Bab 3: Berkenalan

21 1 0
                                    

Tiga bulan berlalu dengan pantas, hari ni Allyn akan bergerak ke Terminal Bas Selatan untuk pulang ke tempat pengajiannya di Kelantan kerana lusa, semester kedua akan bermula dan dirinya akan kembali tertumpu kepada pelajaran. Allyn perlu pulang awal sehari untuk mendaftar masuk ke asrama. Allyn menuruni tangga dengan perlahan sambil menjinjit beberapa buah beg pakaian bersamanya. Sampai di tingkat 3, kakinya berhenti melangkah. Dia teringat akan peristiwa yang berlaku satu bulan yang lalu sewaktu dia membantu ayahnya di bukit Ampang.
*Flashback*
Sedari tadi, Allyn ralit memerhatikan Ammar. Dia masih terasa sakit dengan apa yang dilihat dan didengarinya sebelum ini tapi hatinya tetap rindu untuk menatap wajah itu. Allyn segera berpaling apabila menyedari langkah Ammar menuju ke arahnya.
Assalamualaikum. sapa Ammar memaksa Allyn untuk menoleh.
Apasal dia tegur aku pulak ni? Ish,dahlah hati aku masih sakit dengan apa yang jadi hari itu. bisik hati Allyn lantas menoleh.
Waalaikumsalam,ye kenapa? sahut Allyn lantas mengukir senyum terpaksa.
Ya Allah, hati aku sakit melihat wajah ini. rintih Allyn di dalam hati.
Aku nak order nasi goreng ayam 3. ujar Ammar.
Okay. ujar Allyn ringkas lantas ingin segera mengatur langkah.
Sekejap, nama kau apa? soal Ammar sekadar berbasa-basi mematikan niat Allyn untuk melangkah.
Kau boleh panggil aku Allyn, nama ka... balas Allyn ringkas.
Ammar memintas bicara Allyn. Kau boleh panggil aku Am...
Adik. seru Arin lantas memintas butir bicara Ammar. Eh, Ammar?! ujar Arin terkejut dengan kehadiran Ammar di situ.
Ops. bisik Arin apabila menyedari keterlanjurannya. Dilihatnya Allyn memandangnya tajam sementara Ammar memandangnya dengan wajah yang bingung. Arin tersengih. Sorry, terlepas. pinta Arin di dalam hati kepada Allyn.
Ha itulah nama aku. Macam mana kau boleh tau? ujar Ammar.
Abang aku la yabg bagi tau. ujar Arin berusaha menutup kesalahannya. Allyn hanya mampu senyum terpaksa apabila Ammar memandangnya inginkan kepastian.
Okay. ujar Ammar melegakan Arin.
Selamat. ucap Arin di dalam hati kelegaan.
Nama kau pulak apa? soal Ammar.
Aku Arin, twins Allyn. jawab Arin.
Siapa kakak, siapa adik ni? Ammar bertanya lagi.
Aku kakak, Allyn adik, kalau nak bezakan kitorang senang je. Aku pakai cermin mata and Allyn x. kata Arin sambil memandang sekilas Allyn yang sedari tadi membisu. Ammar mengangguk perlahan, memahami apa yang dikatakan oleh Arin.
Weyh, aku gerak dulu. Nak ambil order and bagi tau order kau tadi. ujar Allyn yang sedari tadi hanya mendiamkan diri lantas berlalu pergi tanpa menunggu balasan dari Ammar.
Lega aku dapat blah dari situ. Hati aku dahlah tengah sakit sebab benda hari tu, memang x nak lah aku bersembang lama lama dengan dia. Dia pun satu, apasal hari ni tiba tiba nak jadi ramah pulak? tanya pasal namalah, apalah. Sebelum ni x ada pun malahan buat macam aku ni x wujud langsung. gumam Allyn. Arin hanya memandang sayu ke arah Allyn.
Dia memang macam tu ke? muka serious and ketat macam x ada perasaan. Mulut pulak susah betul nak beramah. soal Ammar menyentakkan Arin.
Siapa? soal Arin terpinga pinga.
Allyn. ujar Ammar ringkas.
Eh, x adalah. Dia sebenarnya jenis orang yang banyak cakap. Sekali cakap memang susah nak berhenti, tapi dengan orang yang dia rapat je lah. Kalau dengan orang yang dia x rapat, macam tadi tu lah layanan dia. Jadi jangan terasa tau? terang Arin.
Sebenarnya dia macam ni bila dengan kau je. ujar Arin di dalam hati. Ammar mengangguk.
Okay lah, aku gerak dulu. Nanti aku datang ambil nasi goreng ayam yang aku order tadi. ujar Ammar lantas berlalu pergi.
Okay. balas Arin.
*End Flashback*
Kenapalah kau suka sangat buat hati aku x tenang? kau buat aku salah faham dengan perlakuan kau. keluh hati Allyn.
Adik! jerkah Arin mematikan lamunan Allyn.
Apa dia? soal Allyn.
Kau buat apa tercegat lagi dekat sini? bas kau gerak jam 11.00 kan? dah jam 9.30 ni, nanti kalau lambat x pasal pasal tertinggal bas. Dah jom cepat. ujar Arin mengingatkan.
Sabar, nak gerak la ni. balas Allyn x bermaya lalu mengatur langkah.
Apalah nak jadi dengan kau adik oi, dah nak jadi tunang orang pun still teringatkan lelaki yang x pernah nak sedar tentang kewujudan kau tu. rungut Arin di dlm hati lantas mengikuti langkah Allyn.
____________________________________
PLEASE VOTE & COMMENT...

Goodbye, Mr. Crush!!!Where stories live. Discover now