CvK 22 - Awak, Saya.. Kita couple

144 16 17
                                    

Malam itu ..

"Assalamualaikum warahmatulallahhi wabarakatuh."
Aku memberi salam terakhir didalam solatku. Setelah membaca doa ringkas aku bangkit dari sejadah. Aku segera mengemas kain telekung dan melipat rapi sejadahku. Aku menyarung pakaian tidur yang biasa aku gunakan. Singlet dan seluar pendek.

Kemudian aku rebahkan diriku diatas katil untuk tidur. Jam sudah menghampiri ke angka 11. Macam biasa sebelum betul-betul melelapkan mata, otak dikerah untuk berfikir macam-macam perkara. Antara yang terselit adalah imbauan kenangan. Fikiranku kini terimbau kenangan siang hari tadi tentang bagaimana kami telah menerima Ann dan adiknya sebagi tetamu dirumah ini.

Ibu dan Sara ternyata gembira dengan kehadiran tetamu- tetamu itu. Ye la kami jarang-jarang sekali menerima tetamu. Sesekali datang tetamu yang menyenangkan macam tu, berat hati lah Sara dan ibu nak lepaskan mereka balik. Siap pesan suruh datang lagi lain kali.

Mana tidaknya, hampir seharian mereka berdua beradik melepak santai di rumah ini lepas asar baru mereka beransur pulang.

Yang si Ann melayan karenah Sara. Tengok movie bersama, main game bersama, baca buku bersama.. Yang tak tahan tu boleh pulak si Ann tu melayan anak aku grooming set anak patung barbie yang Sara ada..dah macam kanak-kanak ribena aku tengok Si Ann...Adoi mamat tu betul-betul sesuatu la.

Yang Aina pulak asyik melayan ibu bersembang. Si Aina ni pula jenis yang boleh sembang macam- macam topik. Dari topik masak- memasak, ke topik perbincangan agama ala-ala Al-kuliyah..hinggalah ke topik perkembangan politik negara pun dia boleh masuk dengan orang tua tu.

Bila hari sudah redup sedikit ibu bawa Aina melawat tanah sekangkang kera dibelakang rumah. Ibu dengan bangganya menunjuk pokok cili merahnya yang hampir mengeluarkan buah, Rumpunan pokok serai dan pandan yang tumbuh subur, Anak-anak pokok terung dan bendi yang baru nak up.. Dan ibu menunjukkan kejayaannya yang menanam sawi hijau dan sawi putih secara hidroponik..
Diakhir sesi lawatan ringkas itu, Aina turut membantu ibu menyiram tanam-tanamannya.

Mana lah ibu aku tak berkenan dengan budak tu..siap boleh kata lagi kat aku:

"Kalaulah ibu ada anak lelaki, ibu nak minang si Aina tu. berkenan betul ibu dengan akhlak dan perangainya."

Ye la ibu..Aina tu cantik manis, lemah lembut macam sutera, bertudung pulak tu..bukan macam Zed..cantik tapi kelat.. kasar kain belacu.. Rambut free hair... Tapi asalkan ibu berbahagia dengan pilihan ibu, Zed sentiasa memberi sokongan...tapi masalahnya ibu... Ibu ada ke anak lelaki?

Sedang aku terkebil-kebil memandang siling yang kosong, Tiba-tiba telefon Samsung Galaxy S9, berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

Aku melihat skrin. Aik.. Ann.. Dia buat vc (panggilan video) pulak tu.. Tak pernah-pernah mamat ni nak buat vc dengan aku tetiba pulak mintak vc.. Aduh nak angkat ke tak nak...? Segan dowh... Main cakap guna camera ni.. Aku rela cakap berdepan.. Takpe biar dulu tak payah jawab..

Aku terus membiarkan telefon itu berbunyi tidak berangkat.Akhirnya ia senyap sendiri.

Aku menyangka Ann sudah berputus asa untuk menghubungiku setelah panggilan pertamanya tidak berjawab, tetapi sangkaan ku ternyata meleset.
Telefonku kembali berbunyi minta diangkat.

Aku ingin menyambut panggilan itu, tetapi aku tersedar tubuhku terlalu terdedah. Ini kalau mamat tu tengok aku macam ni, mahu dia berulang ke bilik air nanti .hehehehe...

Cinta Versi KitaWhere stories live. Discover now