You're mine! 4

4.3K 108 6
                                    

Bab 4

Aku menutup daun pintu utama rumah dengan cermat.Senyuman pula tidak lekang dari bibir.Hari ini adalah hari bahagiaku apabila Ariz melamarku sebagai teman wanitanya.Masih lagi terbayang adegan tadi.Sweet la pula dirasakan.Sedang enak aku mengingati kembali adegan pagi tadi,tiba-tiba seseorang menyergahku.

"Akak!" jerit sepupuku,Dahlia.

Dahlia merupakan anak kepada mak su aku iaitu adik bongsu kepada arwah ayah.Mak su la yang menjagaku semenjak arwah ibu dan ayah pergi meninggalkanku buat selama-lamanya.

Mak su ni baik orangnya.Lebih-lebih lagi Dahlia.Seorang gadis yang periang,muda dua tahun daripadaku.Mak su pula hanya mempunyai seorang anak perempuan.Ini bermaksud kes aku dengan Dahlia sama je.Dua-dua anak tunggal.

Tetapi abah Dahlia pula telah meninggal dunia saat abahnya bermati-matian menggadai nyawa.Itu sememangnya tanggungjawab sebagai seorang askar.

Mak su dengan Dahlia tabah mengharungi segalanya semenjak orang yang disayangi pergi meninggalkan mereka.

Kerana itu la sehingga hari ini aku tabah mengharungi kehidupanku tanpa ibu dan ayah disisiku.Sifat ketabahan mereka berdua telah memberiku semangat untuk meneruskan kehidupanku.

"Oh mak kau!" latahku.Hampir saja sejambak bunga mawar dan patung comel ini terlepas dari tanganku.Kalau jatuh,camne? Kalau rosak camne?

Dahlia mengekek ketawa.Suka la tu melihat aku melatah macam mak nenek.

Aku menjeling tajam Dahlia yang masih ketawa tak ingat dunia tu.

"Dah habis?" soalku apabila ketawa Dahlia mula reda.

Dahlia mengangguk lalu mengesat air mata yang mengalir akibat ketawa yang berlebihan.Kelakar sangat ke?

Aku melatah je bukan buat lawak kat sini.Pelik betul la minah sorang ni.

Mata Dahlia tertancap kearah dua benda yang aku pegang saat ini.

"Wahh,bunga! Barney! Sape yang bagi tu? Hmm,mesti admire akak betul tak? Bak la sini,Lia nak jugak tengok!" pinta Dahlia manja.Mata pula sengaja dikelip-kelipkannya.Macam mata lion dance la pulak aku tengok.Bajet manja.Huh.

Aku menjelirkan lidah lalu berlalu meninggalkan Dahlia.Badan yang letih ini perlukan rehat sekarang ni.

Tanpa aku sedari Dahlia mengejarku dari belakang lalu menyambar bunga mawar pemberian Ariz itu.

"Hei!!!" Jeritku.Kalau Dahlia terbaca ayat yang tertulis kat kad tu macam mana? Dahlia bukannya budak kecik tak tahu bab-bab ayat power seperti Ariz tulis tu.

Dahlia yang tidak mempunyai pengalaman mempunyai kekasih memang tidak tahu tetapi masalahnya akibat pengaruh novel cinta melayu yang dah berpuluh-puluh dibelinya sudah pasti membuatkan Dahlia faham akan maksud perkataan diatas kad itu.

Sepantas kilat,Dahlia berlari menjauhiku.Aku pula yang keletihan baru pulang dari kerja ni mana nak larat nak lari.Aduh.

Dahlia menarik kad yang terselit dibunga mawar tersebut lalu anak matanya laju membaca perkataan yang tertulis di atas kad tersebut.Dahlia membaca sekali lagi ayat tersebut apabila nama penulis kad itu tidak ada di situ.

Dahi Dahlia berkerut."Akak,sape yang kasi bunga dengan barney tu kat akak? Takde nama pun." Dahlia mengaru kepala yang tidak gatal.

"Hantu yang kasi kat akak.Dahlah! Mintak balik bunga tu. Kalau nak,pergilah beli sendiri."Aku menghulurkan tanganku untuk meminta kembali bunga mawar tersebut.

Dahlia mengeleng."Kasi tahu kat Lia.Mamat mana yang kasi akak bunga dengan barney tu dulu."

Aku mengeluh.Degil betullah minah ni."Mintak balik."

You're mine! [Complete]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang