Part 17

3.1K 90 0
                                    

Hubungan Ad dan Harith semakin bahagia semenjak mereka meluahkan perasaan masing-masing pada malam bersejarah itu.  Setiap hari ada sahaja yang hendak digaduhkan, tapi itulah orang tengah hangat bercinta... Nak bermanja lah tu.

"Abang!!! Bak sini lah tepung tu... Ad nak gunalah.. ", kata Ad sambil terlompat-lompat di hadapan Harith, al maklumlah Harith ni boleh tahan tinggi jugaklah.
"Tak nak... Sayang janji dulu buatkan abang kek red velvet tu dulu, baru abang bagi", balas Harith sambil mengacah tepung tu lebih tinggi.
"Ish abang ni...Ad nak makan chocolate cake lah harini... Nanti Ad buatlah red velvet abang tu.. ", kata Ad sebal.
"Aip... Tak baik tau lawan cakap suami sayang... Tak bau syurga nanti hah... Abang tak tau... Lagipun nanti sayang gemuklah makan chocolate banyak-banyak.. Ni pon makin bulat abang tengok ", sakat Harith saja hendak menaikkan api kemarahan Ad.
"Apa abang cakap!! Oh kalau saya bulat abang tak sayang saya lah macam tu, hah!!! Cakap cepat", kata Ad sambil memulas kuat telinga Harith.
"Adoi yang!!! Tet.. Tak abang tak cakap pon macam tu... mana ada yang oi.. Aduh mak lepaslah yang tercabut telinga abang nih susah nanti... ", balas Harith sambil mengalihkan tanggan Ad di telinganya...perit tak terkata sampai merah mukanya.

Ad melonggarkan pegangannya.. "Bak sini tepung tu kalau tak siap abang... I warned you". Harith masih lagi tak insaf gamaknya, terus sahaja dia hendak melarikan tepung tu tapi tulah cari nahas dengan salah orang, belum sempat keluar dari kawasan dapur, punggungnya dilibas dengan tuala kecil yang tersangkut di bahu Ad, tak cukup dengan itu, Ad sempat menyepak belakang lutut Harith hingga dia jatuh melutut dan dengan pantas headlock diberikan...

"I told you abang!!! Don't make mess with me... Bak sini tepung tu cepat lepas tu pergi duduk depan diam-diam", marah Ad.
Harith memang terkejut habis dengan tindakan Ad... Brutal gila bini aku ni..sakit gila dia pukul.. Aduh senak wei.. "Ok.. Ok..sayang abang bagi... Bawa mengucap yang oi.. Sakit nak mati dah ni... Lepaslah.. Tak sayang abang ke... Nah amik tepung ni", tecungap-cungap dia membalas.. "Phew sayang ni tak boleh bawa bergurau lah... serious sangat.. hmph tak nak kawan sayang", balas Harith sambil menghentakkan kakinya lalu berlalu ke ruang tamu... Alolo comelnya abang sado kita nih, merajuk pulak... desis hati Ad.

Ad terus menyiapkan tugasnya di dapur dan membuat dua jenis kek... satu kek coklat yang dia craving and another one red velvet untuk cik suami yang tengah merajuk tu. Sesudah menyusun hidangan di atas meja dan menanggalkan apronnya, Ad berlalu ke ruang tamu untuk memanggil Harith yang kelihatan monyaok sambil berpeluk tubuh di sofa.

"Haih susah jugak dapat husband maja macam ni.. Nasib baik sayang.." kata Ad perlahan sebelum memeluk Harith dari belakang sofa. "Abang jom makan, sayang dah siap masak dah.. ", bisik Ad di telinga Harith. Harith masih lagi diam membisu dengan muka cemberutnya.

"Abang i'm sorry... Sayang tak terniat pun nak pukul abang... tapi abang yang suka cari pasal dulu mana sayang tak geram", kata Ad lagi sambil duduk melutut di hadapan Harith lalu menggenggam erat tangannya. "Abang... Janganlah diam macam ni.. tak kesian kat sayang ke... Abang sakit kat mana meh sayang letak ubat", kata Ad sambil membelek badan suaminya takut ada yang lebam pulak.  Harith masih diam tak berkutik, saja ingin mendera jiwa Ad, padahal dia tak marah sangat pun, saja nak menggedik ja.

"Hmm yelah Ad salah... again i'm truly sorry.. Love you abang", kata Ad sambil memeluk Harith lalu mengucup pipi Harith. Baru sahaja dia hendak berlalu pergi, dengan pantas Harith menarik tangan Ad hingga dia terjatuh atas riba Harith lalu merangkul pinggang Ad.
"Haih ni siapa yang tengah merajuk sekarang ni hmm...", kata Harith sambil membenamkan wajah di ceruk leher Ad. " I forgave you but next time jangan ganas sangat tau... Susah abang nanti.. I love you too sayang", pujuk Harith sambil mencium leher Ad.

"Ok abang... So tak merajuk dah kan... Jom makan... Sayang buat kek red velvet kat abang..", balas Ad sambil menahan geli.
"Seriously!! Ok jom makan... abang pun dah lapar sangat dah ni... thanks sayang", balas Harith lalu mereka berlalu ke dapur untuk menjamu selera. Air tangan Ad tidak pernah mengecewakan Harith... Beruntunglah badan dapat isteri macam Ad nih...kata hati Harith.

Selesai menjamu selera, Harith naik ke bilik untuk membersihkan diri manakala Ad sedang mengemas dapur.  Tiba-tiba dia mendapat panggilan kecemasan daripada Jasmine mengenai kes Farisya. Membulat mata Ad apabila mendengar berita itu.  Ad terkocoh-kocoh berlari ke biliknya dan pantas bersiap untuk menjalankan tugasnya. Bukan mudah nak menjadi special force macam Ad kerja tak tentu masa... Waktu cuti pon tak menentu. Harith yang melihat berasa pelik, "sayang nak pergi mana kelam kabut semacam ja abang tengok",kata Harith hairan.

"Abang.. Sayang keluar kejap tau ada hal... Nanti balik sayang cerita ok.. Bye abang, take care...  assalamualaikum", balas Ad sebelum mencium tangan Harith dan berlari keluar daripada rumah.
"Yelah... Sayang take care jugak... Apa-apa roger abang terus tau", jerit  Harith dari jauh lalu menggelengkan kepala apabila Ad mengangkat tanda ok ja sebelum memasuki keretanya.

"Haih... ada-ada ja bini aku nih..", desis hati Harith sebelum menyambung kerjanya menyemak fail yang bertimbun... Harith jarang masuk office memandangkan ayahnya masih ada untuk menguruskannya jadi dia hanya berkerja daripada rumah sahaja... Lagilah Harith suka sebab boleh dekat dengan Ad selalu.

Ha sudah... Farisya buat apa pulak tu guys... Nak tahu kena tunggu lah... So here another chapter...tq for reading and yeah stay tuned😘sis akan sambung lagi insyallah lepas final ok... Bye💖💖

Sweet Revenge [C]Where stories live. Discover now