Part 12

3.5K 132 4
                                    

Pada hari tersebut Harith hanya mengenakan kemeja putih bersama tie hitam namun tetap kelihatan sungguh kacak..(macam gambar kat atas tu). Harith mengikut cadangan bernas Ad iaitu memberi sejambak bunga diselitkan dengan chocolate Ferero Rocher beserta sekeping kad ucapan yang menggambarkan isi hatinya. Setelah selesai menyemburkan sedikit minyak wangi,Harith terus menapak keluar dari bilik sambil memakai jamnya.

Ad pula hanya mengenakan
blouse hitam berona emas dan  tidak lupa juga pada peralatan yang dibawa di dalam clutch. Pakaian Ad yang ringkas menyerlahkan lagi kecantikan semula jadinya. Solekan yang nipis juga menaikkan lagi seri wajahnya yang manis itu.

Harith yang berada di ruang tamu berpaling saat terdengar bunyi tapak kaki sedang menuruni tangga. Terpaku Harith tatkala melihat Ad yang sedang menuruni anak tangga sambil menyanyi kecil.
"Perh...Lawanya Ad...Aduhai berterabur iman aku kejap..",desis hati kecil Harith. Harith yang sedang mengelamun tak sedar Ad sedang berdiri di hadapannya. Ad mencubit lengan Harith yang sedang tersenyum tanpa sedar sehingga dia melatah,
"Oh mak kau..Bini aku lawa". Ad yang mendengarnya terus ketawa berdekah-dekah sambil menekan perutnya.
"Kau ni Ad tak boleh panggil aku elok-elok ke..tengok dah lebam tangan aku",kata Harith sambil mencebik.
"Aku dah panggil kau yang tak dengar,dok senyum sorang-sorang dah kenapa?Aku lawa sangat eh.."
"Mana ada aku senyum..er..dah la ni kau nak aku hantar ke macam mana?"
"Eh tak payah,kejap lagi kawan aku sampai."
"Oh ok..Hmm Ad aku hensem tak hari ni?",tanya Harith.
"Hmm boleh la..",balas Ad acuh tak acuh.
"Boleh la je?Haih penat aku siap"
"Harith aku cantik tak harini?"
"Tak nak lah puji kau..Huh",balas Harith yang pura-pura merajuk. Ad yang melihat Harith sedaya upaya menahan tawanya dari meletus."Haih merajuk lah pulak...manjanya sayang aku sorang ni",desis hati Ad.
"Alolo merajuk ke,meh sini nak pujuk",kata Ad sambil menarik tangan Harith.
"Tak nak!",bentak Harith yang sengaja membuat drama. Ad menggengam tangan Harith,
"Harith tengok mata aku". Bagaikan dipukau Harith menurut tanpa membantah. Ad menarik nafas panjang sebelum berkata,

"There are three words to describe  you..YOU LOOK AMAZING..Harith Andrew kau pakai apa pon nampak hensem bagi aku sebab aku tak pandang rupa paras dan harta kau tapi aku pandang hati kau plus you are my official husband. Aku tak puji bukan bermakna kau tu tak hensem..tak..percayalah cakap aku even datang beribu lelaki hensem depan aku,aku tetap nampak kau",kata Ad sambil membetulkan tie Harith lalu mengusap lembut dadanya yang berlapik kemeja putih.
Harith terharu dengan ucapan Ad itu.
"Dah lah kawan aku dah sampai tu,aku pergi dulu..Oh by the way,you are stealing not once but twice.."
"Hah?Aku curi apa?",tanya Harith yang kebingungan
"It's my heart..Sweetheart",jawab Ad sambil tersenyum manis lalu menghadiahkan wink kepada Harith sebelum berlalu pergi.

"Oh my god!!!Did she just flirt with me...Berderai lagi iman aku",desis hati Harith .Jantungnya juga berdegup pantas dek penangan Ad. Harith terus berlalu pantas ke rumah Farisya apabila menyedari yang dia hampir terlewat dan cuba menghiraukan perasaan halus yang hadir dalam hatinya terhadap seorang insan yang bernama Adelia Humairah.

_______________________________

-Di rumah Farisya-

"Hai sayang,sorry I'm late",ujar Harith sambil mengelus lembut tangan Farisya manakala sebelah tangan lagi disembunyikan di belakang badan bersama hadiahnya.
"You ni birthday I pon you lambat..ish merajuklah macam ni..you memang tak sayang I kan",kata Farisya sambil memuncungkan mulutnya.
"Apalah you ni kesitu pulak,kalau I tak sayang I tak datang sini tau tak..By the way you look stunning sayang",kata Harith sambil memujuk. Harith tidak sedar yang dia sedang diperhatikan oleh seseorang. Ad dari jauh hanya mampu menahan rasa yang mencengkam di dada sambil bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Sweet Revenge [C]Where stories live. Discover now