Buk! Aduh, siapa pulak lah yang langgar aku ni? dah lah aku dah lambat. bisik hati Allyn apabila dia jatuh terduduk.
Woyh, kau buta ke minah? jerkah seseorang. Allyn mendongak.
Hok alorh, mamat rude ni rupanya, patut lah x ada adab. rungut Allyn di dalam hati lantas berdiri berhadapan dengan si jejaka sambil mencebik.
Tercebik-cebik, fikir lawa lah? perli si jejaka.
Biar lah, x kacau kau pun wahai Aidan Aufa aka mamat rude, and berapa kali aku nak kena ingatkan kau yang nama aku Safa Alina, S.A.F.A.A.L.I.N.A dan bukannya minah, atau kau ni pekak? punya lah sedap nama yang bapa aku bagi. balas Allyn sambil tersenyum mengejek. Aufa membuat gaya seperti hendak termuntah sambil menjulingkan mata tanda menyampah.
Kalau kau boleh panggil aku mamat rude, kenapa aku x boleh panggil kau minah sewel? suka hati aku lah mulut aku kan? jawab si jejaka x puas hati.
Memang fakta kan yang kau ni kurang ajar, buktinya sekarang ni. Kau dulu yang langgar aku then x minta maaf and the worst u scold me. ujar Allyn lantas tersenyum sinis.
Eh, sorry sikit minah sewel, kau fikir aku ada selera ke nak langgar kau? kau fikir kau siapa? ujar Aidan angkuh sambil melihat Allyn atas bawah. Allyn mengetap bibir kegeraman.
Kau jujur je lah yang kau x nak mengaku salah, aku boleh terima, jangan risau. So, aku rasa x payah kut kau nak merendah-rendahkan aku sebab alhamdulillah aku still sedar lagi aku ni siapa. Aku sedar aku ni cuma makhluk Allah yang x sempurna dan aku rasa kau pun sama je sebab kat mata Allah darjat semua manusia adalah sama kecuali mereka yang betul-betul beriman, mesti lah akan lebih tinggi kedudukannya di mata Allah, betulkan? atau kau nak aku hantar kau pergi kelas agama supaya kau lebih faham? sinis Allyn sebelum melangkah pergi. Aufa terdiam kegeraman kerana tidak dapat menangkis hujah Allyn lalu hanya membiarkan Allyn berlalu pergi.
Bro. sapa satu suara menyentakkan Aufa.
Apa dia Aidan Faris? balas Aufa meleret setelah dapat mengenal pasti gerangan yang menyapanya.
Siapa tu, tangkapan baru ke? soal Faris sambil memuncungkan mulut ke arah kelibat Allyn yang semakin menjauh.
HAHAHA, kau ingat aku ni dah gila ke apa nak jadikan minah tu koleksi aku. Aufa tersenyum sinis.
Eh, apasal pulak. Cun apa perempuan tu. ujar Faris.
Dia lah minah sewel yang aku selalu cerita dekat kau tu. kata Aufa serius.
Lah, patut lah. Faris tertawa lucu.
Apasal kau ketawa? soal Aufa hairan.
Aku dah tahu kenapa kau x nak jadikan minah tu sebagai salah satu koleksi kau. ucap Faris.
Sebab kau selalu kalah battle dengan dia, so susah kalau nak control dia macam koleksi aweks kau yang lain,kan? sambung Faris bergurau apabila terlihat muka hairan Aufa. Aufa merengus perlahan.
Woah., rileks bro, aku gurau jer. terang Faris sambil tersengih apabila terlihatkan pandangan tajam Aufa terhadapnya.
But i just want to remind u, jangan benci sangat dekat seseorang tu nanti x pasal-pasal TERsuka pulak. sambung Faris lagi,s erius. Aufa tidak mengendahkan kata-kata Faris lantas berlalu pergi. Faris mengeluh perlahan apabila memikirkan sikap dingin dan keras kepala adik kembarnya itu.
_____________________________________Awat chiq tengok hang monyok jer sejak sampai kat sini? soal Iman.
Mana x monyok nya Iman kalau tadi dia terjumpa dengan musuh ketat dia waktu nak ke sini. ujar Aisy bagi pihak Allyn apabila secara kebetulan dia turut menyaksikan perbalahan kecil yang berlaku di antara Allyn dengan Aufa di cafe tadi.
Lah, depa buat apa lagi dekat hang Allyn? depa cari pasai lagi ka? tanya Iman. Allyn mengangguk perlahan.
Mamat rude tu lah, dia yang langgar aku, lepas tu nak marah-marah pulak, aku geram tahu x? ujar Allyn ringkas.
Hang biaq je, tok sah hirau depa tu, nanti lama-lama depa bosan la tu, biasa la tu, hang kan orang pertama yang suka melawan cakap depa, tu yang depa selalu cari pasai dengan hang. ucap Iman.
Tapi masalahnya sekarang ni Iman, aku ni bukannya jenis yang penyabar, tadi tu pun selamat aku dapat tahan diri aku dari tonyoh mamat tu, kalau x dah lunyai dah aku kerjakan. Selamat lah dia sebab aku cuma balas apa yang dia cakap. kata Allyn.
Ya, chiq tau, tapi kalau boleh hang tok sah lah gaduh lagi dengan depa tu, hang tahu kan depa tu datang dari keluarga berpengaruh and budak hotz kat universiti kita ni, kang x pasai depa revenge pakai pengaruh yang depa ada, lagi-lagi kalau fans depa yang fanatik gila nak mampuih dengan depa tu buat sesuatu yang x sepatutnya dekat hang, macam mana? nasihat Iman. Allyn hanya mengangkat bahu tanda x kesah dengan apa yang diperkatakan oleh Iman. Iman mengeluh perlahan.
____________________________________
PLEASE VOTE & COMMENT...
YOU ARE READING
Goodbye, Mr. Crush!!!
Romance(ON GOING) IN EDIT This story was based on my own experience n adding with my own story plot,if it's contains some similar plot with any other story then it was unintentionally. #slowupdate PLEASE VOTE & COMMENT... P/s: Please don't copy the story❗❗❗