17 IPS2

1.2K 143 63
                                    

Yoona's

"Woi. Yang tengah duduk terbongkang atas sofa tu, kau datang sini tolong aku. Tak malu. Dah jadi isteri tu, kenalah jalankan tugas sebagai seorang isteri. Pemalas", aku menjerit dari dapur menegur Hana.

"Ish. Diamlah perempuan!", sekali dia menjerit membingitkan telinga aku, aku menjelingnya.

"Tak tahu masak tu cakap!", aku membalas pedas padanya. Biar padan dengan muka dia. Kau cari pasal dengan orang yang salah, Jung Hana.

Aku akan buat kau keluar dari keluarga aku. Kau tunggu dan lihat.

---

"Eh, kau. Bangun. Dah jadi isteri pun tidur kat depan tv lagi ke? Bangun. Kemas ruang tamu", aku menolak bahunya berkali-kali.

Dia mula merungut perlahan. Aku menjeljngnya. Kau fikir comel? Muka macam sampah. Kenapalah dulu Jungkook suka kau? Haih.

"Woi. Bangunlah", aku mengejutnya lagi. Aku dah berang dah ni. Dia ada ingatkan boleh tolong ringankan beban aku kemas rumah. Jadi lain pula dah.

"Rimaslah!", dia menplak aku sehingga aku terjatuh ke lantai. Bodohnya perempuan ni. Sampai jatuh aku dibuatnya. Nampak sangat tolak dengan segala kudrat yang ada.

Tapi, kau fikir aku kisah?

Aku bangun lalu tangannya aku tarik dan badannya pun jatuh dari sofa dan aku tahu itu sakit.

"Kau kenapa perempuan?!", dia menjerit pada aku lalu memegang pinggangnya sambil.membuat muka geram.

"Kenapa bising-bising tu? Diam sikit boleh tak? Tak boleh fokus nak tulis lirik lagu pun", Jungkook yang berada di tangga bersuara. Aku memandang Jungkook.

"Ni. Yoona ni. I cakap sekejap lagi I tolong dia kemas rumah tapi dia tak puas hati kenapa entah dengan I sampai dia tarik I dari sofa jatuh ke lantai. Sakit tau tak, you?", Hana mula mengadu.

Aku mula.memandang Hana tajam. Setajam yang mungkin kerana apa? Kerana dia telah menipu!

"Tak-"aku baru hendak bersuara.

"Sayang. Kalau sayang tak suka dengan dia pun, janganlah kasar sangat. Suara sayang tau yang paling bising sekarang ni? Tak fokus abang nak buat kerja", Jungkook berkata.

Oh, adakah aku terasa? Adakah aku ingin menangis? Adakah aku mangsa keadaan?

"Okay", aku jawab lemah sebelum melihat Jungkook sudah berada masuk ke bilik kerjanya tadi.

"Padan muka. Kau cari pasal lagi dengan aku. Kena sedas", Hana berkata sebelum tersengih. Dia bangun lalu baring semula di atas sofa dan sambung tidur.

Aku menggengam batang penyapu itu dengan erat. Penuh dengan kegeraman. Ya Tuhan. Tabahkanlah hati aku ini.

"Hari ni kau menang. Esok aku tak akan biarkan kau hidup tenang. Kau tunggulah, Jung Hana", aku berbisik sambil menyapu lantai.

---

"Woi, perempuan! Tolong aku masak makan malam!", aku menjerit apabila aku dah rasa tak cukup tangan nak masak.

Kenapa sebelum ni aku okay tapi sekarang aku terkial-kial? Mungkin sebab dah 3 tiga bulan tak memasak?

"Ish. Kau ni. Aku kata tak nak, tak naklah!", Hana menjerit membalas kata-kata aku.

Aku menggulingkan biji mata aku sebelum aku menutup api dapur lalu terus bergerak ke arah Hana yang berada di ruang tamu. Entah apa yang dihadap di telefonnya sampai dia tak da masa langsung nak tolong aku.

"Aku cakap tolong aku. Sekarang", aku meramas telefonnya daripada tangannya lalu menunjukkan jari telunjuk aku pada dapur.

"Bagilah balik! Bodoh punya perempuan. Aku tahulah kau tua daripada aku tapi, tak perlulah nak acah depan aku. Kenapalah Jungkook pilih perempuan bodoh macam kau?", Hana mula petah berkata-kata sambil memaki aku.

|√| [S1 & S2] Iphone - JJKWhere stories live. Discover now