Bab 16
4 tahun kemudian.
"Daddy!" Amar Helmi lari terkedek-kedek mendapatkan Aidil.
Aidil tersenyum.Rasa penat apabila pulang dari kerja terus hilang serta-merta apabila kepulangannya di sambut oleh anak yang tersayang.
Aidil mendukung tubuh kecil tersebut.Ketawa mengekek Amar apabila papanya mengucup pipinya bertalu-talu.
"Anak daddy nakal tak hari ni?" soal Aidil.
Amar menggeleng,"Amar tak buat mummy marah hari ni," beritahunya dalam pelatnya.
Aidil mengucup ubun-ubun anak sulungnya."Good boy.Mummy kat mana sayang?" soal Aidil apabila matanya melilau mencari isteri tercintanya.
"Mummy tengah mandi," balasnya.Tangan pula merangkul erat leher papanya.
"Hah,Aidil.Baru balik dari kerja?" tegur Tan Sri Aiman.
"Haah,papa.Banyak sangat kerja kat office tu," Aidil mengucup tangan Tan Sri Aiman apabila Amar turun dari dukungannya lalu menghampiri satu-satunya atuk yang dia ada.
"Kerja,kerja juga.Jangan abaikan keluarga kamu," pesan Tan Sri Aiman.Amar memanjat naik di atas sofa lalu duduk di atas riba atuknya.Tersenyum Tan Sri Aiman melihat kerenah satu-satunya cucu kesayangannya.
"Yelah,papa.Aidil naik atas dulu ye," pamit Aidil.
Tan Sri Aiman mengangguk lalu matanya dialihkan kearah cucunya.
"Amar nak main tak?" soalnya.
Amar menggeleng," Tak nak.Amar letih," balasnya.
Tan Sri Aiman tersenyum."Lepas makan malam,Amar pergi tidur ye."
Amar hanya sekadar mengangguk.
Aidil memulas tombol pintu bilik isterinya.Matanya meliar memandang sekeliling mencari kelibat isterinya.Namun bunyi curahan air di dalam bilik air meyakinkannya bahawa isterinya masih lagi mandi.
Aidil melonggarkan tali lehernya lalu meletakkan briefcase di atas katil.Badan pula dihempaskan di atas katil yang empuk.
Dengan badan yang letih,matanya semakin memberat.Aidil melelapkan matanya.
Aku menapak keluar dari bilik mandi dengan hanya dibaluti dengan tuala.
Aku menggeleng apabila melihat suamiku yang terbaring di atas katil.Simpati dengan Aidil yang sudah tentunya merasa letih.
Aku menghampiri katil lalu mengambil briefcase suamiku untuk aku letakkan di atas meja kerjanya.
Namun belum sempat aku melangkah tanganku ditarik.Tidak semena-mena aku jatuh menghempap tubuh suamiku.
Aidil tersenyum nakal."Hai,sayang," Aidil merangkul pinggang isterinya.
Aku hanya tersenyum.Aidil mengucup ubun-ubun isterinya."Wanginya isteri abang," puji Aidil.
Aidil mengucup dahi isterinya."Macam mana kerja abang kat office?" soalku.
Aidil meghela nafas."Banyak sangat sayang.Letih abang dibuatnya," balas Aidil lalu membelai rambut isterinya yang masih basah.Bergetar naluri kelelakiannya.
"Tulah.Liza nak tolong abang tak kasi," kataku.Setelah kejadian Aidil melafazkan kata cintanya kepadaku,Aidil tidak lagi membenarkanku bekerja.Hanya menjadi suri rumah tangga sahaja.Aku terpaksa akur dengan permintaan.
"Abang tak sanggup ada lelaki lain nak tengok isteri abang,sayang," jujur Aidil mengatakannya.
"Cemburu la tu.Liza cuma cintakan abang seorang aje tau," kataku manakala tangaku lincah membuka tali leher suamiku.

KAMU SEDANG MEMBACA
You're mine! [Complete]
Художественная прозаMengisahkan seorang gadis biasa yang telah jatuh cinta kepada seorang jejaka,Ariz Danish.Begitu juga Ariz Danish yang mencintai gadis yang dipujanya itu.Apabila hari pernikahan mereka hampir tiba,tanpa diduga kemalangan terjadi yang menyebabkan Aidi...