30 IPS2

1.3K 145 18
                                    

Irene's

Aku memegang tangan Soora kerana terlalu banyak menangis. Aku rasa bersalah sangat. Aku tak sangka penipuan aku memudaratkan keadaan Yoona.

"Irene. Dahlah tu. Doktor kata tak apa-apakan? Yoona okay dah sekarang", Soora memujuk aku. Aku hanya mampu menangis dan menangis kerana rasa bersalah yang menguasai diri aku.

"Apa dah jadi dengan Yoona?", satu suara mendiamkan diri yang yang tadinya teresak-esak menangis dan Soora pula sudah memalingkan wajahnya ke belakang daripada terud mepihat Yoona di atas katil.

Aku mengangkat wajah aku lalu aku terpandang susuk tubuh Jungkook. Aku terus bangun dengan air mata yang masih mengalir lalu menampar pipi Jungkook sekuat hati.

Hana yang aku nampak di sebelahnya juga aku ingin menampar tetapi dihalang oleh Jungkook.

"Kau dah kenapa Irene?! Apa masalah kau dengan dia?", Jungkook menengking aku. Aku memandangnya dengan muka yang merah.

"Kalau kau tak terima perempuan ni dalam hidup kau dan menggangu hidup Yoona, Yoona takkan menderita sampai macam ni! Kau memang suami tak guna! Yoona tak layak dapat kau!", aku menjerit di hadapan muka Jungkook lalu aku merentap tangan aku daripada terus digenggam oleh Jungkook.

Aku dapati Hana tersenyum sinis.

"Kau seronok tengok Yoona macam kan?! Puas hati kau?!", aku menjerit pula pada Hana. Sumpah aku dah hilang sabar.

"Dia isteri aku dan kau tak layak nak ambil tahu pasal dia. Sekarang bagitau aku apa dah jadi dengan Yoona?", Jungkook berkata sebaik sahaja bahu aku ditolak olehnya.

Aku mengangkat wajah aku memandangnya lalu tersengih. Terasa lawak pula dia mengaku dirinya sebagai suami kepada Yoona.

"Kau yang sebenarnya tak layak tahu pasal Yoona. Dia dah banyak menderita sebab kau", aku berkata lagi dan aku teringat akan hari di mana Yoona pengsan ketika Jungkook di hospital.

"Dia terlalu sempurna buat binatang seperti kau", aku berkata lagi dan itu membuatkan Jungkook mengangkat tangannya bagi menampar aku.

Aku hanya memandang tangannya yang masih berada di udara.

"Kenapa tak nak tampar? Takut? Takut aku mengadu kat Taehyung? Eh,aku bukan macam Hana ni. Kaki mengadu. Aku pandai berfikir sebelum bernicara. Bukan seprrti syaitan ni!", aku akhirnya meletus tetapi badan aku kemudian ditarik oleh Soora.

"Sabar Irene. Aku tahu kau sedih tapi ni bukan jalan penyelesaiannya", Soora memujuk aku dan aku yang nafas sudah tidak teratur itu cuba untuk mengatur pernafasan aku.

"Kau Jungkook. Tak payahlah datang lagi melawat Yoona. Dia perlukan masa untuk bersendirian", Soora berkata lagi pada Jungkook pula.

"Mana kau tahu dia perlukan masa untuk bersendirian?", Jungkook bertanya. Aku menarik nafas dalam bagi mengawal kemarahan aku.

"Tolong pergi", Soora berkata lagi tanpa menjawab persoalan Jungkook sebentar tadi.

"Jomlah you. I penatlah layan diorang ni", Hana menarik tangan Jungkook lalu mereka keluar dari wad Yoona.

Sebaik shaja pintu ditutup, aku jatuh terduduk ke lantai lalu tangisan mula bergema kembali di dalam bilik itu.

"Aku kawan yang jahat!", aku berkata lalu dada aku ditumbuk-tumbuk berkali-kali. Soora menahan tangan aku lalu dia memeluk aku.

"Irene. Dahlah tu", Soora memujuk aku sambil pelukan disertakan dengan usapan di bahu.

"Yoona mesti menyesal ada kawan macam aku bukan? Dia mesti marah kan sebab aku menipu dia?", aku berkata dalam esakan yang membuatkan suara aku tersekat-sekat.

"Tak. Aku yakin Yoona takkan marahkan kau. Aku yakin sangat", Soora berkata lagi dan aku hanya terus menangis di atas lantai itu.

"Maafkan aku sebab rahsiakan dan menipu kau sebelum ni. Aku minta maaf kalau penipuan aku membuatkan kandungan kau hampir sahaja guhur. Kalau kau dah tahu, mesti kau akan jaga kandungan kau. Mesti Jungkook takkan biarkan Hana cederakan kau. Aku minta maaf. Aku kawan yang jahat"

•••

Tak adalah panjang mana tapi surprise!! Yoona ada anak ketiga dan anak ni akan menghadapi sedikit sebanyak penderitaan sama je macam mama dia.

Papa dia jahat!😂

K bye. Sayang korang😘

|√| [S1 & S2] Iphone - JJKWhere stories live. Discover now