CvK 01 - Nasibku Sangat Malang

398 24 6
                                    


Lebuhraya Besraya kelihatan agak sibuk tengah hari itu dengan banyak kenderaan menuju ke ibu kota. Bagaimanapun Alhamdullilah pemanduanku lancar. Sebaik selesai mesyuarat bersama pegawai di SPRM Putrajaya aku bergegas pulang ke workshop Cahaya Emas Auto di Bandar Tasik Selatan. Sebagai pemilik syarikat Cahaya Emas Auto yang mendapat kontrak membaiki kenderaan jabatan, aku dikehendaki datang ke pejabat SPRM hari ini berhubung dengan kontrak yang aku perolehi...Ehh..jangan ingat aku ada kes pulak dengan SPRM.. mintak simpang malaikat... Selama aku berurus niaga dengan mana mana pihak aku sangat menjaga etika dan profesionallisma. Walaupun aku sedar diri yang aku ni bukan la baik mana pun, tapi Aku sentiasa menjaga integriti demi memperoleh rezeki yang halal untuk ku dan pekerja bawahanku.

Aku kerling jam di dashbord 12.10 minit. Masih ada masa lagi untuk menjemput anakku pulang dari sekolah.Jadi aku hanya memandu santai sahaja. Ingatanku mengimbau mesyuarat bersama pegawai SPRM sebentar tadi.

Throwback

" Jadi..Cik Zed bila dua kereta operasi kami tu boleh keluar workshop? Dah lama sangat ni...dekat sebulan dah " tanya Tuan Zamri pegawai bahagian Siasatan SPRM itu sambil mengetuk- ngetuk pen di meja.
Alamak mati aku nak jawab.. aku berdehem seketika cuba mencari ketenangan.

" Begini Tuan..progres dalam 10% lagi nak siap.. tapi biasala Tuan kereta-kereta tu rosak dia lain macam tuan. Sparepart pun nak kena order dari luar negara..Panamera tu sparepart dia kena dapatkan direct dari Porche. Mana dapat kat sini. " Terangku

" Lexus tu? " Tanyanya lagi.

" Yang tu sparepart die akan sampai hari ni. Saya dah comfirmkan dengan Agen..sampai je kami akan terus pasang. Esok boleh test drive. Lusa boleh ambil." Aku cuba yakinnya. Aku lihat dia cuma anguk-angukkan kepala.

" Cik Zed..Kami harap dapat balik dua kereta tu A.S.A.P. Kami nak mulakan satu operasi . Kes ni besar. Kes jerung besar. Kereta tu kami nak jadikan umpan jerung" terangnya.
Aduh macam la aku nak peduli dia nak buat apa dengan kereta tu. Dan aku confuse sebenarnya...jerung dah tak makan daging ke...?sekarang dia makan kereta ehh..?
"Yela..yela Tuan.. kami cuba siapkan segera" Jawabku.

"Bagus. Sebagai kontraktor yang dilantik harap pihak Cahaya Emas Auto dapat siap cepatkan. Jangan sampai kacau kerja kami" kata Tuan Zamri kedengaran sinis. Aku mulai bosan...Kerja nak siap cepat macam ribut.. tapi duit claim lambat dapat macam siput..

"Ala Tuan.. selama ni kami deliver kereta jabatan Tuan On time apa..? Cuma kali ni harap Tuan paham la.. kereta yang Tuan Hantar tu rare.. bukan semua orang Malaysia pakai.. Saya pun terpaksa hantar mekanik kursus kilat kat pakar..untuk repair kereta tu..consider la sikit Tuan... " aku merayu.

" Baik.. Awak nak berapa lama ? " Tanya Tuan Zamri. Aku merenung wajahnya. " Bagi saya estimate time untuk Cahaya Emas siapkan kerja.. Senang saya nak planning operasi kami" Katanya lagi bila lihat aku jeda tak bersuara.

Gulp..aku menelan liur..Aduh garang pulak Tuan ni.
" Ok. Bagi saya 3 hari. Saya akan deliver kereta tu lagi 3 hari. " Jawabku seraya mengangkat tiga jari runcingku.. nasib baik tiga jariku naik serentak... kalo yang tengah je yang naik? ... tak ke mencari nahas namanya..

"Baik Cik Zed...Saya bagi masa lagi 3 hari..cukup masa kalo tak hantar..saya tak rekemen dah kontrak baru untuk company awak." Ujarnya sambil melihat aku atas dan bawah. Aku lihat ekor matanya merenung dadaku... Ehh main ugut ugut plak orang tua ni.. korek biji mata tu kang baru tau.. gatal ehh..bukan main lagi kau ye..usha usha apa...?!
" Ok Tuan.. Saya janji Tuan...lagi 3 hari kami akan buat delivery... dont you wory " Balas aku.. Malas lagi aku berlama lama dengan orang tua gatal ni... dia tu yang jerung sebenarnya...nak tangkap jerung konon...phui..

