#11 One for Two | 💡

1.3K 46 21
                                    

_AMRAN
_Sem 2

Masa ni exam final untuk semester 2 aku dan paling nervous sekali sebab ni hari pertama exam.

Aku takde sebarang masalah, bangun awal, bersiap awal kecuali bab hafalan, memang ke laut lah.

Sampai je kat tempat menunggu sebelum masuk dewan peperiksaan. Aku tengok semua fokus baca. Aku lek lek je. Duduk sambil pandang sekeliling. Buat muka macam dh baca semua. Padahal, takut macam ayam sebab tak prepare and plus, itu subjek paling aku benci.

On time, semua di arah untuk bergerak masuk dewan. Masa tu lah aku baru sedar, ada bende yang aku tak baca while semua orang beria baca. Aku dah nervous nak mati sambil kemas alat tulis, masa tu lah baru nak ikat, nak keluarkan slip. HAHAHAHA, padan muka, tadi berlagak cool kan.

Tengah jalan, sambil tu tanya kawan apa yang diorang terkumat kamit hafal. Then tengok barang orang lain, tengok apa yang takde pada aku.

Aku check satu satu...

Pembaris...

Calculator...

Pencil...

Pen...

Pensil warna...

Slip...

Ic...

Hmmmmmm aku tengok macam dah lengkap

Tengok lagi sekali !?!

OH SHIT ? PEMADAM !

WOI MACAM MANA NK BUAT GRAF NANTI KALAU TAKDE PEMADAM?

AKU DAH GELABAH GILA !

Operasi mengemis berlangsung..

"Weh ada pemadam lebih tak ?"

Aku tanya semua orang yang aku nampak.

Macam tak logik gak, siapa nak beli pemadam lebih ? Nak kasi manusia amnesia pathetic macam kau ke ? XD

Amran tiba-tiba muncul, "Kau kenapa ?"

"Aku lupa bawak pemadam weh. Macam mana nanti nak buat graf wehh" Aku jawab.

"Ada bawak lebih tak ?" Tanya aku.

"Takde sorry" Amran jawab.

Tiba tiba, Amran menarik pemadamnya itu dari ikatan getah bersama alatan tulis lain.

Kemudian,

Dia membelah dua pemadam itu

Dia membelah dua pemadam itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Nah !" Dia kasi.

"Weh...." Respon aku amat speechless.

"Untuk member aku sanggup" jawab dia.

Aku tengok alatan tulis yang di bawak.

"Mana pembaris kau ? Nak buat graf macam mana"

Amran terus gelabah.

"Takpe aku ada dua" Aku senyum.

*well tujuan aku bawak dua memang spare untuk sesiapa yang tertinggal pembaris memandangkan pembaris bende paling wajib bawak. Bangga jap 😎

"Nanti kasi balik"

"Sedekah jelah" Kata Amran.

"No way !" Aku gelak.

Konklusi kat sini, DEDUA PELUPA HAHAHAHAHAHAHAHA. And betapa baiknya dia... Haihhh. Padahal tak suruh pun belah dua. Dia sendiri willing nak buat. Nampak tak 👍

•×•×•×•×•×•×•

Btw, ada orang tu cakap penulisan author dah berubah. Author sendiri tak percaya. Then baca balik, memang dah lain. Thanks sbb lebih alert berbanding author sendiri. 😊 xoxo

K.E.R.A.S.H™Where stories live. Discover now