Bab 11
Aku merebahkan badan di atas katilku.Aku menarik nafas.
Aku memicit kepalaku yang tiba-tiba terasa berdenyut.
Sekarang,aku sudah bergelar isteri.Isteri kepada Aidil Amar Bin Tan Sri Aiman.
Hanya sekali lafaz,aku sudah sah menjadi isterinya.
Aku mengeluh.Disebabkan Aidil yang memaksa aku untuk berkahwin dengannya atas alasan Puan Sri Danisha yang ingin menjadikan diriku sebagai menantu.
Tidak ada lagikah gadis lain yang ada dimuka bumi ini selain aku? Walhal di luar sana ada gadis yang lebih baik dari diriku.
Kerana terpaksa,aku sanggup menjadi isteri kepada Aidil hanya disebabkan Puan Sri Danisha.Tidak lebih daripada itu.
Tetapi sekarang? Sekarang aku memikirkan bagaimana akan aku mengharungi kehidupanku untuk berhadapan dengan Aidil.Biarlah masa dan takdir yang menentukan.
Aku bingkas bangun ingin menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri.
Aidil yang baru saja menapak ke bilik tidur milik isterinya,memandang sekeliling mencari kelibat isterinya.Apabila kedengaran bunyi percikkan air di dalam bilik mandi,menyakinkannya bahawa isterinya sedang membersihkan diri.
Sementara menunggu gilirannya untuk menggunakan bilik mandi,Aidil merebahkan badan di atas katil yang digunakan oleh isterinya sepanjang berstatus bujang.
Mata yang semakin memberat membuatkan Aidil terlelap.Tambahan pula badannya yang berasa letih melancarkan majlis pernikahannya bersama Heliza.
Aku yang baru saja selesai mandi,terpaku berdiri di daun pintu bilik mandi apabila memandang Aidil yang terlelap di atas katil.Nasib baik aku telah memakai pakaian ku di dalam bilik mandi.
Aku mengamati wajah Aidil yang nampak keletihan.
Aku menghampiri suamiku."Awak," aku menggoncang perlahan bahu Aidil dengan niat untuk mengejutkan suamiku.
Aidil membuka kelopak matanya apabila dikejutkan oleh seseorang dari lenanya.
"Kenapa?" soal Aidil sepatah apabila memandang isterinya yang berada di hadapannya.
"Pergilah mandi.Lepas tu kita solat berjemaah," jelasku.
Aidil bingkas bangun lalu menapak masuk ke dalam bilik mandi.
Aku hanya memandang kelibat Aidil yang hilang dari pandanganku.
Aku menghampiri almari lalu aku mengambil dua helai sejadah dan juga telekungku untuk bersiap sedia mendirikan solat.
Selesai saja mendirikan solat yang pertama bersama suamiku,aku mengucup tangan Aidil.
Aidil hanya memandang isterinya yang sopan mengucup tangannya.Timbul rasa sesuatu di dalam hatinya.
Mata Aidil dihalakan di atas katil apabila baru saja selesai melipat sejadah.
Baru dia sedar akan patung barney yang diletakkan elok di atas katil isterinya.
Entah mengapa,timbul rasa simpati di hatinya apabila mengingatkan bahawa impian isterinya yang tidak tercapai untuk berkahwin dengan adiknya.
"Awak,awak nak tidur kat mana?" soalku dengan polos.
Aidil memandang isterinya dengan kerutan di dahi."Tidur kat katil la.Kenapa?"
Aku menelan liur."Habis tu,macam mana dengan saya?"
Aidil menarik nafas."Katil kau bukan katil single pun.Muat untuk dua orang.Jadi,apa masalahnya?" balas Aidil tidak berpuas hati apabila isterinya itu seakan-akan tidak menerima dirinya sebagai suami.
![](https://img.wattpad.com/cover/19602925-288-k751028.jpg)
KAMU SEDANG MEMBACA
You're mine! [Complete]
Ficción GeneralMengisahkan seorang gadis biasa yang telah jatuh cinta kepada seorang jejaka,Ariz Danish.Begitu juga Ariz Danish yang mencintai gadis yang dipujanya itu.Apabila hari pernikahan mereka hampir tiba,tanpa diduga kemalangan terjadi yang menyebabkan Aidi...