Bab 13
Aku mengemaskan meja kerjaku.Aku menelek jam tanganku.Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal.Haih,aku nak makan lunch dengan siapa ek? Melinda? Nope.Biasa la,asyik berkepit dengan tunang dia.
Aidil? Tak payah cakap.Memang tak la!
Dahlia! Aku mengambil telefon bimbitku di dalam tas tanganku.
"Assalamualaikum Lia!" ucapku apabila Dahlia menjawab panggilanku.
"Waalaikumussalam,akak.Ada apa akak call Lia ni?" balas Dahlia.
"Akak ingat nak ajak Lia temankan akak lunch.Lia busy tak?" terangku.
"Tak busy mana pun.Lia baru je nak balik.Tak pe la kalau macam tu,Lia temankan akak lunch.Kat tempat biasa ye," setuju Dahlia.
Sekarang dia tahu mengapa Heliza menghubunginya.Rasa simpati dengan Heliza.Walaupun sudah bersuami namun Aidil seperti tidak mengendahkannya.
Aku menghela nafas lega."Okey.Kita jumpa kat tempat biasa ye.Assalamualaikum," aku mengakhiri perbualan.
Aku bingkas bangun lalu menyambar tas tanganku sebelum berlalu.
Aku mengatur langkah menuju ke lif.Suasana di dalam pejabat itu agak sunyi.Mungkin kesemua pekerja yang berada di situ sudah keluar untuk makan tengah hari.
"Heliza!" panggil suara garau.
Langkahku terhenti.Aku menoleh kearah suara tersebut.
Senyuman manis terukir di bibir apabila mataku tertancap kearah seraut wajah Adam.
Adam menghampiriku."Heliza nak pergi lunch ke ni?" soalnya.
Aku tertawa kecil."Mesti la.Kenapa?"
Adam tersengih."Abang Adam ingat nak pergi lunch dengan Heliza.Ye la,dah lama tak jumpa.Nak juga berbual dengan Heliza,"jelas Adam.
Aku terangguk-angguk."Kalau macam tu,jom la join Heliza pergi lunch sekali."
Adam tersenyum lebar."Betul ke ni? Tak menganggu Heliza nak pergi lunch dengan husband ke?" Adam meminta kepastian.
Aku tersenyum tawar.Husband konon.Sekarang ni,husband ke mana.Aku ke mana.
"Betul la.Lagipun Heliza pergi lunch dengan Dahlia je," tuturku.
Senyuman Adam serta merta mati.Dahlia? Sebaris nama yang sentiasa membuatkan hatinya bergetar hebat.
Nama itu sentiasa terpahat di hatinya.Walau hanya sesaat,dia tidak pernah melupakan gadis tersebut.
Tidak dapat dinafikan,dia memang merindui gadis tersebut.
Dahlia,seorang gadis yang talkative.Ceria.Suka bergurau senda.Senyuman manisnya.Kenakalannya.Semua sifat yang ada di dalam diri Dahlia sudah berjaya membuatkan dirinya jatuh cinta terhadap gadis tersebut dalam diam.
"Dahlia talkative tu ke?" soal Adam.Dikhuatiri jika Heliza memaksudkan Dahlia yang lain.Tak ke malu tu?
"Haah la,siapa lagi?" balasku.
"Okey! Jom!" Adam melangkah dengan pantas menuju ke lif.Perasaan rindu yang membuak-buak di dalam hatinya tidak dapat dibendung.Sudah sekian lama dia tidak bertemu dengan gadis itu.
Tidak sabar rasanya ingin bertemu dengan Dahlia.Adam tersenyum.Semasa di dalam alam persekolahan Dahlia mempunyai paras rupa yang jelita.Agaknya bagaimana wajahnya kala ini.
Adam sudah terfikir untuk minta nombor telefon milik gadis tersebut.Boleh la dia mendengar suara gadis tersebut pagi dan malam.
"Abang Adam! Tunggu la!" panggilku dengan suara yang agak tinggi.Apasal mamat ni tak pandai nak sabar ek? Tahu la dia tu lapar.Aku pun lapar gak.
![](https://img.wattpad.com/cover/19602925-288-k751028.jpg)
KAMU SEDANG MEMBACA
You're mine! [Complete]
Narrativa generaleMengisahkan seorang gadis biasa yang telah jatuh cinta kepada seorang jejaka,Ariz Danish.Begitu juga Ariz Danish yang mencintai gadis yang dipujanya itu.Apabila hari pernikahan mereka hampir tiba,tanpa diduga kemalangan terjadi yang menyebabkan Aidi...