TC-1

4.4K 277 14
                                    

Saya tak berapa ingat dan pasti umur setiap characters untuk cerita ni.

Nak menyemak satu-satu bab tu pun saya rasa macam malas je. Hahaha.

So kita assume je okay tak?

Imran Hadi (54) Nuha Aisya (50) Mikael Hadi (28) Farish Hadi (21) Intan Hadira (14)

______________________________________

Sebentuk cincin itu diletakkan di atas meja kaca oleh Nuha Aisya. Matanya memandang Mikael yang baru melabuhkan duduk.

Nuha Aisya memandang Imran Hadi sekilas sambil mengisyaratkan sesuatu. Imran berdeham. Betapa susah untuk dia memulakan bicara tatkala matanya memandang si anak.

Mikael Hadi yang dia anggap seperti anak sendiri. Yang ditatang dengan penuh kasih sayang. Alhamdulillah. Imran amat bersyukur melihat Mikael yang sudah berjaya. Di usia senja begini, tiada apa Imran harapkan selain melihat anak-anaknya bahagia.

Tapi....

" Kenapa mama telefon suruh balik awal ni ma?" Mikael melonggarkan tali leher berwarna biru tuanya.

Melihat tali leher biru tua itu, dia tersenyum sedikit apabila teringat siapa pemberinya.

" Tadi family Azwa datang." Hanya itu mampu dikatakan oleh Nuha Aisya. Dia takut bila dia makin bercakap nanti, hati sendiri jadi sebak.

" Family Azwa?" Riak Mikael bertukar hairan. Selalu kalau Azwa bertandang pasti gadis itu akan inform terlebih dahulu.

" Tapi Azwanya tak ada." balas Imran pula kali ini. Terus-terang sahajalah pada Mikael. Dia tak mahu berkias-kias lagi.

" Keluarga Azwa datang pulangkan cincin tengah hari tadi. Katanya mereka nak putuskan pertunangan Mika dengan Azwa." Imran menuturkan terus menunjuk sebentuk cincin itu.

Wajah Mikael sudah bertukar merah saat papanya bersuara. Liur ditelan kesat. Hatinya jadi hancur bila terkenangkan Azwa. Patutlah dah seminggu Azwa menghilang tak contact dia. Tiba-tiba pulang cincin begini.

" Apa salah Mika, pa?" soalnya lebih kepada diri sendiri. Nuha Aisya sudah menekup mulut sendiri menahan tangis. Kasihan anakku.

" Mika bawak bersabar. Everything happens for a reason." Itu sajalah yang mampu Imran lafaz semata hendak menyedapkan hati Mikael.

Hakikatnya Imran dan Nuha Aisya sendiri tidak menyangka yang status Mikael akhirnya menjadi alasan mengapa pertunangan itu diputuskan.

Mikael meraup wajah sendiri. Terbayang wajah manis Azwa di ruangan matanya.

______________________________________

" Nina! Your customer!"

Jannah menjerit memanggil Amanina yang sedang menyuap nasi ke mulut. Pantas Amanina berlari menuju ke beberapa telefon yang disambung di situ.

" Hello, Kitty di sini. Selamat malam! Siapa di sana?" ceria saja suaranya menyapa saat talian disambut.

Secara rasminya sejak Talian Cinta diwujudkan memang Amanina sendiri sengaja meletakkan nama Kitty sebagai nama samaran.

Mana Amanina dapat nama Kitty? Ha, tu tunggu kejap lagi.

" Errr... Cik Kitty ya? Saya Azam. Saya ni ada masalah sikitlah Cik Kitty." ujar si pemanggil. Amanina sudah tersenyum sendiri seperti kebiasaan.

" Boleh Cik Kitty tahu Encik Azam umur berapa?"

" 17 tahun." Amanina angguk sendiri.

" Kalau gitu panggil Kak Kitty je. Silakan kalau Azam nak bercerita. Kak Kitty dengar."

TALIAN CINTA✔Where stories live. Discover now