Part 20

4.9K 114 8
                                    

-Setahun kemudian-

Harith termenung sambil menikmati udara malam di balkoni rumahnya sambil ditemani cahaya malam dan jutaan bintang yang jelas terpampang di dada langit. Fikirannya menerawang mengingatkan kejadian setahun yang lalu saat dirinya memangku tubuh Ad yang pucat dan berlumuran darah. Perasaannya ketika itu hanya tuhan saja yang tahu. Perlahan-lahan Harith memejamkan matanya tatkala hatinya semakin dicengkam rasa hiba. Tanpa sedar air matanya menitis ke pipi. "Rindunya aku pada dia ya Allah", detik hati kecilnya.

Sedang dia melayan perasan, pinggangnya dililit oleh sepasang tangan kecil yang mendakapnya dari belakang dengan erat sekali. "Abang... Kenapa tak tidur lagi ni hmm...", kata wanita itu dengan manja. Harith yang bagaikan tersedar terus membuka matanya sambil tersenyum nipis, lalu memandang wanita tadi yang separas bahunya sahaja. "Eh la... Kenapa abang nangis ni... Ada sakit kat mana-mana ke?", tanya wanita itu kalut lantas mengelap air mata yang mengalir itu. Pantas sahaja Harith menangkap lalu mengucup tangan wanita itu, "Haah, sakit kat sini", kata Harith sambil meletakkan tangan wanita itu di dadanya lalu merangkul pinggang wanita kesayangannya itu untuk menghapuskan jarak antara mereka.

"Hmm... Kenapa? Cuba abang bagitahu Ad... Mana tahu Ad boleh tolong?", kata Ad polos sambil tersenyum manis. "Nothing, its just that i miss you sayang", kata Harith penuh romantis lalu mendaratkan bibirnya di dahi Ad. Ad yang sudah memerah pipinya lantas berkata,  "La... Kenapa pulak rindu...kan sayang ada je kat sini dengan abang...tiap-tiap hari abang nampak kan... Ish... Ish... Ish...sampai nangis pulak tu...abang ni cengeng la", kata Ad manja sambil mencubit hidung Harith. Harith terdiam sebentar sebelum menjawab, "abang teringat pasal kejadian setahun lepas sayang, abang takut sangat masa tu sayang tak sedarkan diri dekat riba abang... Macam nak gugur jantung tau tak... Alhamdulillah sayang selamat, kalau tak sampai bila-bila pun abang mungkin takkan maafkan diri abang", kata Harith sambil mengelus lembut pipi Ad. "Ish abang apa cakap macam tu, tak baiklah... Ajal maut tu kan semua ketentuan Allah, kita ni siapa yang nak menidakkannya... Kalau betul pun ajal saya masa tu, abang kenalah belajar redha sebab mati tu pasti bang, cuma masa, tempat dan cara je berbeza bagi setiap orang.", balas Ad.
"Sorry sayang...abang cuma tak sanggup nak hilang sayang lagi... Cukuplah peristiwa pahit tu... Macam nak gila abang", kata Harith sambil memaut bahu Ad dan membawanya duduk di katil.

"Tapikan sayang... Rupanya banyak benda yang abang tak tahu pasal sayang selama ni...kenapa sayang rahsiakan dari abang...sayang tak boleh nak terima abang ke macam mana?", tanya Harith. "Ish abang ni, kesitu pulak dia... kalau saya tak terima abang, dah lama saya biar abang jadi mangsa arwah Farisya tu tahu tak...saya buat semua ni bersebab dan salah satunya untuk keselamatan abang jugak.", terang Ad ringkas. Selama ni Ad selalu sahaja mengelak apabila soalan mengenai kerjayanya diutarakan, entah mengapa malam ini dia boleh bercerita dengan sahajanya, mungkin sudah tiba waktunya untuk Harith mengetahui perihal rahsianya yang digenggam kemas selama 7 tahun itu. 'Hmm sayang...boleh tak kalau abang nak tahu pasal semua rahsia sayang, yelah abang tak nak ada rahsia antara kita and...abang tak nak kalau peristiwa pahit tu berulang lagi...please", rayu Harith sambil membuat puppy eyes.  Ad yang melihat berasa geli hati lalu tersenyum. Perlahan-lahan nafasnya ditarik dan bermulalah penceritaan bermula detik Harith meninggalkan Ad selepas perkahwinan mereka, rancangan untuk membalas dendam setelah pertemuan semula mereka hinggalah peristiwa pahit satahun yang lepas, tidak ada satu pun yang disembunyikan oleh Ad. Bermacam-macam reaksi juga yang diberikan oleh Harith...terkedu,terkejut, kagum dan macam-macam lagilah. 

