40 IPS2

1.4K 125 12
                                    

Aku keluar untuk bertemu dengan ahli BTS. Mereka memanggil aku jadi memandangkan Sara dan Nara sudah tidur di sebelah mama mereka, aku pun lebih mudah untuk keluar.

Luluh sahaja hati aku lihat keadaan anak-anak aku. Dengan sekarang pihak media ramai sangat di luar hospital kerana ingin mengetahui tentang Yoona.

Tapi, pihak BigHit Entertainment sudah bantu aku menahan mereka daripada memasuki kawasan hospital memandangkan kawasan hospital sekarang di kawal oleh beberapa orang pegawai bertugas.

"Kenapa hyung nak jumpa?", aku bertanya sebaik sahaja aku menemui mereka di cafe hospotal.

"Duduk dulu, Kook", Hoseok berkata pada aku dan aku hanya akur dengan arahannya.

"Ni. Baca surat ni. Dan, tengok apa yang ada dalam pemacu ni", Namjoon berkata pada aku lalu sekeping sudat diberikan kepada aku bersama macbook yang sudah sedia disambungkan dengan alat pemacu yang dikatakan oleh Namjoon tadi.

Aku hanya mengerutkan dahi lalu aku mula membaca surat tersebut.

Tak perlu berbasa-basi. I nak you tahu yang selagi you tak balik ke rumah dan tak lupakan perempuan sial tu, I akan sebarkan video yang berda di dalam alat pemacu yang I selitkan pada surat ni. I harap you pandai buat pilihan memandangkan I tahu you lebih sayangkan kawan-kawan BTS you dari Yoona.

Aku mengumpalkan surat tu kasar. Gigi diketap geram. Tak sangka perangai Hana ni makin lama dah serupa syaitan.

"Sabar, Kook. Kook cuba tengok video ni dulu", aku terus memandang skrin macbook Namjoon lalu aku membulatkan mata dan tangan aku dengan pantas terus menutup macbook itu dengan kasar.

Dia tidak main-main fasal bukti. Dia benar-benar dah perangkap aku. Aku mengetap bibir. Cuba untuk memikirkan idea untuk membuat pilihan yang tepat.

Sekarang tersangatlah susah kerana keadaan Yoona yang tidak stabil bersama anak-anak aku yang dah lama tak bertemu dengan mama mereka.

Aku mengeluh. Ahli BTS akhirmya aku pandang semuanya. Setiap jasa mereka aku kenang sampai sekarang. Tak mungkin disebabkan satu video, disebabkan aku juga, BTS hancur. Dipandang hina oleh masyarakat disebabkan video tak masuk akal itu.

Aku mengaku, salah aku sebab aku bertemunya dulu kerana katanya rindukan cinta pertama. Tapi, sah-sah, motifnya hanya nak hancurkan hidup aku selepas dia dihancurkan hidupnya oleh Haechan.

Pembetulan, dia yang hancurkan hidup Haechan tetapi dia tidak mengakui salahnya.

"Dia yang curang dengan aku walaupun esok ialah hari perlahwinan kami. Kemudian, dia tuduh aku tidak hadir ke majlis perkahwinan sebaliknya aku keluar dengan perempuan lain kepada ommanya. Kemudian, dia ingin mbuktikannya dengan cubaan membunuh diri"

Itulah kata-kata Haechan apabila aku bertemu dengannya di waktu Yoona tinggalkan aku selama 5 bulan.

Aku meramas rambut aku kasar kerana terlalu geram dan aku buntu untuk membuat pilihan sekarang.

"Kook. Kami cuma nak cakap, kau tinggalkan dengan Yoona di hospital. Jagalah dia. Tak perlu pulang ke rumah hanya kerana ugutan tak masuk akal daripada Jung Hana ni", Taehyung berkata pada aku lalu bahu aku ditepuknya perlahan.

Aku pandangnya pelik. Kemudian, pandangan dilemparkan kepada orang lain.

"Biar betul, hyung? Benda ni boleh merendahkan kedudukan BTS sekarang walaupun kita sudah sampai ke peringkat global. Tapi, masih. Kita akan dipandang hina, hyung. Fikirlah. Apa jadi kat kita? Kita nak dapat duit dari mana kalau bukan sebagai BTS?", aku berkata pada mereka dan mengharapkan mereka tidak membuat pilihan dengan memikirkan kepentingan diri aku dan tidak memikirkan kepentingan mereka.

Tetapi, lain pula yang aku dapat apabila mereka semua tersenyum lalu tergelak besar. Lagi, peliklah aku melihat mereka. Bingung dengan apa yang berlaku.

"Kenapa gelak? Kook ada buat lawak ke?", aku berkata, pelik dengan kelakuan mereka.

"Kook ikut je apa kami cakap. Sebab kami yakin yang video tu takkan bedjaya menular ke dalam media. Percayalah, Kook", Taehyung menepuk bahu aku sekali lagi setelah bergelak besar tadi.

"Tapi-", aku ingin berkata-kata lagi tapi dipotong oleh Taehyung.

"Kami dah rancang dari awal dan dah tahu apa yang terkandung dalam alat pemacu ni sebelum sampai ke tangannya. Yang pasti, Kook ikut je rancangan kami. Apa kami suruh, Kook buat. Sekarang yang penting, jaga Yoona. Soora dan Irene akan tolongjagakan Sara dan Nara", Taehyung berkata.

Aku tak percaya. Sampai macam ni sekali meteka sanggup buat demi rumah atngga aku yang semain goyah?

Aku terharu dan aku berharap sangat kami akan berkekalan.

---

"Kook! Tengok berita terkini. Sekarang!", Hoseok yang berada di hujung talian menjerit. Aku terkejut.

"Jangan kata-",

"Tengok je. Cepatlah! Bye", Hoseok terus mematikan panggilan bersama aku. Aku mengerutkan dahi lalu aku membuka berita di atas talian.

"Jung Hana yang dikatakan sebagai isteri kedua Jeon Jungkook dalam diam, salah seorang ahli BTS ditangkap kerana melakukan jenayah iaitu mengugut, cubaan membunuh dan merasuah.

Dikatakan juga oleh saksi iaitu ahli BTS sendiri yang mereka berkahwin bukanlah dengan kerelaan Jeon Jungkook tetapi diugut dengan perangkap yang sudah dilakukan oleh Jung Hana.

Dan, beberapa bukti telah diselitkan oleh saki-saksi mengenai kes ini. Sekian sahaja daripada saya. Sila setia bersama kami untuk mengetahui berita-berita terkini hari ini yang lain", pemberita itu membaca berita dan aku tak tahu nak cakap yang aku sedang gembira ataupun tak.

Telefon aku tutup lalu aku memandang Yoona. Tangannya aku gapai lalu dikucupnya sekilas. Aku senyum lebar padanya dengan mata yang sudah berair.

Kita dah selamat, sayang. Tiada lagi halangan yang boleh menghalang cinta kita daripada terus bercambah. Kita dah boleh hidup seperti dulu, sayang.

Abang harap sangat kita boleh bahagia seperti dulu.

Aku mencium lagi tangannya yang sejuk itu tetapi kali ini dengan lebih lama sehinggalah air mata aku akhirnya berguguran.

|√| [S1 & S2] Iphone - JJKWhere stories live. Discover now