" Ye ke? Seronoknya! OMG!!" Intan Hadira yang terkinja-kinja dekat sliding door tu Mikael pandang dengan riak geli-geleman.
" Siapa yang dia duk bergayut tu?" Mikael menyoal pada Farish yang khusyuk bermain game.
" Entah." Pendek aje dibalas. Itupun Farish tak memandang Mikael. Mikael mengeluh perlahan. Adik yang sibuk bergayut. Yang sorang ni ha, sibuk dengan game. Yang aku ni nak buat apa?
Dating?
Tettt! Dengan siapa? Nakal hatinya bertanya atau lebih tepat mengejek sendiri. Sejak dia telefon Amanina tempoh hari, gadis itu benar-benar tidak lagi menjawab panggilannya.Huh! Sombong betul.
" No! Adik nak yang tu!" kedengaran lagi suara Hadira mengekek ketawa.
" Adik kita ada boyfriend ke?" soal Mikael lagi. Macam Pak Cik Bawang Holland dah rupa dia.
" Entah."
" Kau ni jangan asyik entah je. Dira tu adik kita. Perempuan lagi. Kita ni abang-abang dia kenalah jaga dia."
Okay... Farish kini memandang Hadira yang berdiri di sliding door tu.
" Dik!"
" Apa?"
" Kau ada boyfriend ke?"
" Sibuklah Abang Ayish ni!" Hadira melaung begitu dan sambung bersembang di telefon.
" See? Ayish dah jalankan tanggungjawab Ayish sebagai abang. Now it's your turn, bro."
______________________________________
Telefon bimbit itu berdering lagi. Mikael mengeluh saat memandang telefon itu dari jauh. Nak buat kerja pun tak senang. Dia berjalan menuju ke meja itu.
Tertera nama si pemanggil di skrin telefon Hadira.
Sayang.
Mata Mikael membesar melihatkan itu. Sah! Inilah boyfriend si Hadira tu. Kecik-kecik sibuk nak ada pak we ya?
Pantas Mikael menjawab panggilan itu.
" Assalaumualaikum. Tolong lah. Orang dah tak jawab tu tak reti-reti ke nak berhenti call? Yang terhegeh-hegeh tu dah kenapa? Dah banyak kredit sangat meh lah sedekah sini!"
" Dan jangan menggatal dengan adik saya! Saya tak suka!"
Terus Mikael menyembur. Tak pakai penapis punya bahasa!
" Gila!" suara kecil itu membalas.
Mikael tersentak.What?! Suara perempuan???
______________________________________
" Tolonglah! Adik tak sejijik tu!" Hadira menjerit sedikit saat Mikael menuduh dia lesbian. Lesbian okay? Sangat tak berjenis punya hubungan.
" Habis tu kenapa guna 'sayang'?" Mikael sudah seperti penyiasat saja lagaknya.
" Sukahatilah. Dia orang istimewa."
" Special in terms of what?"
"Kakak angkat Dira! Dira kenal dia sejak masuk matriks. Dia macam suka bagi motivation. Suka bersembang. Seronok." cerita Hadira sambil tersengih.
" Apa dia tak ada kerja ke nak sembang-sembang dengan orang?" balas Mikael jengkel.
" Itulah kerja dia. Sembang. Dengar luahan hati orang. At least, dia seorang pendengar walaupun dia tak dapat menyelesaikan."
YOU ARE READING
TALIAN CINTA✔
RandomHolla! Inginkan peneman dikala sunyi? Inginkan pendengar dikala bermasalah? Sila hubungi talian di bawah! Moga hidup anda akan ceria selalu selepas ini! _____________________________________ AMANINA HUSSEIN. Kesukaran hidup dahulu membuatkan di...