Adam melepaskan lelahnya sebentar di sofa rumahnya selepas beberapa jam berada di dalam flight tadi. Lenguh-lenguh pula sendinya akibat terlalu lama duduk di seat yang keras kejung tadi.
"Adam.. Dah balik pun anak mama. How are you? Letih sangat ke anak mama ni?" Tengku Zarina yang baru turun dari tangga segera mendapatkan anak lelakinya itu setelah dimaklumkan kepulangan Adam oleh pembantu rumahnya.
Adam yang selesa menyandarkan badannya di sofa empuk itu segera duduk tegak dan menoleh ke arah mamanya. Senyuman dihadiahkan kepada insan yang melahirkannya itu.
"I'm fine. Ha'ah maa..letih..rugi pulak tak ambil seat first class tadi.."rungut Adam cuba bermanja dengan mamanya. Tengku Zarina tersenyum senang melihat perubahan Adam setelah bertahun tidak bertemu dengan satu-satunya anak lelakinya itu. Makin putih anaknya ini. Mungkin disebabkan faktor terlalu lama menetap di negara orang sehingga kulit pun dah mengikut cuaca negara sana.
Adam mengambil tangan mamanya dan dibawa ke atas ribanya. Dia menggosok-gosok lembut tangan wanita cantik itu.
"Mama.. I miss you so much" luah Adam sambil menayangkan senyumannya. Tergelak Tengku Zarina melihat kelakuan anaknya itu.
"Ye..mama pun. Papa pun mesti rindu dengan anaknya ni.. Malam ni papa balik.. Just follow his order okey?" Lembut je suara Tengku Zarina memujuk. Adam menghela nafasnya perlahan. Kepalanya disandarkan pada sofa semula.
"Kenapa tiba-tiba papa suruh Adam balik mama? Selama ni papa sibuk tak bagi Adam balik. Kenapa tiba-tiba berubah fikiran? Mama tahukan Adam rindukan family kita sangat-sangat?" Ucap Adam dengan mata yang terpejam. Sebelah tangannya naik di dahi. Lagaknya seperti orang yang mengalami masalah besar sahaja. Datin Zarina yang melihat keadaan anaknya itu cuba menepuk perlahan peha anaknya itu.
"Mama pun tak tahu la kenapa dengan papa kamu tu. But, now we are together now," lembut bicara si ibu memujuk hati si anak. Adam hanya mengangguk lemah. Biarlah apa sahaja. Yang penting sekarang dia sudah dapat berjumpa semula dengan keluarganya itu. Cuma dia terfikir,adakah papanya memanggilnya disebabkan hal kerja atau memang ingin mengeratkan semula hubungan keluarga yang seakan terputus itu? Tidak! Dia tidak mahu masuk kerja dalam usianya yang masih muda ini. Studynya di London pun masih belum habis. Mungkinkah dia patut menyambung sahaja di sini? Di negaranya sendiri dan bukannya di tempat orang yang tidak mempedulikan dirinya disana? Disini walaupun peluang mungkin sukar,tapi dia bersedia. Bersedia untuk menempuh apa jua cabaran bersama keluarga tersayang disisi.
"Mana Azia dengan Kayla? Mereka tak balik ke?" Adam meninjau matanya memerhati segenap ruang rumahnya mencari kelibat adik-adiknya. Dua adik perempuannya yang manja dan cantik. Azia berumur 19 tahun berada di universiti tempatan berdekatan manakala Kayla masih bersekolah iaitu berumur 16 tahun.
"Azia duduk di rumah sewa dengan kawan dia. Kayla ada projek dekat sekolah. Petang nanti dia baliklah," terang Tengku Zarina lagi. Kini tangan tuanya mengelus rambut anaknya itu walaupun rambut anaknya itu keras kerana menggayakan rambut pacak tetapi tetap kemas.