Throwback End

Aku mengeluh untuk kesekian kalinya. Adoi..kenapala aku tak janji sebulan je tadi. Kenapa 3 hari..? Mati aku macam ni.. tapi kalau aku tak janji macam tu jatuh la reputasi aku..jatuh la reputasi workshop aku tu.. silap-silap haribulan diorang tak renew kontrak lagi. Dah la bukan senang sekarang ni nak dapat kontrak kerajaan...sekarang kalau tak guna kabel besar jangan harap nak masuk kontrak kerajaan..

Aku terus fokus memandu walaupun otak ligat berfikir untuk selesaikan masalah yang aku hadapi kini.
Sebaik sahaja melepasi pagar tol Mines itu aku rasakan kereta tersengguk- sengguk tidak lancar.
Ah..sudah..pehal pulak ni.. bala- bala.. kereta pulak jahanam..
Cepat-cepat aku bagi signal ke kiri untuk berhenti. Elok je keretaku berhenti enjin terus mati. Aku cuba start. Berkali kali namun hampa..enjin tak boleh hidup..
Memang bala...memang bala... .. kau dah kenapa kereta oii..? Time camni la kau bagi aku susah. Tak cukup ke kasih sayang aku bagi.. minyak hitam kau aku tak pernah culas untuk ganti.. kotor sikit aku hantar kau masuk carwash.. inikah balasan yang kau beri padaku... adoi aku tepuk dahi..dah macam sesi luah perasan kat boyfriend yang plan nak tinggalkan aku pulak aih... tak leh jadi ni..
Aku onkan hazard light.. aku keluar untuk lihat enjin. Cuba cari apa yang tidak kena.
Bukak je hood enjin terus ku godek wayar kabel.
Kereta ni baru je major servis..minyak baru ganti. Spark plug pun baru. Mustahil spark plug punya angkara ni. Aku cuba recall balik ilmu yang aku ada. Maklumlah bekas graduan Automotive Engineering macam aku ni kalo basic enjin pun aku failed sia-sia pegang degree.. hiks..melalut dah aku ni..
Sedang aku tertongek-tongek, terbelek-belek enjin.. Pon!!! Sebuah kereta BMW 325i biru membunyikan hon dan lantas berhenti dibelakang keretaku.
Omakkau!! Terkejuit den..hon tu dah macam hon lori tanker dah aku dengar padahal kereta je pun...Tak boleh kuat lagi ke... ? Ehh.. wait a minute... BMW 325i kaler Biru plat number WTF 26... Aku kenal kereta ni. Lantas aku teringat peristiwa semasa mencari petak parkir di pejabat SPRM tadi.

Throwback

Aku memandu perlahan masuk kawasan pejabat di parcel D tersebut. Aku mencari petak untuk parkir keretaku.
Ini yang malas kalau ke Putrajaya. Parkir cukup susah. Malas betul aku nak naik shuttle bus.
Aku terus memandu sambil leherku menoleh keserata arah mencari parkir. Kalau tak jumpa juga terpaksala double parking.
Sedang aku menoleh kesana kemari aku lihat peluang keemasan lebih kurang 200meter di hadapan ku.
Ha..jumpa pun ada satu parkir kosong. Tapi jauh juga nak menapak ni.. Ah lantak la.. janji boleh parking dengan sempurna. Tak de la aku nak blok kereta orang ye tak...
Nasibku sangat malang belum sempat aku nak masuk dalam petak parkir tersebut sebuah kereta BMW 325i warna biru dengan bergayanya telah sailang petak parkir tu.. Aduh betul punya celaka..WTF 26 nombor plat kereta tu aku hafal..tengok kepada nombor plat kereta pun aku dah tau...pemandunya mesti selalu kena carut dengan orang lain..termasuk la aku...hehehe..
Nampak gayanya terpaksa juga aku double parking... kalau tak kerana kerja, takkan ku jejak kaki ku disini .. ahh tensionnya!!!

Throwback End

Seorang lelaki kulihat keluar dari perut kereta BMW itu..lantas berjalan dengan penuh gaya mutu dan keunggulan.. menghampiriku... Bumi seolah perlahan berputar.. Semua pergerakan menjadi slow motion.. butir-butir pasir berterbangan dikibas angin bila kaki lelaki itu melangkah... Hati ku berdebar kuat menunggu butir bicara darinya.... Siapa pulak mamat ni..? Jodoh aku ke???

***************************

Alhamdullillah..selesai satu chapter.. Aku tulis chapter ni semasa France dan Croatia bertarung sengit...so terpaksa stop dulu sebab nk concentrade tgk bola... aku dah tentula support France... crush aku main kot... oh Antoine Griezman..why u so hencem??😍😍
So mcm mane pendapat kome tentang chapter 01 ni... Boleh ke idok... ? Teman ni budok baru belajo.. kalo ada salah mana2 tegor le.. kalo tak best pun bagi tau je tak payah segan2....ada ruang komen tu... ha komen.. nk kutuk pun boleh... teman open table...
okla teman nak sambung nengok bola.. jumpe lagi nanti bile teman update... tungguuu....

@zedd1996ida.. Chalo bettey... Assalamualaikum..

Cinta Versi KitaWhere stories live. Discover now