Aku duduk di astaka bersama ibu berlindung dari terik matahari. Petunjukkan gajah baru sahaja selesai. Kini pengunjung-pengunjung sedang memberi makanan berupa buah-buahan kepada gajah-gajah itu.
Ada juga yang tidak melepaskan peluang untuk berselfie dengan gajah. Diantara pengunjung- pengunjung itu mataku lebih tertumpu kepada kelibat dua orang manusia yang sedang bergelak ketawa memberi makan gajah-gajah itu. Aku lihat Sara begitu mesra bersama Ann. Ann juga tidak kekok melayan karenah anak gadisku itu. Mereka aku lihat benar-benar serasi. Senyuman terukir dibibirku melihat kebahagian Sara.
"Macam anak dengan bapa kan?" Ibuku yang duduk di sebelahku tiba-tiba bersuara. Matanya turut memandang arah yang sama.
"Hmm.. Ye."Aku menjawab ringkas.
"Seronok sangat ibu tengok Sara tu, padahal baru je kenal dengan Ann tu.." Komen ibu lagi.
"Sara itu macam la ibu tak tahu.. Dia kan mesra alam.. Senang berkawan dengan semua orang."
"Betul tu.. Bukan macam mama dia.. Kera sumbang. "Sindir ibu.
"Ibu ni.. Ada cakap macam tu pulak." Aku menarik muncung.
"Zed..ibu nak tanya sesuatu boleh..?"
"Ibu ni..ada pulak nak minta izin..tanya je la."
"Zed tak mahu ke carikan papa untuk Sara?" Tanya ibu..Aku berfikir sejenak..Kalau nak carikan Sara papa aku kena kahwin la kan? Sebab akukan mama dia..
"Ntahla..Perlu ke ibu? Tak cukup ke kita sahaja dalam hidup dia" Tanya aku.
"Zed..Ibu nak cakap sikit..Sara tu semakin membesar..dia perlukan seorang bapa dalam hidup dia sebagai pembimbing.. Sekarang mungkin tidak apa tapi cuba Zed fikir, Sara akan meningkat remaja, Zed tahukan zaman remaja ni macam mana, zaman yang mencabar..zaman mencari identiti diri.. Dalam sesebuah keluarga, kasih sayang seorang lelaki bergelar bapa itu penting, jika dia tidak mendapatkannya di rumah dia akan mencarinya di luar..Ibu takut Sara akan rosak jika dia bertemu orang yang tidak ikhlas menyayangi dia. Zed tak kesian ke kat dia hidup dia tidak selengkap orang lain..Dia mungkin tidak pernah bertanya..tapi ibu dapat rasa, Sara irihati melihat kawan-kawan sebaya dia yang mempunyai ibu dan bapa." Kata- kata ibu itu aku cuba hadam sebaik mungkin...
Memang benar apa yang keluar dari mulut ibuku itu.. Anak sekecil Sara perlukan seorang lelaki yang bergelar bapa dalam hidupnya, tetapi ia bukan semudah yang pengucapan...Ini juga melibatkan soal kehidupan aku..Kehidupan kami berdua. Siapakah lelaki yang hendak aku bawa kedalam kehidupan kami berdua.. ? Siapakah lelaki yang layak untuk menjadi bapa Sara..?Menjadi imamku..menjadi pembimbing aku dan Sara...dan persoalan yang paling penting... Adakah lelaki yang sudi berkongsi kasihnya dengan kami yang tidak sempurna nasab keturunan ini..
"Zed..!! Zed..!! Tengok tu..tengok tu.." Ibu mengoncang lengganku.. Aku memandang muka. Muncungnya dihala kedepan..Pandanganku turut ditalakan ke arah yang sama.
YOU ARE READING
Cinta Versi Kita
General Fiction#thewattys2018winner Kerana satu dosa yang telah dilakukan oleh bapa kandungnya, NurZarin telah membenci lelaki itu sepanjang kehidupannya. Kerana satu khilaf lelaki itu, NurZarin memikul kehinaan sepanjang hayat. Kerana lelaki itu jugalah NurZarin...