Adam mengangguk-angguk kecil. Terpejam seketika matanya tatkala sentuhan mamanya itu lembut membelai rambutnya. Dia tahu mamanya cuba membeli hatinya. Dulu dia pernah memarahi mamanya sehingga menangis wanita itu dibuatnya. Sekarang, dia perlu matang. Dia perlu bertoleransi walaupun hatinya masih parah akibat peristiwa dulu.
"Mama.. I need to go up and get some rest. I'll catch up with you later" tiba-tiba Adam bersuara lantas tangan milik mamanya yang berada di atas ribanya dialihkan sebelum dia berdiri dan mengeliat kecil merenggangkan urat-urat yang bersimpul. Mamanya hanya tersenyum dan mengangguk. Sekurang-kurangnya anaknya balik sudah menggembirakan hati tuanya itu.
Qeyra melangkah masuk ke dalam Villa mewahnya namun tiada siapa tahu disebalik kemewahan yang terpapar, sejuta rahsia tersimpan kemas didalam rumah itu atau lebih dikenali sebagai markas mereka. Sedang Qeyra sibuk meletakkan beg bagasinya di tepi tangga tiba-tiba telefonnya berbunyi. Apabila nama yang tertera di telefonnya dikenal pasti, dia pantas menjawab panggilan tersebut.
"Waalaikumussalam,ibu. Ada apa call Qey?" Sofa diruang menonton segera dituju dan sempat pula mengangguk kecil ke arah Asyaa yang mempamit ke arahnya menandakan gadis itu mahu ke kelas. Terlupa pula dia bahawa gadis itu ada kelas pada jam 8 pagi ini memandangkan sekarang jam sudah pun menginjak pukul 7:45 pagi.
"Qey..dah sampai ke? Bila nak datang melawat ibu? Jangan terlalu sibuk sangat fikirkan masalah. Qey tu perempuan" Datin Qarliana bertanyakan khabarnya dan sempat juga dibebelnya pada anak gadisnya itu. Qeyra sudah menjulingkan matanya ke atas. Tak habis-habis dengan statusnya perempuan. 'Apa? Ingat perempuan ni lemah sangat ke? Kalau kita dah mind setkan diri kita lemah,sampai bila kita nak kuat?' Qeyra hanya mampu membalas dalam hati sahaja.
"Nantilah ibu. Kalau Qeyra free takde kelas, Qeyra datang tengok ibu,ye?" Pujuk Qeyra lemah. Tiada istilah free dalam kamus hidupnya. Tiada kelas, dia ada latihan. Tiada latihan, dia turun padang. Jadi bila masanya dia ada untuk berehat? Untuk berseronok? Untuk bercinta seperti orang lain? Erk,tak! Hati aku keras beku. Cinta konon! Boleh pergilah dengan cinta tu. Apa yang menarik pun dia tidak tahu. Eh Qey. Kau lupa Zye ke? Halamak..hahaha
"Hah. Qey? Kenapa senyap je? Ibu tanya tak menjawab pun" tiba-tiba suara ibunya mengembalikan dirinya ke alam nyata. Qeyra memainkan hujung rambutnya. Erk, apa ibu tanya tadi ni..
"Em, apa ibu? Maaf la Qeyra terlari fokus sekejap" dipintal-pintal hujung rambut hitam lebatnya sambil tersengih. Membayangkan kelakuannya tatkala berhadapan dengan wanita yang berusia 56 tahun itu yang tegas.
"Ibu tanya, Qey dah tahu ke tentang upacara perasmian hujung tahun ni?" Oh tak! Ni masalah besar! Qeyra mengambil nafas seketika sebelum berdehem melegakan perasaannya.
"Boleh tak ibu..em kalau Qey tak pergi? Qey rasa biarlah adik ayah ambil alih. Qey tak kuat kalau melibatkan Qistina ibu" akhirnya dia menutur juga kata hatinya. Terdengar keluhan dilepaskan oleh orang di sebelah sana.
