CvK 23 - Oreo McFlury

122 16 27
                                    

HARI AHAD 2 MINGGU BERIKUTNYA :
Alamanda, Putrajaya

Hari ini aku membawa Sara menemaniku membeli belah barang keperluan di Aeon Big Alamanda Putrajaya. Ibu tidak menyertai kami kerana  mengikut Cik Mah melawat seorang kawan sepengajian mereka yang sakit di hospita.

Memang Alamanda ini agak jauh dari rumah tetapi, sekali-sekala bertukar angin apa salahnya. Shoping mall di area KL ni bersepah,  kalau asyik pergi tempat yang sama je, bosan jugakkan. Lagipun aku suka Alamanda ni kerana tak sesak sangat dengan orang terutamanya hari minggu macam ni. Parking pun senang. Setibanya aku dia situ, Aku dan Sara terus ke bahagian pasar segar untuk mencari barangan dapur.

"Sara malam ni kita makan spagheti nak?" Cadang aku kepada Sara.

"Nak..Nak." Jawab Sara ceria

"Kalau begitu Sara la masak...Mama nak makan je"Usulku mengusiknya.

"Ala Sara mana tahu masak.. Mama masaklah"Rengek Sara.

"Ok mama masak..Tapi Sara kena  tolong sekali mama masak .Boleh?"

"Boleh."

"Janji tau tolong mama masak."

"Ye Sara..Janji."

"Good girl.Macam ni lah anak mama. Dah jom kita cari bahan-bahan nak masak spaghetti...Mula-mula kita cari capsicum"

Aku dan Sara mencari capsicum hijau, bawang holland dan beberapa bahan yang lain. Aku tidak suka kuah spaghetti yang kosong. Jadi untuk resepi spaghetti yang bakal aku masak nanti, aku akan pastikan ada daging kisar dan bebola daging. Selain itu,akan aku campurkan hirisan cendawan butang kedalamnya..Barulah best... Hmm yum-yum..

"Mama..Sara nak ajak uncle Ann makan sekali dengan kita malam ni boleh?" Tanya Sara sewaktu dia mambantu aku memilih capsicum hijau. Aku kerutkan sedikit kening mendengar permintaannya.

"Kenapa nak ajak uncle Ann pulak?" Tanya aku sambil memasukkan dua biji capsicum hijau yang telah dipilih kedalam plastik.

"Saje.. Lama dah Sara tak jumpa uncle Ann."Jawab dia bersahaja. Kami berjalan pula ke rak yang menempatkan bawang holland pulak.

"Lama tak jumpa..? Baru je dua minggu lepas dia datang rumah kita makan nasi..Mana ada lama..Lagipun kan semalam Sara dah VC dengan uncle Ann.?" Tanya aku kepadanya. Satu persatu bawang aku periksa.  Yang terbaik sahaja akan dipilih bagi masakan spaghettiku..  

"Tapi tu VC..tak sama jumpa cakap depan-depan..Boleh la mama.. Ajak uncle Ann  diner kat rumah kita malam ni" Sara mengoyang-goyangkan tanganku. Aku diam seketika. Permintaan anakku membuatkan aku teringat akan lelaki itu. 

Kisah aku dengannya masih tiada perkembangan terbaru. Malam yang setelah dia melamar aku untuk menjadi pasangan kekasih itu, kami tidak lagi bersua muka kerana kesibukan masing- masing. Aku atau dia tidak lagi membangkitkan hal itu. Mungkin dia benar-benar memberi aku ruang untuk aku memikirkan lamarannya.

Ann kerap juga membuat panggilan video tetapi kebanyakkan panggilannya adalah untuk Sara. Kata ibu cara Ann seperti nak mengurat emak, tackle anaknya dahulu. Aku tidak memberi ulasan terhadap kata-kata ibu itu. Bagiku kebahagian Sara lebih utama. Jika Sara gembira aku tiada apa-apa masalah.

Ann benar-benar mengotakan kata-katanya dengan mengambil berat tentang Sara. Setiap kali mereka berhubung melalui panggilan video itu Ann setia melayan Sara berceloteh macam-macam perkara. 

Walaupun fizikalnya tiada tetapi melalui panggilan video itu, aku tetap boleh dengar  sesekali dia memberi nasihat dan teguran persis seorang bapa kepada Sara. Agaknya betul telahan ibu, Sara perlukan kasih sayang seorang lelaki bergelar bapa. Kasih sayang yang aku sebagai mamanya tidak dapat berikan.

Cinta Versi KitaWhere stories live. Discover now