" Kak Nina!!!" Berlarian Hadira saat Amanina melangkah keluar dari kereta itu. Teruja bila lihat kakak ipar kesayangan aka BFF dia ni! Hadira memeluk Amanina erat-erat.
" Rindu Kak Kitty!"
" Syuhshh! Akak belum kasi tahu Abang Mika pasal tu." balas Amanina tersenyum separuh berbisik. Hadira tutup mulut. Opps!
" Ingatkan dah tahu." ujar Hadira dan Amanina menggeleng.
" Amboi! Yang disambut kakak ipar je eh? Yang tukang bawak keretanya ni?" ujar Mikael menegur pada Hadira. Hadira tersengih.
" Rindu abang jugak." ujarnya masih memegang tangan Amanina.
" Jom masuk. Mama dengan papa dah masak special untuk korang." balas Hadira berjalan masuk ke rumah. Amanina memandang sayu pada Mikael. Mikael memaut pinggang Amanina lembut.
" Jom masuk. Kenapa muka ni sedih sangat? Cuba senyum sikit." ujar Mikael lagi. Amanina berkerut dahi memandang Mikael.
" Kenapa?"
" Awak peluk pinggang saya."
" Biarlah awak kan isteri saya." Mikael menjawab begitu saja. Amanina menjuling mata.
Oh sedar pulak awak ye!
Ke sebab ni rumah mak dia? Sebab tu Mikael berlakon manja macam ni?______________________________________
" Makanlah. Mama masak banyak sangat. Kalau tak cukup mama tambah lauk lagi." Nuha Aisya tersenyum. Seronoknya dapat makan ramai-ramai macam ni! Dengan wajah anak-anak semua ada depan mata! Dengan suami tercinta!
" Banyaknya ma! Mama nak buat kenduri ke ni?" balas Mikael tersengih. Serius, penuh meja!
" Kira macam kenduri lah ni. Nak sambut menantu mama yang cantik ni." puji Nuha Aisya pada Amanina. Sopan saja lagak menantunya dengan riak malu-malu begitu.
" Makan, Nina. Jangan malu-malu. Rumah ni pun macam rumah kamu jugak." ujar Imran dengan harapan Amanina akan selesa.
" Baik papa." balas Amanina mencedok kuah lemak udang ke pinggan Mikael. Nuha Aisya tersengih Baik sangat menantunya ini. Pandai melayan suami.
" Kak Nina kerja vet ke?" soal Farish Hadi sengaja merancakkan perbualan.
" Haah, Ayish. Bukak klinik dengan kawan."
" Oh, bolehlah Ayish hantar kucing nanti." balas Farish tersenyum. Hadira memandang abangnya aneh.
" Datang mana pulak kucing? Sejak bila abang bela kucing? Abang kan asma." ujar Hadira memecahkan rahsia. Farish menjeling saja adiknya.
" Kucing Kak Farah lah!"
" Oh! Kucing girlfriend abang rupanya." Hadira bercakap kuat membuatkan Nuha Aisya menjegil mata.
" Haaa! Farah mana pulak ni? Perangai playboy tak habis-habis." Nuha Aisya bercakap begitu membuatkan seisi meja ketawa.
" Ayish ni memang. Playboy. Cuba jadi cam abang ni. Setia orangnya. Kahwin crush dari zaman sekolah lagi." ujar Mikael bangga dengan diri sendiri. Farish tarik muka. Eleh!
" Mika dengan Nina dah plan nak honeymoon kat mana ke?" soal Nuha Aisya tersenyum teruja.
Amanina menunduk saja sambil tersenyum malu. Ada beberapa destinasi juga yang dia fikirkan tapi masih belum cakap pada Mikael.
" Belum lagi ma. Kitaorang plan nanti-nanti baru honeymoon kut. Sebab masing-masing masih sibuk sekarang. Kan, sayang?" Mikael menjawab begitu. Amanina tersentak. Tapi dia mengangguk juga. Tapi mana ada Amanina sibuk. Cuma Mikael je yang selalu banyak kerja.
YOU ARE READING
TALIAN CINTA✔
RandomHolla! Inginkan peneman dikala sunyi? Inginkan pendengar dikala bermasalah? Sila hubungi talian di bawah! Moga hidup anda akan ceria selalu selepas ini! _____________________________________ AMANINA HUSSEIN. Kesukaran hidup dahulu membuatkan di...