You're mine! 1

29.3K 345 7
                                    

Hai! Terima kasih sebab sudi nak baca cerita saya yang tidak sehebat mana pun.Kalau ada kurang,bosan ke,tak best ke...saya minta maaf ye.

Bab 1

"Heliza,kau ada dengar tak berita baru-baru ni?" soal sahabatku merangkap teman sepejabatku di syarikat milik Tan Sri Aiman.Mataku yang sedari tadi fokus kearah skrin komputer aku halakan kearah Melinda yang sudah duduk di kerusi yang berada dihadapanku.

"Takde pulak.Apa sal kau tanya aku?" soalku sambil tanganku lincah menari di atas papan kekunci komputer tersebut.

"Bukannya apa,aku ada dengar diorang cakap anak Tan Sri dah balik ke Malaysia lepas tu aku pun ada dengar jugak yang anak Tan Sri tu nak ambil alih syarikat ni sebab Tan Sri nak bagi jawatan dia kat anak dia tu," terang Melinda dengan bersungguh-sungguh kepadaku.

Aku hanya sekadar mengangguk,"Okey la tu,tak la menyusahkan Tan Sri memandangkan usia Tan Sri yang sudah separuh usia tu.Bagus jugak anak Tan Sri tu,caring dengan ayahnya."

Aku membelek helaian kertas untuk menyemak beberapa perkataan bagi mengelakkan kesilapan kecuaianku sendiri.Memang begitu tugasanku sebagai pekerja kepada bosku yang baik hati dan tidak lain tidak bukan Tan Sri Aiman.

Sikapnya yang mempunyai nilai-nilai murni dan juga seorang yang lembut.Bukan lembut yang macam sotong tu.Tan Sri adalah seorang yang bersifat lembut kepada semua pekerjanya.

Kalau pekerja dia ada buat kesilapan pun,dia akan tegur dengan lembut yang membuatkan aku berasa senang bekerja di syarikat miliknya.

Selama dua bulan aku bekerja dengannya,sekali pun aku tak pernah tengok dia mengamuk.

"Betul tu.Kalau tak silap aku,esok anak Tan Sri tu nak datang kat syarikat ni.Hmm,kalau macam tu aku nak blah la dulu.Ada kerja nak dibuat,"pamit Melinda lalu bingkas bangun.

"Hmm,jumpa kau waktu lunch nanti," aku mengingatkan Melinda.Melinda hanya mengangguk lalu mengorak langkah meninggalkanku yang masih setia membelek helaian kertas yang aku semak.

Aku berfikir sejenak.Setahu aku anak Tan Sri sudah lama menetap kat Malaysia.Tak tahu pulak aku Tan Sri ada anak lain selain Ariz.

Ariz pula memegang jawatan sebagai pengurus syarikat ni,baik orangnya macam ayahnya jugak.Aku menghela nafas panjang.

Takpe,aku akan tahu siapa anak Tan Sri tu esok.Sekarang ni aku kena fokus dengan kerja yang berlambak ni dulu.

"Liza,jom lunch!" sapa Melinda kepadaku yang masih tekun membaca perkataan yang tertera di komputer.

Aku mengerling sekilas jam tanganku.Sudah menunjukkan waktu makan tengah hari.Haih,macam mana la aku boleh tak sedar sekarang ni waktu makan tengah hari.Patut la,perut aku meragam je sedari tadi.

"Kejap," aku mengemaskan meja kerjaku yang agak berselerak dengan kertas-kertas yang telah aku semak sebentar tadi.Selesai saja mengemas apa yang patut,aku bingkas bangun lalu menyambar tas tanganku.

Aku dan Melinda mengatur langkah menuju ke kafe yang terdapat di dalam bangunan syarikat tersebut.

Setiap kali waktu makan tengah hari,kami berdua akan menjamu selera di kafe tersebut memandangkan ianya tidak jauh dari pejabat kami.

Menu yang terdapat di kafe tersebut pun boleh tahan dengan harga yang berpatutan.Sedap dan murah.

Sedang asyik aku dengan Melinda bersembang setelah memesan makanan dan minuman sebentar tadi,kehadiran Ariz mengejutkan kami berdua.

"Hai,boleh tak kalau saya join dengan korang makan hari ni?" soal Ariz ramah.

"Yes,why not?" balas Melinda.Aku pula memang sedia faham.Takkan la aku nak tolak anak Tan Sri nak join makan tengah hari ni.Tu namanya aku tempah maut,anak bos nak dibuat macam tu.Naya je.

You're mine! [Complete]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang