TC-23

2K 199 12
                                    

" Awak ni dah kenapa, Nuha Aisya?" Imran Hadi menegur tatkala melihat isterinya berjalan mundar-mandir di hadapannya yang sedang membaca surat khabar.

Nuha Aisya memandang sekilas Imran.

" Anak menantu kita tu senyap je? Dah seminggu kahwin pun Mika tak bawak Nina balik sini." ujar Nuha Aisya memuncung. Imran ketawa sambil menggeleng. Inilah perempuan. Complicated.

" Kredit awak dah habis ke, yang? Kalau habis abang tambahan lagi." sindir Imran begitu. Nuha Aisya mencebik.

" Bukan saya tak mahu telefon. Tapi tak mengganggu diaorang laki bini ke?" soal Nuha Aisya lagi.

" Awak kan emak. Telefon jelah tanya khabar. Tanya je bila nak balik sini. Cakaplah yang awak nak buat makan-makan. Jemput anak menantu awak. Kan senang?" balas Imran memberi idea. Mata Nuha Aisya sudah bersinar. Bijaknya suami dia ni.

" Hmmm... betul jugak tu. Terima kasih bagi saya idea macam ni, abang. Saya tak terfikir langsung. Minggu ni kita makan ramai-ramai ya, abang? Saya nak masak makanan kegemaran semua orang." ujar Nuha Aisya teruja menampakkan barisan giginya yang putih tu. Imran menggeleng saja. Dah tua-tua pun comel lagi bini aku ni!

" Bagus jugak tu. Awak pun dah lama tak masak kan? Kerja nak makan luar je eh?" sindir Imran begitu. Tapi dalam nada usikan. Dia tak kisah pun kalau Nuha Aisya mahu makan luar sebab kalau fikirkan yang rumah ni tinggal mereka berdua aje. Mikael dah beristeri. Farish dan Hadira di kolej. Nak masak banyak-banyak pun tak ada siapa makan.

" Okay. Saya masak khas untuk abang nanti." Janji Nuha Aisya pada Imran Hadi.

______________________________________

Dari tadi tangannya tak berhenti menekan remote control itu mencari siaran televisyen yang menarik. Bosannya. Dah empat hari dia dan Mikael berpindah masuk ke kondominium yang dibeli oleh Mikael. Kata suaminya, kondominium itu hadiah perkahwinan Mikael kepadanya. Dan Amanina tertawa sendiri.

Buat apa ada rumah semewah ini kalau hakikatnya jiwa kosong dan kegembiraan yang ingin diraih itu tiada? Tak pernah lagi Mikael pulang awal ke rumah. Kalau jarum jam tu tak setuh nombor sebelas selagi itu jangan harap yang Mikael akan pulang. Dan Amanina betul-betul hairan dengan sikap dingin suaminya.
Bila disoal mengapa, Mikael akan tersenyum sambil menyentuh lembut tangan Amanina dan berkata tiada apa-apa. Tapi hakikatnya tidak begitu. Hati isterinya mengatakan ini bukan hubungan yang normal. Kenapa Mikael macam tu?

Deringan telefon membuatkan Amanina berhenti mengelamun. Dipandang skrin.

Mama.
Oh my God.

" Assalamualaikum, Nina. Mama ni. Nina tengah buat apa tu?" suara Nuha Aisya membuatkan Amanina sebak serta-merta. Ingin saja diluahkan rasa hati tapi, maruah Mikael harus dia jaga.

" Waalaikumussalam. Ye, ma. Nina tengah duduk-duduk aje ni. Tak ke mana sangat sebab sibuk pindah barang lagi."

" Pindah barang? Nina dah pindah rumah ke? Duduk sendiri?"

" Ya, mama."

" Tak bagitahu pun.... Kalau tak mama tolong apa yang patut." keluhan kecewa Nuha Aisya kedengaran. Amanina menggigit bibir. Mikael pun satu! Bukan nak inform.

" Maaf, ma. Terlupa."

" Tak apelah. Tapi apa-apa perkara pun bagitahu mama. Jangan diam je korang ni sejak kahwin. Dah tu meh lah datang sini. Hujung minggu ni mama buat makan-makan. Datang tau. Tidur sini sekali eh?" jemput Nuha Aisya teruja.

" Okay, ma. In Shaa Allah. Kami datang." Nuha Aisya hanya mengatakan itu kerana dia sendiri tak pasti Mikael lapang ke tidak.

" Okay. Jangan lupa datang tau, sayang. Selamat malam."

TALIAN CINTA✔Where stories live. Discover now