tinggalkan mama. Saya tidak akan buat perbuatan yang bodoh itu. Tapi apa nak buat, semua sudah berlaku. Kita tidak boleh buat apa apa lagi. Yang boleh kita buat adalah...pulang kekampung jumpa mama dan minta maaf pada dia atas kebodohan kita." bilang c Diana dengan airmatanya mengalir dipipinya. Mereka berdua berpelukan dan menangis sama sama menyesali diri. Tekad mereka sudah bulat untuk balik kekampung.

Setelah cuti kami diluluskan tanpa gaji, kami pun kemas semua pakaian dan barang barang kami. Kami bawa semua barang barang kami, manalah tau... sampai dikampung nanti...  fikiran kami berubah pula, tidak mau lagi balik kebandar... kan bagus kalau kita selalu bersedia.

Saya macam tidak sabar sudah tunggu besok. Saya rasa macam lambat sangat masa berjalan. Besok paginya setelah habis sarapan, kami pun naikkanlah semua barang barang kami kedalam kereta yang kami sewa. Setelah semua sudah selesai, kami pun memulakan perjalanan. Perjalanan kekampung kami memakan masa kira kira tiga jam lamanya. Begitu kereta berada dijalan besar, Diani adik saya sudah tertidur. Saya pula tidak dapat tidur. Puas saya cuba pejamkan mata, tapi tidak juga dapat tidur. Fikiran saya tidak tenang, saya asyik teringatkan mama. Saya lempsrkan pandangan keluar lewat jendela, agar fikiran saya jadi tenang dan tidak memikirkan yang bukan bukan tentang mama.

Kerna asyik melayan fikiran yang bukan bukan, tak terasa sudah masuk daerah perkampungan. Kampung kami kelihatan sudah banyak perubahan. Pada hal baru dua tahun kami tinggalkan, sudah bertukar wajah. Tidak macam dua tahun dulu. Jalan jalan raya, semua sudah diaspal. Lampu lampu jalan juga sudah dipasang ditepi tepi jalan. Kenderaan juga sudah banyak yang lalu lalang dijalan. Tidak macam dulu...sunyi saja. Sekarang kampung kami sudah pesat membangun. Klinik klinik kerajaan dan sekolah sekolah juga sudah diap dibangun. Kampung ksmi nampak indah dan bersih. Ditambah pula dengan permatang sawah yang luas terbentang... burong burong berterbangan diawan biru.

Kebanyakan penduduk kampung sudah ramai yang mempunyai rumah yang cantik dan besar. Ada juga yang mendapat bantuan rumah PPRT dari kerajaan. Ada juga penduduk yang berkemampuan sudah membeli kereta sendiri. Kedai runcit anty Rubiah juga sudah semakin besar dan luas. Dulu kecil saja, tapi sekarang sudah bertambah besar. Itulah kedai runcit satu satunya yang ada dikampung kami. Gembiranya hati saya nampak kampung kami sudah banyak perubahan yang berlaku. Itu baru dua tahun, bayangkan kalau sepuluh tahun, mungkin kampung kami akan berubah menjadi sebuah pekan yang cantik. Kerna kagum dengan kampung sendiri, lupa sebentar kerisauan dihati saya.

Tak sangka dalam jangka masa yang begitu singkat, kampung kami sudah betubah menjadi indah. Saya pula macam rusa masuk kekampung sendiri. Saya terhairan hairan kagum dan bangga dengan kampung sendiri. Tak macam dua tahun lalu, disiang hari pun sunyi sepi, apa lagi kalau dimalam hari. Rumah rumah orang kampung hanya diterangi dengan sebiji dua saja lampu. Bils mslam gelap gelita.Hanya suara katak dan jengkrik saja yang kedengaran. Tiada kelihatan anak anak muda lepak dijalan. Penduduk jarang keluar rumah, kecuali yang keMasjid saja.  Rumah rumah penduduk pun pada masa itu, cuma sedikit saja. Boleh dihitung dengan jari. Tapi sekarang dah semakin padat. Lampu lampu jalan seniasa menerangi jalan. Siang malam orang orang nampak sibuk lalu lalang dijalan. Ditambah pula sudah ada kedai kedai kopi dan warung warung makan didirikan. Anak anak muda kelihatan lepak ditepi tepi jalan sedang berborak borak sambil bermain gitar.

Begitu juga dengan dipekan... banyak sudah bangunan bangunan baru didirikan. Bangunan yang lama dirobohkan, bangunan baru didirikan. Dulu kedai kedai runcit hanya berdindingkan papan sahaja. Tapi sekarang sudah bertukar berdindingkan simen dan cermin. Kilang kilang parabot juga sudah ada didirikan. Dulu pekan ini cuma pekan kecil saja. Tak ramai sangat orang berniaga. Tapi srkarang pekan ini sudah menjadi pekan yang besar cantik bersih dan luas. Peniaga peniaga dari berbilang bangsa semakin ramai. Dulu hanya ada kedai kopi saja. Sekarang sudah banyak Restoran Restoran yang dibuka menjual berbagai jenis makanan. Kalau beginilah keadaannya, tak payah jauh jauh mencari kerja, cukup dipekan yang berhampiran saja.

Sebelum kami teruskan perjalanan untuk pulang kerumah kami... Says minta dengan pemandu itu, agar singgah sekejap dikedai membeli sedikit barang makanan untuk dibawa pulang. Setelah itu barulah kami teruskan perjalanan. Dalam beberapa minit saja berjalan, kami pun sampai dihadapan rumah. Saya bangunkan adik saya Diani yang masih lagi tertidur. Dia agak terkejut sedikit dan membuka mata. Dia bangun dan memandang sekeliling. Mungkin dalam hatinya...sampai sudah dirumah. Kami turun dan turunkan semua barang barang kami. Setelah membayar tambang kereta dan ucapkan terima kasih pada pemandu itu, dia pun pergi balik kepekan.

Lama saya berdiri...saya perhatikan keadaan sekeliling rumah kami. Semak samun disekitar kawasan rumah kami, seperti tiada berpenghuni. Seperti rumah yang sudah lama tidak ditinggali orang. Disekeliling rumah sudah ditumbuhi rumput yang panjang panjang. Saya tertanya tanya didalam hati...kemana agaknya mama pergi.. Mungkinkah mama pergi ketempat lain...atau mama sudah...ehh...apa pula yang saya fikir ni...fikir yang bukan bukan pula. Kami angkat beg pakaian kami dan barang barang yang lain naik kerumah. Saya panggil mama beberapa kali...lama baru ada terdengar langkah kaki orang menuju kepintu.

"Maa...mamaa...kami sudah pulang.." panggil Diana. Agak lama baru ada terdengar langkah kaki menuju kepintu dan membukanya... Kami nampak mama sedang berdiri didepan pintu. Wajahnya nampak pucat tanpa senyuman. Seolah olah pandangan mata mama kosong... Tiada riak rasa gembira tergambar diwajahnya dengan kepulangan kami. Mungkinkah mama masih marah dengan kami.

"Kamu sudah balik.." kata mama. Kami terus menghambur kedalam pelukan mama dan menangis. Kami sama sama berpelukan dan menangis. Begitu juga dengan mama, dia peluk kami dan cium kami silih berganti. Dia pun ikut menangis juga.
Bersambung...

Mamaaa...Where stories live. Discover now