"Qey.. Ibu tahu. Ibu pun tak cukup kuat tambah lagi dengan ayah. Qey je boleh ubah semua ni. Kalau Qey tak sanggup, Qey kahwin. Cari sepupu Qey yang hilang itu. Pastikan King Argus tu tak ambil alih kuasa. Bahaya," lemah Datin Qarliana menuturkan. Ya,dia tahu anaknya perempuan. Tapi dia tahu juga anaknya itu berkebolehan. Bukan tidak sayang sehingga membiarkan anaknya itu bertarung nyawa. Tapi dia tidak mahu lagi peristiwa suaminya dan anak perempuannya,Qistina berulang pada orang lain pula. Dia tidak betah melihat kekejaman yang semakin hari bagaikan dirasuk menguasai keadaan sekarang sehingga keadaan semakin tenat dan semakin darurat.
Qeyra mengeluh. Sepupunya yang hilang. Manalah nak dicarinya. Puas bertahun-tahun dia mengupah sekalipun Asyaa dan Farid juga dikerahnya. Namun,berjuta-juta manusia, mana mungkin dia boleh cek setiap orang. Lagi satu,pastinya bukan dia sahaja yang mencari sepupunya itu. Ayah kandung kepada sepupunya yang hilang itu juga pasti juga mengerah anak-anak buahnya mencari jejak anaknya itu. Ya. Hanya sepupunya yang itu atau dirinya sahaja yang boleh menghentikan sengketa 3 beradik mafia itu. Sudahnya,anak dan isteri masing-masing menjadi mangsa. Darah dipertaruhkan. Maka,tiada istilah berdamai yang akan menjadi pengakhiran. Hidup tiada teras hidup dan bergerak dalam bayang-bayang gelap sudah sebati kalau ingin nyawa masih kekal berdiri di atas bumi. Kecuali.. Kecuali upacara yang akan diadakan setiap 20 tahun sekali itu.
Pada hari itu, yang sentiasa bersembunyi akan keluar dari bayang-bayang hitam mereka,yang bertopeng menunjukkan wajah sebenar mereka semata inginkan kuasa.
Qeyra tahu. Pada hari itu dia perlu bersedia. Bersedia dengan kemungkinan yang pelbagai. Sebelum hari itu terjadi, dia perlukan strategi. Ya, tipu muslihat yang sentiasa dilakukannya sekarang.
"Ibu. Qey rasa Qey akan bersedia untuk hari itu nanti," sebaris ayat dituturkannya sebelum menamatkan panggilannya.
Qeyra kemudian bersiap untuk ke kelasnya. Hari yang paling membosankan. Berlakon tanpa ada upah bayaran dari segi hasil lakonannya yang entah apa-apa? Atau untuk membayar rasa sakit hatinya? Atau untuk merawat luka yang ditoreh mereka? Qeyra tidak faham. Tidak faham dengan keadaan setiap hari. Pantas kakinya dibawa menaiki tangga.
~hye..macam mana? Masih tak faham? No,saya takkan terangkan. Kena la ikuti cerita ni dlu baru boleh habis😉 . Bila sweet moment hero dengan heroinnya? Hahaha..ni novel action. Sweet ada tapi tak adalah bergula sangat atau mungkin adalah kut sorang dua yang terpaksa potong kaki sebab ade scene² yang akan saya selitkan nanti..komen pendapat supaya saya boleh perbaiki penulisan saya dan memberi semangat kepada saya.☺ jangan lupe vote..thank you💕
YOU ARE READING
She's the Alpha
ActionDia membiarkan dirinya disakiti,didera dan nampak lemah. Dia membiarkan orang sekeliling memandangnya seperti tidak terdaya. Kerana dia adalah bukan dia yang sebenarnya.Demi menyembunyikan identitinya,dia perlu strategi.Dia perlu kaburkan mata-mata...