Part 11

3.4K 124 1
                                    

Ad yang sedang tidur terjaga kerana bunyi jam loceng di sebelahnya. Terasa berat badannya ketika Ad hendak bangun pada pagi itu,
"Hah sudah...Apa pulak yang tindih aku ni",desis hati Ad. Perlahan-lahan dia menundukkan pandangan lantas menangkap Harith yang elok berbaring berlapik dadanya sambil tangannya melingkari pinggang ramping Ad seperti tak mahu lepas. Ad mencuri pandang ke arah Harith yang berdengkur halus itu sambil mengusap kepalanya. Dalam diam Ad memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana masih diberi peluang untuk bersama dengan orang tersayang,sedang dia terleka dengan perbuatannya itu,Harith terjaga
"Hmm...Jangan lah main rambut aku",kata Harith dalam keadaan mamai.

"Hah,dah puas peluk aku ke....bangunlah dah pukul berapa dah ni kang terlepas subuh nanti.",kata Ad sambil menggoncang tubuh Harith. Harith yang mula tersedar terus melepaskan tubuh Ad dan duduk bersila,
"Uish...sorry Ad aku tak sedar tadi,serious aku tak sengaja...patut lah lena semacam je tidur aku",ujar Harith sambil menggaru tengkuknya. Telinganya juga sedikit merah kerana menahan malu.
"Yelah,nasib aku perasan tu kau kalau tak memang makan penumbuk lah gamaknya",ujar Ad sambil bangun menuju ke bilik air.

Pagi itu ibu bapa Harith akan berangkat pulang ke rumah.
"Ad ingat pesan mummy tau,jaga diri and tolong tengokkan anak mummy tu ok.",bisik mummy di telinga Ad. Ad hanya menganggukkan kepalanya tanda mengerti. Harith hanya melihat Ad dari jauh. Saat mata mereka bertembung,kedua-duanya melemparkan senyuman manis. Ketika ibu bapanya sudah pulang,Harith mendekati Ad yang jauh termenung lalu bertanya lembut,
"Ad,kau ok tak ni...muram semacam je aku tengok.",sambil menyentuh lembut bahu Ad. Ad yang tersedar terus menggelengkan kepalanya,
"Aku ok lah..",sambil menayangkan giginya.
"Ni Ad aku nak keluar kejap tau jumpa Farisya,kau tolong tengokkan rumah eh"
"Hmm ok",balas Ad acuh tak acuh kerana sedikit terasa dengan tindakan Harith. Tengah Ad sibuk melayan perasaannya,telefon nya berdering. Terpampang nama Jasmine di situ.
"Hello Min..Kenapa?"
"Ad aku rasa kali ni mungkin kita boleh berkas si Jefry dengan Farisya tu sebab......". Ad mendengar sambil mengangguk kepalanya dan tersenyum mendengar penjelasan Jasmine,
"So bila due nya?"
"Dalam a week from now"
"Orait,thanks Min"
"U're welcome",balas Min sebelum memutuskan panggilan.

___________________________

"Sayang,minggu depan you free tak?",tanya Farisya sambil mengerdipkan matanya berkali-kali. Huh dia fikir comel ke.
"I'm not sure la babe,why?"
"Ala you ni lupa la tu,kan next week birthday I so papa I nak celebrate la.... Benci lah you ni",kata Farisya sambil memalingkan wajahnya yang cemberut itu.
"Haih merajuk lagi,payahnya perempuan ni salah sikit pun nak sentap... Ad rilek je kalau aku buat salah... eh dah kenapa aku teringat kat Ad pulak ni?",desis hati Harith.
"Oh ye ke baby...ala sorry lah I bukannya lupa,saja ja nak test you..nanti I pergi eh,you janganlah merajuk",kata Harith sambil mengelus pipi Farisya.
"Sayang,jom shopping!",kata Farisya dengan teruja.
"Hmm,okay",sambut Harith sambil tersenyum paksa. Hampir 3 jam mereka berada dalam shopping mall dan beratus jugak lah duit Harith habis Tetapi disebabkan terlalu sayang,dia rela.