Selesai sahaja Ad bercerita, terus sahaja dia ditarik ke dalam pelukan Harith, erat. Terkejut Ad dibuatnya tapi dia membalas semula pelukan Harith itu. "Terima kasih sayang sebab dah banyak berkorban untuk abang...hanya Allah sahaja yang mampu membalas semua jasa sayang selama ni, insyallah syurga tempat sayang nanti...", kata Harith sambil mengeratkan pelukannya, sungguh dia terharu dan bersyukur kerana dikurniakan isteri yang baik macam Ad. Baginya Ad merupakan satu dalam sejuta kerana bukan sahaja cantik luar dalam malah mampunyai pelbagai kebolehan. Perkara yang paling dia kagum ialah apabila mengetahui pekerjaan sebenar Ad yang bekerja sebagai special force yang membantu pihak polis membanteras jenayah...bukan calang-calang orang isterinya itu atau boleh dikatakan spesies yang unik baginya. "Hmmm abang...janganlah peluk kuat sangat, kitaorang lemas dah ni...", kata Ad yang menepuk-nepuk belakang  Harith sambil menahan senyum. 

"Oh sorry sayang...abang tak sengaja...wait...why kitaorang?", tanya Harith musykil sambil memegang bahu Ad. "Hah? sayang cakap kitaorang ke tadi...hmm abang salah dengar kot", tipu Ad sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. "Ye ke...abang rasa abang tak pekak lagi sayang...ada benda lagi ke yang sayang sembunyikan daripada abang?", tanya Harith dengan riak wajah yang serius. "Mm..mana ada bang". "Ha tu gagap tu...ingat abang tak tahu sayang tengah menipu...tak nak lah kawan dengan sayang...nak merajuk..huh", kata Harith lalu baring di atas katil, membelakangkan Ad. Ad yang melihat hanya tersenyum manis lalu berkata," Haih la...dah nak jadi daddy pun perangai still macam budak-budak...takpalah baby kawan dengan mummy je tau...kita merajuk dengan daddy". Harith yang mendengar lantas duduk lalu berpaling ke arah Ad dengan riak terkejut, "Sayang' are you serious? jangan main-main...", kata Harith sambil mendekati Ad. Terus sahaja Ad merangkul leher Harith dan menekapkan dahinya ke dahi Harith, "Abang i'm not joking...you are going to be a daddy and its a twins". Terus sahaja Harith menghadiahkan ciuman bertalu-talu di seluruh muka Ad, "Oh my god!!!thank you so much sayang...i'm so happy right now...". Tak cukup dengan itu, Harith terus menindih tubuh Ad sambil sebelah tangan ditahan di tepi kepala Ad bagi menampung beratnya. "I love you sayang...nakal eh sekarang, nak kena hukum ni", kata Harith sambil tersenyum nakal. Ad yang masih terbaring menangkat tanda peace sambil berkata," I love you too abang..hehe". Ad sudah faham sangat dengan pandangan Harith itu. Harith mematikan lampu dan terdengarlah suara gelak ketawa mereka yang sedang bahagia itu sambil ditemani cahaya rembulan. Moga hubungan mereka kekal hingga ke Jannah...Amin.


-TAMAT- 

Sweet Revenge [C]Where stories live. Discover now