Bab 4: Engangement

22 1 0
                                    

❗❗❗ ATTENTION ❗❗❗
Author nak minta maaf yg sedalam-dalamnya sbb dah lama sgt x upload cerita ni. Author busy sgt, harap korg boleh fhm situasi Author. Also a lot of thanks to everyone yg setia menunggu Author untuk upload cerita ni and for those yg simpan cerita ni kat archive korg dan sentiasa sokong cerita ni...I love u so much😘
Many things happened lately, jadi secara jujurnya, Author pun x sure sama ada Author akan teruskan cerita ni atau  unpublishkan cerita ni :( 😞
So, please give me your opinions and drop your comment here😣 So, Author akan tahu apa yang korg fikir ttg perkara ni. I think i need it so much, If u think i should continue this story i need a motivation from all of you readers, thank you and sorry again😢
.
.
.
.
.
Sepanjang perjalanan menuju ke Terminal Bas Kelantan, fikiran Allyn menerawang jauh memikirkan hakikat bahawa dirinya bakal memegang status sebagai tunangan orang 5 bulan akan datang. Dikerling sekilas cincin emas belah rotan yang terletak elok di jari manisnya sementara menunggu masa untuk menjadi tunangan orang secara rasminya. Allyn mengeluh perlahan, pelbagai persoalan timbul di fikirannya.
Macam mana dengan perasaan aku kat Ammar yang selama ni aku sorokkan dari pengetahuan ibu dan ayah? Perlu ke aku kuburkan perasaan ni? Mampu ke aku untuk lupakan Ammar? Bahagia ke aku nanti?
*Flashback*
2 minggu lalu,
Allyn. seru ibu Allyn, Puan Nur cuba mendapatkan perhatian daripada anak gadisnya yang sedang leka menonton televisyen.
Ya, kenapa bu? sahut Allyn lantas mengalihkan pandangan dari kaca televisyen.
Ibu nak tanya sesuatu ni. jeda Puan Nur.
Allyn lantas bertanya, Apa dia?
Kamu dah ada someone special ke? soal Puan Nur.
Kenapa ibu tanye? soal Allyn hairan.
Kamu jawab dulu soalan ibu, nanti ibu dengan ayah akan terangkan. sampuk ayah Allyn, Encik Osman yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.
X ada. balas Allyn perlahan.
Betul ni? soal Puan Nur menginginkan kepastian. Allyn mengangguk kepala ragu-ragu pelik melihatkan riak wajah mengharap pada kedua-dua orang tuanya.
Baiklah kalau macam tu, sebenarnya ada orang datang meminang kamu semalam. jelas Puan Nur.
Meminang?! Allyn terjerit kecil.
Haah. ujar Encik Osman mengiyakan sambil mengangguk perlahan.
Siapa? soal Allyn perlahan.
Aku rasa aku x ada pun rapat dengan mana-mana lelaki sekarang ni, so siapa pulak yang datang meminang aku tiba tiba ni? bisik hati Allyn.
Diorang. jeda Puan Nur.
Allyn hairan, Kenape ibu nampak ragu-ragu nak bagi tahu?
Diorang tu sebenarnya keluarga yang sepatutnya bertanggungjawab untuk kos pembedahan kaki abang Husin, along kamu tu dulu. sambung Puan Nur sekaligus menjawab persoalan yang timbul di hati Allyn.
Buang tebiat ke apa diorang tu? soal Allyn sinis.
Allyn, x baik cakap macam tu. tegur Puan Nur lembut. Allyn tunduk menekur lantai menyedari keterlanjurannya dalam berkata kata.
Sebenarnya waktu awal-awal diorang datang, ibu dengan ayah pelik juga, tapi bila diorang terangkan tujuan sebenar diorang ialah nak jadikan pinangan ni sebagai permohonan maaf atas apa yang keluarga diorang pernah buat dekat keluarga kita dulu, ibu dengan ayah faham. Lagi pun, mana tau diorang ada sebab kenapa buat macam tu dulu. sampuk Encik Osman.
Tapi kenape perlu sampai meminang? Kenape adik? balas Allyn ringkas, kelu untuk terus berkata-kata.
Ade la sebab dorang tu. Ibu dengan ayah x nak paksa kamu untuk terima pinangan ni, jadi ambillah seberapa lama mana pun masa untuk buat keputusan yang kamu rasa baik bagi diri kamu. ujar Puan Nur. Allyn mengangguk perlahan. Seminggu selepas perbualan itu, Allyn membuat keputusan untuk menerima pinangan itu.
*End Flashback*
Eh, dah sampai. bisik Allyn apabila menyedari bahawa bas yang dinaikinya telah tiba di destinasi. Allyn segera mengatur langkah turun dari bas dan menuju ke surau yang berdekatan untuk menunaikan ibadah wajib bagi setiap umat Islam.
Ya Allah, aku mengharapkan yang terbaik dari-Mu, aku telah menjalankan solat istikharah, jika benar dia ialah jodohku yang telah Engkau tetapkan di Luh Mahfuz, Engkau jadikanlah dia jodoh yang mampu membimbingku ke Syurga-Mu, Engkau panjangkanlah jodoh antara kami berdua hingga ke Jannah dan Engkau peliharalah hatiku dan hatinya agar mencintai antara satu sama lain kerana-Mu. Allyn berdoa di dalam hati sepanjang perjalanannya menuju ke bilik asramanya setelah selesai mendaftar. Sungguh, dia amat memerlukan petunjuk dari Allah ketika ini agar dia terlepas dari belenggu yang dihadapinya.
______________________________________

Qaseh Imani!!! teriak Allyn dengan ceria apabila anak matanya terlihat kelibat kawan baiknya yang sedang mengemas pakaian ke dalam salah satu almari yang terdapat di dalam bilik asrama yang akan didudukinya untuk semester kali ini.
Allah, wahai Cik Safa Alina, chiq tau lah hang rindu kat chiq tapi tok sah lah sampai terpekik terlolong. Selamat chiq x dak sakit jantung kalau x confirm dah lama out. bebel Iman sambil mengurut dada. Kawan dia yang sekor ni memang suka buat dia terkejut, selamat lah dia bukan jenis yang cepat melatah.
Hihi, sorry Iman, aku just teruja sebab dapat sebilik lagi dengan kau semester kali ni. Allyn tersengih.
Yelarh, hang lekaih pi kemas barang hang sana. Sat gi kita pi mall na? chiq dah kebulur ni. ujar Iman lantas menyambung kerjanya yang tergendala.
Okay sat. balas Allyn ringkas lantas mengemas pakaiannya ke dalam almari dengan kadar segera. Setelah bersiap mereka segera mengatur langkah menuju mall yang berdekatan memandangkan cafe masih belum dibuka.
____________________________________
PLEASE VOTE & COMMENT...

Goodbye, Mr. Crush!!!Where stories live. Discover now