Ad yang sedang mengemas rumah tidak perasan bahawa Harith telah pulang. Tangannya ligat memegang senduk untuk disimpan di rak sambil sebelah lagi membetulkan headphone nya.
"Ad!!!Kau tak dengar ke aku panggil?", sergah Harith. Akibat terperanjat, Ad menghayun senduk dan dushh...tepat ke dahi Harith.
"Aduh....Sakitlah mangkuk,lebam kepala aku,huhu mummy!!",jerit Harith sambil mengerang kesakitan.
"Allah,laki aku!Woi Harith kau okay tak...sorry wei aku tak sengaja",kata Ad yang terus terlepas senduk di tangannya dan mendapatkan Harith lalu membelek dahi Harith yang membiru itu.
"Okay apanya,nampak tak lebam dah ni!Kau nak bunuh aku ke apa?"
"Ish aku tak sengaja lah,salah kau jugak dok terjerit bagai,kan dah mendapat...Haih tunggu kejap aku nak ambil ais tuam kepala kau ni",kata Ad sambil berlalu ke dapur. Harith tidak melawan kerana sakitnya masih menguasai. Ad datang sambil membawa ais di dalam mangkuk bersama sehelai kain bersih. Ad menarik tangan Harith supaya baring di atas ribanya,

"Meh baring kat sini,aku tolong tuamkan",kata Ad dengan nada yang lembut. Harith menurut sahaja walaupun mulutnya masih membebel kerana tak puas hati dengan Ad. Ad mengalihkan tangan Harith lalu mula menuam sambil meniup dahi Harith. Harith sedikit berdesir apabila Ad menekan lebamnya dan tanpa sedar dia memegang tangan Ad,
"Ish slow lah sikit,sakit lah",adu Harith. Ad sedikit tersentak sebenarnya tapi dia pandai mengawal riak wajahnya dan peluang itu diambil untuk memujuk Harith. Ad menggenggam tangan Harith sambil mengelus lembut kekura nya,
"Sakit sangat ke,hmm..Tahan sikit eh?Sorry,aku betul-betul tak sengaja"kata Ad dengan nada bersalah sambil menatap ke dalam anak mata Harith. Harith mengangguk mengiyakan. Keduanya seakan terpaku apabila pandangan mereka bertaut dan perasaan halus mula hadir dalam hati masing-masing. Ad berdehem kerana keadaan yang agak janggal lalu meneruskan kerja menuam namun tangan Harith masih digenggam. Harith menggunakan kesempatan yang ada untuk memerhati segenap inci wajah Ad yang bersih tanpa cela itu. Kulit Ad yang sedikit tanned itu membuatkannya kelihatan lebih menarik di mata Harith.

Malam itu ad meminta izin kepada Harith setelah mereka selesai makan malam,
"Harith,boleh tak kalau aku nak pergi rumah kawan aku sebab dia buat birthday party"
"Bila?"
"Minggu depan"
"Hmm okay...By the way nanti aku nak pergi rumah Farisya tau,it's her birthday...kau rasa aku patut bagi hadiah apa eh",kata Harith dengan teruja tanpa menyedari riak wajah Ad yang kecewa itu.
"Hmm aku rasa kau patut bagi something yang memorable kat dia macam kad ke?",cadang Ad. Walaupun kecewa tetapi dia tetap beralah demi Harith.
"Ish kau ni,takkan kad je kot,agak-agak lah...mesti Farisya nak barang yang branded tak kan aku nak bagi kad cabok je kat dia,jatuh standard aku dow"
"Tu lah kau ikut sangat kehendak dia,time ni lah kau nak uji tengok dia betul-betul sayang kau ke ataupun just nak duit kau..."
"Maksud kau?"
"Maksud aku kalau dia betul sayang kau mesti dia akan hargai apa yang kau bagi even kad cabok but if not...maybe dia just nak duit kau je"
"Hmm betul jugak kata kau tu...brilliant..Thanks Ad". Ad hanya tersenyum tawar sebelum berlalu ke biliknya.

Haih lah Ad baik betul...Haha btw sis tgh kering idea ni tu jarang update..🙏 stay tuned ok..Sis akan cuba jugak update.Tq for reading

Sweet Revenge [C]Where stories live. Discover now