_NABIL
_Form 3 (2013)Kerja kursus Kemahiran Hidup berlangsung selama satu hari untuk kelas aku.
Bilik Kemahiran Hidup merupakan antara bilik terakhir dan berada di hujung bangunan. Yes, memang luas dan banyak.
Bilik KH terbahagi kepada 2 bahagian. Yang pertama ialah di mana semua orang buat kerja. Yang kedua ialah untuk peralatan.
Waktu itu, ialah time aku untuk masuk bilik peralatan berseorangan.
Aku masuk. Lalu ingin masuk ke dalam stor.
Tiba - tiba Nabil keluar daripada stor itu, "Eh Apis, nak buat apa ?"
"Ambik barang la" Soalan ni agak annoying sebenarnya. Hahaha
Nabil merupakan seorang yang sangat atletik. Tubuhnya kekar dan tinggi sedikit berbanding aku. Aku kelihatan kecil jika berhadapan dengannya. Dia memang atlet sekolah sehingga form 5.
Aku memasuki stor itu. Sesudah aku mendapat barang yang aku kehendaki, aku keluar.
Nabil masih ada dalam bilik itu.
Nabil merapati aku lalu menutup kedua mataku dengan tangannya.
Lalu, aku merasakan sesuatu di pipi ku.
Aku fikir dia mencium ku.
Aku tersentak, "Eh kau buat apa ?" Sambil menolak tangannya yang menutup kedua mataku.
"Takde apa, aku pegang pipi kau" Kata Nabil sambil meletakkan dua jari di pipiku.
"Yeke ?" Soalku dengan wajah yang penuh syak wasangka.
"Ye lah, ni ha tengok" Dia meletakkan jarinya lagi.
Malangnya aku tak bodoh. Tekstur jari dengan bibir amat berbeza.
Kali pertama sewaktu mata ku ditutup, aku merasakan sesuatu yang amat lembut.
Kali kedua sewaktu mata ku tidak dihalang, aku merasakan jarinya yang kasar.
Kami berdua meninggalkan bilik itu tanpa berkata apa-apa.
•×•×•×•×•×•×•
Nabil bukanlah my crush sebenarnya. Tapi ada lah suka sikit². Tujuan letak dalam ni sebab teringat balik haha.
Well dia tak gay tapi suka bergurau macam gay. Kali terakhir dia buat bende macam ni ialah dengan kawan aku pulak.
YOU ARE READING
K.E.R.A.S.H™
Non-Fiction☑️| Based on the true story Jika anda sering membaca sesuatu seperti 'fakta mengenai crush', itu merupakan sesuatu yang cliché! We don't need a fact about crush because we knew how would they act like. We just need a moment with crush ! This is a...