01 IPS2

1.8K 165 13
                                    

Yoona's

Aku mengendong anak kecil aku yang baru sahaja tidur di atas sofa. Jungkook pula belum balik lagi memandang dia sedang outstation ke Jepun.

Aku nak ikut tapi dia tak bagi. Lagipun, anak-anak aku, siapa nak jaga? Jadi, aku ambil keputusan nak tinggal ja kat Korea.

"Jangan nak menggatal cari perempuan baru he? Abang tu bukan boleh, menggatal je kerja"

"Eh. Abang setia kat sayang sorang je okay? Sayang ni. Cari betul-betul kang"

"Awak buatlah. Saya sula abang, biar ada akal sikit"

"Uu, takutnya. Yelah, sayang oi. You are the only one yang ada dalam hati seorang Jeon Jungkook ni. Tak perlu risaulah, sayang. Nanti setiap malam abang buat video call dengan sayang"

"Janji eh?"

"Janji"

---

"Abang! Ajak Sara datang makan tengah hari. Nanti lauk sejuk tak sedap", aku memanggil suami aku yang berada di dalam bilik di tingkat atas.

"Kejap, sayang!", dia membalas kembali. Aku hanya tersenyum lalu duduk di kerusi yang sering diduduki oleh aku di meja makan.

Agak lama juga aku menunggu dia tapi dia masih tidak memunculkan diri. Aku dah berkerut dahi. Kenapa lama sangat?

Dia buat apa sampai ambil masa yang lama? Dia bukanlah jenis yang suka melengahkan waktu makan. Pelik bin ajaib.

"Abang!", aku menjerit. Dahlah aku lapar ni. Ya Tuhan. Kenapa lambat sangat ni?

Aku pun bangun dari tempat duduk aku lalu aku berjalan naik ke tingkat untuk melihat Jungkook di dalam bilik.

"Tak. Tak. Sekarang ni awak yang over. Saya tak cakap apa-apa pun pasal dia", aku terdengar suara seorang perempuan.

Macam mana boleh sesat suara perempuan dalam rumah aku selain aku dan anak-anak aku?

Aku menjengulkan kepala dan kelihatan Jungkook sedang meniarap di atas katil dan sedang bermain dengan laptopnya.

Video call? Dengan siapa tu?

"I love you, Jungkook"

Ayat itu. Buatkan hati aku direntap. Aku tak salah, bukan?

Aku dengan pantas terus berlari anak ke tingkat dan terus masuk ke dapur. Aku duduk di kerusi tadi lalu aku menekup muka aku.

Tak mungkin Jungkook berani cyrang belakang aku? Aku tahu. Dia jenis yang setia. Aku boleh nampak dari sejak aku minat dia sebagai idola aku dulu.

"Ya Tuhan. Tabahkanlah hati aku. Aku berharap yang semuanya tidak betul. Tolonglah kukuhkan rumah tangga yang baru saja kami bina bersama dengan cinta yang ikhlas ini", aku berkata perlahan.

"Sayang?", aku terdengar suara Jungkook dari jauh lalu aku mengelap air mata yang tersisa di pipi. Lalu, senyuman aku sediakan untuk menyembunyi hati yang lara.

"Tak makan lagi? Ingatkan dah makan tadi? Senyap je", dia berkata lalu duduk di hadapan aku. Sara juga sudah turun dengan mukanya yang baru shaja lepas bangun tidur.

"Oh. Tunggu abanglah. Lama sangat nak turun pun. Buat apa kat atas tu, ha?", aku cuba menuturkan kata-kata dengan lancar dan tidak tersekat-sekat. Takut dia syak apa-apa pula.

"Buat kerja sikit tadi"

Oh. Kerja?

Sanggup awak tipu saya sekarang Jungkook? Saya kecewa dengan awak.

---

"Sayang. Abang nak keluar jap", Jungkook berkata sambil menyarungkan kasut di kakinya dengan senyuman lebar di bibir.

"Nak pergi mana pula? Abang baru je dapat cuti. Kata nak luangkan masa dengan kami", aku berkata lalu menyandarkan penyapu yang berada di tangan aku pada dinding.

"Abang nak jumpa kawan jap. Kejap je. Bye, sayang. Love you", dia melambaikan tangannya pada aku lalu terus menutup pintu rumah.

Bunyi engin kereta kedengaran lalu semakin lama, semakin menghilang.

Saya tak tahu kenapa tapi saya tak percaya dengan ayat 'abang nak jumpa kawan jap' yang awak cakap tadi, Jungkook.

Macam mana eh?

"Ada masalah apa-apa, kau boleh je call aku. Bini aku pun tak kisah and dia okay je lelagi kalau pasal tolong tu kau. Sebab aku tahu Jungkook akan buat masalah nanti"

Sekarang aku dah dapat tangkap masalah apa yang dia cakapkan selama ni.

Aku dengan pantas terus menggapai telefon aku lalu nombor telefon seseorang didail oleh aku.

"Hello, Jimin. Tolong aku"

•••

Macam biasa. Pendek serta terlalu lame untuk chapter first. Sesiapa yang masih support ff ni, thanks tau. Terharu sangat sebab ramai juga tanya bila nak update s2 ni.

Me love you guys💜

Nanti idae try cari masa nak update lagi tau.

Nanti idae try cari masa nak update lagi tau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
|√| [S1 & S2] Iphone - JJKWhere stories live. Discover now